Sabtu, Jun 18, 2022

K000.Lepasan SPM berminat nak jadi professional dalam bidang kesihatan mental?

K000.Lepasan SPM berminat nak jadi professional dalam bidang kesihatan mental? 

Mungkin ada adik-adik yang berminat nak tahu apa peluang kerjaya dalam bidang kesihatan mental. 

Saya bagi sedikit gambaran. Bidang kesihatan mental ini luas - dari pencegahan sampailah kepada perawatan. Dari kanak-kanak, dewasa sampailah ke orang tua. 

Bidang ini juga melibatkan pelbagai disiplin. 

Ada kaunselor (belajar dalam jurusan kaunseling dan berdaftar sebagai kaunselor), ahli psikologi (sekurang-kurangnya master dalam bidang psyhcology seperti clinical psychology, developmental psychology) dan juga psychiatrist ( ijazah perubatan, complete houseman, pengalaman sebagai pegawai perubatan dan kemudian sambung sarjanan dalam bidang perubatan psikiatri). 

Skop kerja berbeza, namun ketiga-tiga ada kesinambungan dalam membantu individu yang mempunyai masalah mental. 

Selain itu ada juga bidang lain yang turut menyumbang kepada kesihatan mental seperti jururawat (dengan post-basic psychiatry), Medical assistant, occupational therapist, speech pathologist (terutama untuk kanak-kanak) dan medical social worker. 

Saya dulu pun lepas SPM tak pernah terfikir pun nak jadi psychiatrist. Malah tak pernah tahu pun siapa dan apa psychiatrist ni buat. 

Kemudian baru kenal berapa seronoknya bekerja dalam bidang yang mencabar ini. 

snapshot perjalanan saya selepas SPM. 

SPM MRSM Jasin (tak straight A, balik awal malu ngan member2) - sambung matrikulasi Johor - dapat biasiswa JPA - sambung di INTEC (Australian Matriculation) - Sambung Medic di University of Adelaide - sambung houseman di Australia - barulah kenal bidang psychaitry - jatuh cinta - sambung kerja di Acute Crisis Intervention South Australia 2 tahun - balik Malaysia join UIA - sambung Master USM (best student medical -based Master USM 2017 *wink*) - 2017 balik UIA - 2021 sambung subkepakaran psikiatri makhluk halus (kanak-kanak dan remaja).

Explorelah minat anda dan peluang yang ada. Tak apa kalau tak tahu nak buat apa awal-awal ni. Apa yang penting keep exploring your potential.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan