Selasa, Jun 21, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 107 19/6/22ss7



Jami ' tirmizi kitab bersuci 19/6/22(7)

⁶⁷⁹ Maksud “Allah tidak menerima shalat” ialah tidak mengira ia sah dan melepaskan tanggungjawabnya terhadap Allah. 

[Maksud Allah tidak menerima shalat dari kitab maarifusuunah , syarahan tentang qobul] .
1.qobul ijzat(tidak sah) atau 
2.qobul ithabah(tidak mendapat pahala, sekadar melepaskan tanggungjawab)


⁶⁸⁰ Seseorang daripada kamu yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini ialah para sahabat dan juga umat Baginda, termasuk lelaki dan perempuan.

-dan maksud  umat secara tak langsung adalah kita yang datang beratus tahun kemudian.
- perkataan  كُمْ dalam ayat لَا يَقْبَلُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ boleh termasuk lelaki dan perempuan.


⁶⁸¹ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat difaham daripada hadits ini ialah:
(1) Wudhu’ tidak wajib untuk setiap kali hendak bersembahyang. Sebabnya ialah Nabi s.a.w. telah menafikan penerimaan sembahyang orang yang berhadats(kecil) sehingga ia berwudhu’. Apabila ia berwudhu’, maka diterimalah sembahyangnya selagi ia tidak berhadats kembali.
- selain solat, tawaf juga perlu wuduk
-wuduk apabila hendak melaksanakan solat إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ, dan eluk jika sentiasa dalam keadaan wuduk

-Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

-tayamum hanya untuk satu solat, waktu lain perlu tayamun yang lain lagi.
-seeluknya wuduk yang diambil digunakan buat satu amalan dulu sebelum diperbarui  untuk elak membazir.

(2) Sembahyang yang dikerjakan dalam keadaan berhadats tidak sah, sama ada seseorang itu berhadats dengan sengaja atau dengan tidak sengaja. Ini kerana hadits 
tidak membezakan di antara hadats yang berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja.


(3) Semua sembahyang tidak kira fardhu mahupun sunat memerlukan kepada keadaan suci daripada hadats.
- mengambil wuduk kembali atau memperbaruinya bukan wajib pada setiap kali nak solat
- memperbarui wuduk boleh tetapi seeluknya wuduk telahpun digunakan sekurang-kurang sekali.

(4) Hadats (kecil) adalah sesuatu yang membatalkan wudhu’, termasuklah di dalamnya kentut, sama ada berbunyi atau pun tidak.

- hadas menyebabkan malaikat tidak akan mendekati kita.
- hadas kotor pada pandangan malaikat.
- malaikat boleh memberi faedah kepada kita seperti memohon ampun untuk kita, membawa rahmat kepada kita dll.
-berwuduk sebelum mandi janabah sudah boleh menyebabkan malaikat rahmat datang kepada kita.
- kita memerlukan pertolongan malaikat rahmat
- kesan malaikat bersama adalah seperti rajin buat perkara baik, kita  tidak dukacita , mahukan kedamaian ,mahukan kebaikan untuk orang lain dan sebagainya

(5) Hadats terbahagi dua. Hadats kecil dan hadats besar. Hadats kecil terangkat dengan berwudhu’. Hadats besar pula ialah suatu keadaan yang menghendaki seseorang mandi untuk mengangkat atau menghilangkannya. Seperti keadaan berjunub, suci dari haidh dan lain-lain. Seseorang tidak boleh bersembahyang dan lain-lain sebelum mengangkat dua hadats tersebut. Dalam keadaan tiada air pula, tayammum mengambil tempat (menjadi pengganti) kedua-duanya.

- ayat quran tentang tayamum 2 tempat
1.Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا 👈فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. 
(Hadas besar pula)
Jika kamu junub, maka 👉mandilah(lebih bersungguh2). Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan(isteri), maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

- ini adalah ayat tentang wuduk dalam quran.
-perkataan فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ (adalah dipanggil binat mubalaghah), meratakan air keseluruh badan.
- mandi boleh mengangkat kedua- dua hadas.

An-Nisa' 4:43
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا 
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati shalat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. . Tetapi ma`na tersiratnya tetap merangkumi hadats besar juga.

-tayamun untuk mengangkat hadas kecil dan besar sama sahaja.
-makna صَعِيدًا طَيِّبًا ialah permukaan bumi.


(6) Zahir hadits ke-76 ini berbicara tentang hadats kecil. Tetapi ma`na tersiratnya  tetap merangkumi hadats besar juga.

(7) Zahir hadits ini menolak perbuatan menyambung sembahyang (البناء علىَ الصالةَ )  apabila seseorang berhadats ketika sedang bersembahyang. Ia tidak boleh pergi 
berwudhu’ dan kembali menyambung sembahyangnya setelah berhadats.

(8) Sembahyang seseorang terbatal dengan berhadats, tidak kira sama ada ia berhadats di permulaannya, di tengahnya atau di penghujungnya, selagi ia belum memberi salam. Selain Tirmidzi, hadits ini juga diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, `Abdur Razzāq, Ahmad, Abu `Awaanah di dalam Musnadnya dan Abu Nu`aim di 
dalam Mustakhrajnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan