1. Kenalpasti punca yang buat kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, terganggu, tertekan atau rasa tak dihargai. Selepas tahu punca, cari jalan penyelesaiannya. Bincang dengan suami.
2. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami kena diam, sabar dan memujuk. Mengalah tanda orang itu hebat dan matang.
3. Ubat hati yang sudah tawar itu dengan solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang. Belanja orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
4. Sambut suami setiap masa dengan cara paling menyenangkan. Berhias, senyum dan hiburkan hati suami dengan memberi air, picit tengkuk dan bahu suami yang penat mencari rezeki untuk keluarga.
5. Suara yang lembut dan lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan lagi suara setiap kali berkata dengan suami.
6. Senitasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib sayang dan muliakan orang yang suami kita sayang.
7. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, rumah kita jadi panas serta ada sahaja benda tak kena.
Semoga semakin ramai wanita yang menjadi isteri solehah di luar sana ya.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Isteri adalah surihati buat suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan