Sabtu, April 09, 2022

Kitab ilal 01-15sssP9

Kitab ilal 01-15sssP09

Perkara kesembilan
Meriwayatkan hadits berdasarkan maknanya dan meringkaskan hadits adalah diharuskan jika ia tidak mengubah makna hadits 
(الرِّوَايَة بِالْمَعْنَى)

فَأَما من أَقَامَ الْإِسْنَاد وَحفظه وَغير اللَّفْظ فَإِن هَذَا وَاسع عِنْد أهل الْعلم إِذا لم يتَغَيَّر الْمَعْنى 

(١)حَدثنَا مُحَمَّد بن بشار حَدثنَا عبد الرَّحْمَن بن مهْدي حَدثنَا مُعَاوِيَة بن صَالح عَن الْعَلَاء بن الْحَارِث عَن مَكْحُول عَن وَاثِلَة بن الْأَسْقَع قَالَ إِذا حَدَّثْنَاكُمْ على الْمَعْنى فحسبكم 

(٢)حَدثنَا يحيى بن مُوسَى حَدثنَا عبد الرَّزَّاق أخبرنَا معمر عَن أَيُّوب عَن مُحَمَّد بن سِيرِين قَالَ كنت أسمع الحَدِيث من عشرَة اللَّفْظ مُخْتَلف وَالْمعْنَى وَاحِد 

(٣)حَدثنَا أَحْمد بن منيع حَدثنَا مُحَمَّد بن عبد الله الْأنْصَارِيّ عَن بن عون قَالَ كَانَ إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ وَالْحسن وَالشعْبِيّ يأْتونَ بِالْحَدِيثِ على الْمعَانِي وَكَانَ الْقَاسِم بن مُحَمَّد وَمُحَمّد بن سِيرِين ورجاء بن حَيْوَة يعيدون الحَدِيث على حُرُوفه 

(٤)حَدثنَا عَليّ بن خشرم أخبرنَا حَفْص بن غياث عَن عَاصِم الْأَحول قَالَ قلت لأبي عُثْمَان النَّهْدِيّ إِنَّك تحدثنا بِالْحَدِيثِ ثمَّ تحدثنا بِهِ على غير مَا حَدَّثتنَا قَالَ عَلَيْك بِالسَّمَاعِ الأول 

(٥)حَدثنَا الْجَارُود حَدثنَا وَكِيع عَن الرّبيع بن صبيح عَن الْحسن قَالَ إِذا أصبت الْمَعْنى أَجزَاكَ 

(٦)حَدثنَا عَليّ بن حجر أخبرنَا عبد الله بن الْمُبَارك عَن سيف هُوَ بن سُلَيْمَان قَالَ سَمِعت مُجَاهدًا يَقُول أنقص من الحَدِيث إِن شِئْت وَلَا تزد فِيهِ 

(٧)حَدثنَا أَبُو عمار الْحُسَيْن بن حُرَيْث أخبرنَا زيد بن حباب عَن رجل قَالَ خرج إِلَيْنَا سُفْيَان الثَّوْريّ فَقَالَ إِن قلت لكم أَنا أحدثكُم كل مَا سَمِعت فَلَا تصدقوني إِنَّمَا هُوَ الْمَعْنى 

(٧)أخبرنَا الْحسن بن حُرَيْث قَالَ سَمِعت وكيعا يَقُول إِن لم يكون الْمَعْنى وَاسِعًا فقد هلك النَّاس 

Bermaksud: Adapun orang yang (dapat) mengemukakan sanad dengan betul dan ingat akan apa yang diriwayatkannya, maka menurut ahli ilmu (hadits), tidak mengapa ia mengubah lafaz hadits yang diriwayatkannya jika tidak berubah dan lari ma'nanya.¹⁰⁵

(1) Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Waatsilah bin al-Asqa, bahawa beliau berkata: ”Apabila kami meriwayatkan hadits kepadamu berdasarkan  ma'nanya, maka itu sudah pun cukup (memadai) untukmu.¹⁰⁶

2)İmam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin, katanya: "Aku mendengar hadits daripada 10 orang (muhadditsin), lafaznya berbeza, tetapi ma'nanya sama.”

(3)İmam Tirmidzi dengan sanadya meriwayatkan daripada İbnu 'Aun, katanya: "İbrahim an-Nakha'i, Hasan al-Bashri dan 'Aamir asy-Sya'bi selalu meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. İbnu Sirin dan Rajaa' bin Haiwah pula menyampaikan hadits dengan lafaz asalnya.”

(4)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada 'Aashim al-Ahwal, katanya: "Aku berkata kepada Abu 'Utsman an-Nahdi, "Engkau meriwayatkan sesuatu hadits kepada kami, lalü kemudiannya engkau meriwayatkannya tidak seperti (lafaz) yang telah engkau riwayatkan kepada kami sebelum itu?” Kata 'Aashim:
"Kamu pakailah yang pertama kali kamu dengar.”

(5)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Hasan al-Bashri, katanya: "Apabila kamu telah menepati ma'na hadits, maka itü sudah pun mencukupi.¹⁰⁷

(6)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: 'Kamu boleh meringkaskan hadits jika kamu mahu, tetapi janganlah kamu menambahnya.¹⁰⁸

(7)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Hubaab daripada seorang lelaki, katanya: "Pernah Sufyan ats-Tsauri keluar kepada kami, lalü beliau berkata: "Jika aku berkata kepadamu bahawa aku meriwayatkan kepadamu segala apa yang aku dengar, maka janganlah kamu percaya (membenarkan daku), ia hanya makna (hadits sahaja).

(8)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada al-Hasan bin Huraits katanya: "Aku mendengar Wakii' berkata: "Jika riwayat berdasarkan makna tidak dibenarkan, maka binasalah manusia.¹⁰⁹

¹⁰⁵ Adapun jika riwayat berdasarkan ma'na mengubah ma'na sebenar hadits, maka itu tidak diharuskan oleh sesiapa pun. 
Contohnya hadits berikut: إذا قرأ الأمام فأنصتوا 
Bermaksud: "Apabila ia (imam) membaca, maka kamu hendaklah diam.” 
(Hadits riwayat Abu Daud, anNasaa'i dan Ibnu Majah). 

Ia diriwayatkan orang sesetengah orang berdasarkan ma'na yang difahaminya begini:إذا قرأ الإمام ولا الضالين فأنصتوا Bermaksud: ”Apabila ia imam membaca  ولا الضالين , maka kamu hendaklah diam.” 

Riwayat ini memberi erti perintah supaya diam itu adalah setelah imam selesai membaca bukan ketika imam mula membaca Surah al-Fatihah. Padahal maksud sebenarnya ialah apabila imam sedang membaca Surah al-Fatihah, bukan setelah membacanya.

¹⁰⁶Imam Timidzi mengemukakan kata-kata Waatsilah bin al-Asqaî dengan terlalu ringkas di sini. Ia telah dikemukakan oleh al-Baihaqi dengan lengkap. Di bawah ini dikemukakan riwayat Baihaqi berkenaan sebagaimana dipetik oleh As-Suyuthi dan dimasukkannya ke dalam kitabnya yang bernama Tadrib ar-Raawi:
وروى....المعنى
Bermaksud : Baihaqi  meriwayatkan daripada Makhul, katanys:Aku dan Abu al- Azhar masuk menemui Waatsilah bin al-Asqa'. Kata kami kepadanya: Wzhsi Aba al-Asqa' ceritalah  sesuatu hadits  yang telah engkau  dengar daripada Nabi saw iaitu hadits yang engkau tidak  terkeliru, tidak tambah dan tidak lupa. Maka kata beliau kepada kami,Adakah  kamu  ada membaca (menghafal ) al-Quran?.Kami menjawab  Ada, tetapi tidaklah kami ingat sangat . Kadang-kadang kami ada tambah wau atau alif dan kadang-kadang  pula terkurang. Kata WAtsilah, Nah ! Ini al-quran  yang tertulis dihadapan mu pun kamu tidak ingat dengan  baik, kamu kata , kadang-kadang ada terlebih  dan kadang- kadang ada terkurang. Nagaimanalah dengan hadits-hadits yang kami hanya dengar dari Nabi saw . Mungkin kami mendengarnya hanya sekali sahaja. Memadailah kepada mu, apabils kami meriwayaykan  hadits kepadamu berdasarkan maknanya 
(Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 534- 535)
Riwayat maukuf Waatsilah bin al-Aqsa' yang dikemukakan oleh Tirmidzi itu dikemukakan  juga oleh Bukhari didalam Tarikhnya. Bukhari menyebutkan bahawa Abu Nu'aim an- Nakha'i meriwayatkannya daripada al- 'Alaa' bin Katsir daripada Makhul daripada Waatsilah secara marfu'.  Kata beliau, hadits itu tidak sahih. Al- 'Alaa' bin Katsir  adalah perawi ' munkarul hadits' (perawi dha'if yang riwayatnya menyalahi riwayat perawi- perawi tsiqaat)

¹⁰⁷   la bermaksud bahawa tidak perlulah kamu ingat lafaz hadits, yang pentingnya ialah kamu dapat menyampaikan maknanya dengan tepat.

¹⁰⁸    Menurut kebanyakan muhadditsin, hadits boleh diringkaskan dengan syarat orang yang hendak meringkaskannya itü adalah orang alim. Kerana orang alim hanya akan membuang mana-mana bahagian yang tidak merosakkan müna hadits. Seolah-olahnya hadits yang dibuang adalah hadits lain dan yang diambil pula adalah hadits lain.

¹⁰⁹ Maksudnya ialah mustahil manusia dapat mengingat semua hadits yang didengarnya daripada nabi s.a.w. tepat dan betul-betul seperti lafaz yang telah disebut oleh Nabi  s.a.w. Jika riwayat berdasarkan ma'na tidak dibenarkan, tentulah binasa manusia kerana hadits-hadits Nabi s.a.w. yang sepatutnya menjadi panduan mereka tidak akan sampai kepada mereka semuanya.

Didalam al-Mu'jam al-Kabir at-Thabaraani terdapat satu
hadits marfu', begini adanya:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عَبْدِ الْبَاقِي الْمِصِّيصِيُّ، ثنا سَعِيدُ بْنُ عَمْرٍو السَّكُونِيُّ الْحِمْصِيُّ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ سَلَمَةَ، حَدَّثَنِي يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ سُلَيْمَانَ بْنِ أُكَيْمَةَ اللَّيْثِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: أَتَيْنَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَا لَهُ: بِآبَائِنَا أَنْتَ وَأُمَّهَاتِنَا يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّا نَسْمَعُ مِنْكَ الْحَدِيثَ , فَلَا نَقْدِرُ أَنْ نُؤَدِّيَهُ كَمَا سَمِعْنَاهُ؟ فَقَالَ: «إِذَا لَمْ تُحِلُّوا حَرَامًا، وَلَمْ تُحَرِّمُوا حَلَالًا، وَأَصَبْتُمُ الْمَعْنَى , فَلَا بَأْسَ»
Bermaksud: At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ya'qub bin 'Abdillah bin Sulaiman bin Ukaimah al-Laitsi daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: "Pernah kami mengunjungi Nabi s.a.w. Kami katakan kepadanya: "Kami tebus engkau dengan bapa-bapa dan ibu-ibu kami wahai Rasulallah. Sesungguhnya kami mendengar hadits daripadamu, tetapi kami tidak mampu menyampaikannya sebagaimana yang kami dengar. Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal dan kamu menepati ma'nanya, maka tidak mengapa." (At-Thabaraan al- Mu'jamu al-Kabir j.7 m/s 100).

Pernah hadits ini disebutkan di hadapan Hasan al-Bashri, maka beliau berkata: لولا هذا ما حدثنا
(jika tidak kerananya, niscaya kami tidak meriwayatkan hadits).

Setelah mengemukakan hadits at-Thabaraani ini al-Haitsami berkata, "Saya tidak melihat orang yang menyebutkan tentang Ya'qub dan juga ayahnya." 
(al-Haitsami — Majma' Zawa'id j.2 m/s 439-440). 

Maksud beliau ialah mereka perawi majhul. Ibnu al-Jauzi menyenaraikan hadits ini sebagai hadits maudhu'. Alasan beliau ialah di dalam isnadnya ada seorang perawi bernama al-WaIid bin Salamah, ia dituduh berdusta dan mereka hadits.  Selain itu sanadnya juga mudhtharib. Kerana itu, hadits ini paling tinggi pun hanyalah hadits yang  sangat dha'if. 

Ibnu Mandah dan Ibnu Qaani' pula mengemukakannya melalui satu saluran sanad yang lain. Tetapi di dalam sanadnya juga terdapat perawi pendusta dan pereka hadits'. Namanya ialah 'Umar  bin Ibrahim al-Hasyimi. Demikian disebutkan oleh Hafiz Ibnu Hajar didalam  al- Ishabah j.10 m/s 71-72





Tiada ulasan:

Catat Ulasan