Kitab ilal 01-15sssP12
Perkara kedua belas
Keharusan meriwayatkan hadits secara munawalah yang disertai ijazah.
Makna asal munawalah ialah memberi atau menyerahkan. Seorang guru memberikan sebuah nuskhah asal kepada muridnya, atau salinan yang sudah diteliti dan
diperbetulkannya untuk diriwayatkan. Lalu dia berkata, “Di dalam buku ini saya meriwayatkan daripada fulan dan fulan, dan saya mengijazahkan kepadamu untuk meriwyatkannya dengan sanad saya.
Inilah bentuk ijazah yang paling tinggi dan paling baik, munawalah yang disertai ijazah atau kebenaran meriwayatkan.
Syarat sah munawalah ialah murid mempunyai kitab asal atau salinannya. Jika murid semata-mata mendapat kebenaran meriwayatkan daripada guru tanpa memiliki kitab asal atau salinannya, maka munawalah seperti itu tidak mu`tabar.
Lafaz yang biasa digunakan dalam munawalah ialah
هذا سماعي أو روايتي عن فالن فاروه عني
Ertinya: Ini adalah apa yang telah ku dengar atau riwayatkan daripada si fulan, riwayatkanlah ia daripadaku.
Orang yang menerima hadits secara munawalah pula hendaklah meriwayatkannya dengan berkata: أنبأني atau أنبأنا.
Ada beberapa lagi cara meriwayatkan hadits daripada kitab selain yang telah diterima secara munawalah. Antaranya ialah:
1- Dengan cara wijadah. Wijadah bererti mendapat atau menemui. Seseorang mendapat atau menemui kitab hadits bersanad yang ditulis oleh seseorang yang lain.
Ia yakin berdasarkan tulisan, tanda tangan atau kesaksian dan sebagainya bahawa kitab itu adalah kitab tulisan orang tertentu yang ma`lum. Dalam keadaan ini adakah ia boleh meriwayatkan hadits-hadits yang tertulis di dalamnya daripada pengarangnya atau tidak, sedangkan ia tidak menemui tuannya (pengarangnya)?
Jawapannya ialah ia baru boleh meriwayatkan hadits-hadits yang tertulis di dalam kitab itu daripada pengarangnya jika pengarangnya membenarkan ia meriwayatkannya.
Dalam keadaan telah mendapat kebenaran daripada pengarangnya, ketika hendak meriwayatkannya ia boleh menggunakan lafaz أخبرني .
Dalam keadaan tidak mendapat kebenaran meriwayatkan daripada pengarangnya pula, ia pada ketika mahu meriwayatkannya hendaklah berkata: وجدت بخط فالن (aku telah mendapat berdasarkan tulisan fulan) atau lain-lain ayat seumpamanya. Namun ia tidak boleh berkata: أخبرني.
2- Mewasiatkan kitab. Mewasiatkan kitab bererti seseorang guru hadits berwasiat sebelum meninggal dunia bahawa berikan buku hadits dengan sanadku yang tertulis
di dalam buku ini kepada si fulan. Orang yang diwasiatkan begitu boleh juga meriwayatkan hadits-hadits daripada buku berkenaan, dengan syarat orang yang berwasiat membenarkannya meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya.
3- I`lām atau memberitahu. Ia bererti seseorang guru hadits memberitahu mana-mana muridnya bahawa aku meriwayatkan apa-apa (hadits) yang terkandung di dalam kitab ini daripada fulan. Murid yang dikatakan begini oleh gurunya juga boleh meriwayatkan hadits yang terkandung di dalam kitab berkenaan jika guru mengizinkannya.
4- Ijazah umum. Ia bererti seseorang guru hadits berkata, aku membenarkan kepada pelajar kelas tertentu atau kepada semua orang-orang Islam meriwayatkan hadits-
hadits dengan sanadku.
5- Mengijazahkan kepada seseorang yang majhul. Ia bererti seseorang guru hadits mengijazahkan (membenarkan) kepada seseorang yang tidak ma`lum meriwayatkan
hadits-haditsnya. Umpamanya dia berkata, “Aku mengijazahkan kepada seorang pelajar atau seorang yang tsiqah” tanpa menyebut namanya. Atau dengan menyebut
namanya, tetapi ada beberapa orang yang bernama seperti nama yang disebutnya, dan tidak jelas mana seorang daripadanya. Seperti dia berkata, “Aku mengijazahkan
kepada Muhammad”, sedangkan orang yang bernama Muhammad itu ada beberapa orang.
6- Kebenaran meriwayatkan hadits-hadits yang tidak ma`lum. Apabila seseorang guru hadits membenarkan kepada seseorang meriwayatkan hadits-hadits riwayatnya
(dengan sanadnya) tanpa menjelaskan mana-mana daripadanya, itulah yang dimaksudkan dengan kebenaran meriwayatkan hadits-hadits yang tidak ma`lum.
Umpamanya dia berkata, “Aku membenarkanmu meriwayatkan daripadaku sebuah kitab hadits atau sebahagian daripada hadits yang didengariku”, sedangkan sebuah kitab hadits itu tidak disebut dan ditentukan namanya. Sebahagian daripada hadits yang didengariku itu juga tidak disebut dan ditentukan yang mana.
7- Mengijazahkan kepada seseorang yang belum wujud. Ia bererti seseorang guru hadits membenarkan seseorang yang tidak wujud atau belum wujud meriwayatkan
haditsnya. Umpamanya dia berkata, “Aku membenarkan anak seseorang yang belum lagi lahir meriwayatkan hadits-hadits dengan sanadku.”
Perhatian
Menurut pendapat yang lebih sahih tidak harus meriwayatkan hadits yang diterima melalui empat cara terakhir.
(الْإِجَازَة)
قَالَ أَبُو عِيسَى وَقد أجَاز بعض أهل الْعلم الْإِجَازَة إِذا أجَاز الْعَالم لأحد أَن يروي لأحد عَنهُ شَيْئا من حَدِيثه فَلهُ أَن يرْوى عَنهُ
(كِتَابَة الحَدِيث)
١-حَدثنَا مَحْمُود بن غيلَان حَدثنَا وَكِيع عَن عمرَان بن حدير عَن أبي مجلز عَن بشير بن نهيك قَالَ كتبت كتابا عَن أبي هُرَيْرَة فَقَالَت أرويه عَنْك فَقَالَ نعم
٢- حَدثنَا مُحَمَّد بن إِسْمَاعِيل الوَاسِطِيّ حَدثنَا مُحَمَّد بن الْحسن الوَاسِطِيّ عَن عَوْف الْأَعرَابِي قَالَ قَالَ رجل لِلْحسنِ عِنْدِي بعض حَدِيثك أرويه عَنْك قَالَ نعم قَالَ أَبُو عِيسَى وَمُحَمّد بن الْحسن إِنَّمَا يعرف بمحبوب بن الْحسن وَقد
حدث عَنهُ غير وَاحِد من الْأَئِمَّة
٣-حَدثنَا الْجَارُود بن معَاذ حَدثنَا أنس بن عِيَاض عَن عبيد الله بن عمر قَالَ قَالَ أتيت الزُّهْرِيّ بِكِتَاب فَقلت هَذَا من حَدِيثك أرويه عَنْك قَالَ نعم
٤-حَدثنَا أَبُو بكر عَن عَليّ بن عبد الله عَن يحيى بن سعيد قَالَ جَاءَ بن جريج إِلَى هِشَام بن عُرْوَة بِكِتَاب فَقَالَ هَذَا حَدِيثك أرويه عَنْك فَقَالَ نعم قَالَ يحيى فَقلت فِي نَفسِي لَا أَدْرِي أَيهمَا أعجب أمرا
٥-قَالَ عَليّ سَأَلت يحيى بن سعيد عَن حَدِيث بن جريج عَن عَطاء الْخُرَاسَانِي فَقَالَ ضَعِيف فَقلت إِنَّه يَقُول أَخْبرنِي فَقَالَ لَا شَيْء إِنَّمَا هُوَ كتاب دَفعه إِلَيْهِ
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi: “Sesungguhnya sesetengah ahli ilmu membenarkan ijazah. Apabila seseorang alim (muhaddits) membenarkan seseorang
