Melintas satu video di TikTok seorang selebriti bertazkirah tentang masalah 'anxiety' dan 'bipolar'.
Katanya - 'jawapannya bukan pada xanac atau remeron' (merujuk kepada ubatan benzodiazepine dan antidepressant), katanya berdasarkan 'pengalaman'. Tapi kena kembali kepada Allah. Solat dan ingat pada Allah.
Saya malas dah nak ulas bab ni. Banyak kali dah sebut. Tapi geram.
Jadi saya cuma nak ingatkan beberapa perkara.
1. Kita bagi ubat pada pesakit bukan sebab nak suruh dia tinggal agama. Bukan juga nak suruh pesakit menyembah ubat sebagai penyembuh.
2. Tetapi kita beri pesakit ubat kerana mereka sakit, supaya dengan asbab ubat tadi, pesakit sihat, bila sihat dalam kembali beribadah kepada Allah.
3. Masa depressed, pesakit ada anhedonia (hilang semangat), kelesuan, jadi pelupa, psychomotor retardation (berat badan), hopeless - semua ini menganggu mereka beribadah. Maka dengan ubat kita nak hilangkan semua gejala ini.
3. Masa psychotic, manic - pesakit hilang kewarasan. Hilang taklifan untuk solat. Dengan ubat mereka kembali sihat, maka kembali taklifan ibadah.
4. Masa anxious - pesakit takut, gelisah, nak keluar ke masjid tak boleh, agarophobic. Jadi dengan ubat kita bantu mereka dapat kembali beribadah dan bermuamalah dengan manusia.
5. Janganlah disekularkan perawatan psikiatri ini seolah-olah mereka yang mengambil ubat ini menjadikan fluvoxamine, quetiapine, risperidone sebagai tuhan baru pula.
6. Ambil ubat bukan bermaksud mengetepikan Allah sebagai asy-syafi.
7. Biarlah pesakit mental tenang melalui fasa kesembuhan dengan usaha mereka.
8. Biarlah Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk mereka.
9. Janganlah berkata sesuatu yang kita tak tahu.
10. Baguslah anda dah 'sembuh' dari masalah mental anda. Alhamdullillah. Janganlah disamakan semua orang dengan anda. Moga tak relapse.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan