Jumaat, Jun 17, 2022

K993.Anak-anak, tidak cukup dengan 3M

K993.Anak-anak, tidak cukup dengan 3M 

(membaca, menulis dan mengira) sahaja. 



Mereka perlu kepada M keempat, iaitu mu`amalah.


 Mu`amalah ialah kemahiran berhubung dengan persekitaran, sama ada dengan orang di sekitar, benda-benda dan alam sekitar. Ia mirip kepada kemahiran sosial, tetapi kemahiran sosial hanya antara manusia dengan manusia, tanpa ada unsur benda-benda dan alam sekitar. Dengan mu`amalah, anak-anak diajar agar menghargai benda-benda di sekeliling mereka, tidak bersifat memusnah, menghargai kewujudan dan fungsi setiap benda. Anak-anak juga diajar tentang alam sekitar, kepentingan alam, kesan pencemaran serta menghargai alam semulajadi. Ramai ibu bapa hanya mementingkan 3M, menyebabkan anak mereka tiada kemahiran sosial, cenderung kepada vandalisme, dan tidak mengendahkan kepentingan alam yang perlu dijaga, dipelihara dan dipulihara. Marilah kita tambah agar ia menjadi 4M iaitu mu`amalah, agar mereka lebih seimbang sebagai salah satu entiti dalam alam semesta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan