Isnin, April 11, 2022

Kitab ilal 01-15sssP12 2

Kitab ilal 01-15sssP12 2

Perkara kedua belas
Keharusan meriwayatkan hadits secara  munawalah yang disertai ijazah.

Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi: “Sesungguhnya sesetengah ahli ilmu membenarkan ijazah. Apabila seseorang alim (muhaddits) membenarkan seseorang
meriwayatkan mana-mana hadits riwayatnya, maka bolehlah orang yang dibenarkan 
itu meriwayatkan daripadanya.¹¹⁷/ ¹⁴⁶ 

1- Mahmud bin Ghailān meriwayatkan kepada kami, katanya: Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada `Imrān bin Ĥudair daripada Abi Mijlaz daripada Basyīr bin 
Nahīk, kata beliau: “Aku telah menulis sebuah buku daripada Abi Hurairah, lalu aku berkata kepadanya, “Bolehkah aku meriwayatkannya daripadamu?” Jawab beliau, “Ya.”¹¹⁸/ ¹⁴⁷
 
2- Muhammad bin Ismail al-Wāsithi meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin al-Hasan al-Wāsithi meriwayatkan kepada kami daripada `Auf al-A`rābi, katanya: Ada seorang lelaki berkata kepada al-Hasan (al-Bashri), “Pada saya ada beberapa haditsmu. Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” Jawab al-Hasan, “Ya (boleh).”
Kata Abu `Isa, “Muhammad bin al-Hasan yang tersebut di dalam sanad hadits ini sesungguhnya terkenali dengan Maĥbūb bin al-Ĥasan. Bukan seorang imam (hadits) 
telah meriwayatkan daripadanya.”¹¹⁹/¹⁴⁸

3- Al-Jārūd bin Mu`ādz meriwayatkan kepada kami, katanya: Anas bin `Iyādh meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah bin `Umar, katanya: “Aku telah membawa sebuah buku kepada az-Zuhri, lalu aku berkata, “Ini adalah sebahagian daripada haditsmu. Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” jawab az-Zuhri,“Ya (boleh).”

4- Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin `Abdillah daripada Yahya bin Sa`id, katanya: “Ibnu Juraij datang kepada Hisyām bin `Urwah dengan membawa 
sebuah buku, lalu dia berkata, “Ini adalah haditsmu, Bolehkah saya meriwayatkannya daripadamu?” Jawab Hisyām, “Ya (boleh).” Kata Yahya, Maka aku berkata di dalam diriku, “Aku tidak tahu mana satu daripada dua cara itu lebih elok.”¹²⁰/¹⁴⁹
 
5- Berkata `Ali, “Aku bertanya Yahya bin Sa`id tentang hadits Ibnu Juraij daripada`Athā’ al-Khurāsāni. 
Beliau terus menjawab, “Dhaif”. 
Maka aku berkata, “Sesungguhnya dia berkata أخبرني 
(ketika meriwayatkan hadits daripadanya).” 
Kata Yahya, “Tidak ada apa. Riwayatnya hanya berpunca daripada sebuah kitab yang diberikan `Athā’ kepadanya.”¹²¹/¹⁵⁰

Tiada ulasan:

Catat Ulasan