meriwayatkan mana-mana hadits riwayatnya, maka bolehlah orang yang dibenarkan
itu meriwayatkan daripadanya.¹¹⁷/ ¹⁴⁶
1- Mahmud bin Ghailān meriwayatkan kepada kami, katanya: Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada `Imrān bin Ĥudair daripada Abi Mijlaz daripada Basyīr bin
Nahīk, kata beliau: “Aku telah menulis sebuah buku daripada Abi Hurairah, lalu aku berkata kepadanya, “Bolehkah aku meriwayatkannya daripadamu?” Jawab beliau, “Ya.”¹¹⁸/ ¹⁴⁷
2- Muhammad bin Ismail al-Wāsithi meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin al-Hasan al-Wāsithi meriwayatkan kepada kami daripada `Auf al-A`rābi, katanya: Ada seorang lelaki berkata kepada al-Hasan (al-Bashri), “Pada saya ada beberapa haditsmu. Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” Jawab al-Hasan, “Ya (boleh).”
Kata Abu `Isa, “Muhammad bin al-Hasan yang tersebut di dalam sanad hadits ini sesungguhnya terkenali dengan Maĥbūb bin al-Ĥasan. Bukan seorang imam (hadits)
telah meriwayatkan daripadanya.”¹¹⁹/¹⁴⁸
3- Al-Jārūd bin Mu`ādz meriwayatkan kepada kami, katanya: Anas bin `Iyādh meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah bin `Umar, katanya: “Aku telah membawa sebuah buku kepada az-Zuhri, lalu aku berkata, “Ini adalah sebahagian daripada haditsmu. Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” jawab az-Zuhri,“Ya (boleh).”
4- Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin `Abdillah daripada Yahya bin Sa`id, katanya: “Ibnu Juraij datang kepada Hisyām bin `Urwah dengan membawa
sebuah buku, lalu dia berkata, “Ini adalah haditsmu, Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” Jawab Hisyām, “Ya (boleh).” Kata Yahya, Maka aku berkata di dalam diriku, “Aku tidak tahu mana satu daripada dua cara itu lebih elok.”¹²⁰/¹⁴⁹
5- Berkata `Ali, “Aku bertanya Yahya bin Sa`id tentang hadits Ibnu Juraij daripada`Athā’ al-Khurāsāni.
Beliau terus menjawab, “Dhaif”.
Maka aku berkata, “Sesungguhnya dia berkata أخبرني
(ketika meriwayatkan hadits daripadanya).”
Kata Yahya, “Tidak ada apa. Riwayatnya hanya berpunca daripada sebuah kitab yang diberikan `Athā’ kepadanya.”¹²¹/¹⁵⁰
¹¹⁷/¹⁴⁶ itulah yang dikatakan munawalah disertai ijazah.
¹¹⁸ Apa yang diterima oleh Basyir bin Nahik daripada Abu Hurairah ini bukan semata-mata ijazah, malah ia telah didengar sendiri secara khusus.
¹¹⁹/¹⁴⁸ Tujuan Tirmizi berkata begini ialah untuk menyatakan ketsiqahanya.
¹²⁰/¹⁴⁹Maksudnya ialah mana satu daripada dua cara penerimaan hadits, iaitu dengan guru membaca dihadapan murid atau guru memberikan saja kitabnya kepada murid disamping membenarkannya meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung didalam buku tersebut. Bagi Yahya kedua- duanya sama sahaja.
¹²¹/¹⁵⁰ Maksud Yahya ialah buku itu diberikan `Athā kepada Ibnu Juraij tanpa disertai kebenaran meriwayatkan daripadanya. Sebab itulah riwayat Ibnu Juraij daripada `Athā tidak mu'tabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan