Khamis, Jun 23, 2022

Kecacatan hadis (thabaqat)s

Kecacatan hadis   (thabaqat)s

tabaqat perawi mengikut Ibnu Hajars

Klasifikasi Thabaqat Para Perawi Menurut `Ulama’ Rijaal Hadits

Golongan sahabat.
Thabaqah 1 = Mereka terdiri daripada para Sahabat Nabi s.a.w. Golongan ini dikecualikan daripada tindakan Jarh dan ta`dil.

Golongan Tabi`in berada dalam LIMA  thabaqah,
Bermula dari thabaqah ke-2 hingga thabaqah ke-6 adalah thabaqat para Tabi`in.

Thabaqah ke-2 = Mereka terdiri dari kalangan Tabi`in. Dari sini bermula tindakan Jarh dan ta`dil. Termasuk dalam thabaqah ke-2 ini para Tabi`in besar seperti

1.Sa`id bin Musaiyyab,
2.`Urwah bin az-Zubair

Hingga tahun 100 H

Thabaqah ke-3 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in di peringkat tengah seperti
1.Thawus.

Thabaqah ke-4 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in yang semua riwayatnya  diambil daripada kalangan Tabi`in besar seperti
1.az-Zuhri

Thabaqah ke-5 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in kecil. Golongan ini mungkin sempat melihat atau bertemu seorang dua Sahabat, tetapi mendengar dan menerima riwayat daripada Sahabat dipertikaikan. Kalau ada pun hanya satu atau dua hadits sahaja. Antara perawi yang termasuk dalam golongan ini
1.A`masy,
2.Hisyam bin `Urwah

Thabaqah ke-6 = Terdiri daripada Tabi`in yang mengiringi thabaqah Tabi`in ke-5, dan tdk tsabit langsung mereka ada bertemu atau mendengar sesuatu daripada mana-mana Sahabat Nabi s.a.w. Antara perawi yang termasuk dalam thabaqah ini
1.Ibnu Juraij

Golongan Tab`i at-Tabi`in berada dalam TIGA thabaqah
Bermula dari thabaqah ke-7 hingga thabaqah ke-9 adalah Tab`i at-Tabi`in.
Thabaqah ke-7 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in besar, seperti
1.Imam Malik,
2.Sufyan ats-Tsauri .

Thabaqah ke-8 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in peringkat tengah, seperti
1.Sufyan bin `Uyainah,
2.`Amar bin Abi Qais

Thabaqah ke-9 = Mereka ialah dari kalangan Tab`i at-Tabi`in kecil, seperti
1.Imam asy-Syafi`e,
2.Abu Daud at-Thayalisi,
3.`Abdur Razzaaq



Golongan Atba` Tab`i at-Tabi`in juga berada dalam TIGA thabaqah.
Thabaqah Atba` Tab`i at-Tabi`in bermula dari thabaqah ke-10 hingga thabaqah ke-12.

Thabaqah ke-10 = Mereka ialah golongan tertinggi dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in dan tidak sempat bertemu dengan Tabi`in. seperti
1.Imam Ahmad

Thabaqah ke-11 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat tengah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti
1.az-Zuhli,
2.Imam Bukhari dan

Thabaqah ke-12 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat paling bawah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti
1.Imam Tirmidzi

Secara ringkas dapatlah dikatakan
golongan Tabi`in berada dalam lima thabaqah,
golongan Tab`i at-Tabi`in berada dalam tiga thabaqah dan golongan Atba` Tab`i at-Tabi`in juga berada dalam tiga thabaqah.

Hingga tahun 100 H semua orang dari thabaqah ke-2 telah meninggal dunia (pupus).

Dari tahun 100 H hingga 200 H orang-orang dari kalangan thabaqah ke-2 hingga ke-8 semuanya telah meninggal dunia (pupus).

Selepas tahun 200 H.
Thabaqah ke-9 hingga ke-12 adalah thabaqat yang hidup

2.

💦🗯💦🗯
Tabiin
1.Imam Abu Hanifah (80H-150H)
(An Nu'man bin Thabit bin Nu'man)
2. Imam Malik bin Anas (95 H-179 H)

Tabit at tabiin
3. Imam Syafi’i (150 H–204 H)
4. IMAM AHMAD (164-241 H/ 780-855 M)

5. IMAM BUKHARI (194-256 H/ 773-835 M)
6. IMAM ABU DAWUD (202-275 H/ 817-889 M)
7. IMAM MUSLIM (204-261 H/ 783-840 M)
8. IMAM IBNU MAJAH (209-273 H/ 824-887 M)
9. IMAM AT-TIRMIDZI (209-279 H/ 824-892 M)
10. IMAM AN-NASA’I (215-303 H/ 830-915 M)
11. Imam Daruquthni (Wafat 385 H)
12. Imam Abu Nu’im (334 H–430 H)
13. Imam Baihaqi (384 H–458 H)


Tabaqat menurut bahasa adalah suatu kaum yang memiliki kesamaan dalam suatu sifat. Secara istilah, adalah suatu kaum yang hidup dalam satu masa dan memiliki keserupaan dalam umur dan sanad, yakni pengambilan hadis dari para guru.


Mahmud Thahan mengemukakan, bahwa Tabaqat adalah kaum yang berdekatan atau sebaya dalam usia dan dalam isnad atau dalam isnad saja. Dalam pengertian ini, tabaqat identik dengan generasi dari sisi kebersamaan dalam berguru.

 Kadangkala para muhaditsin (ahli hadis) menganggap bahwa kebersamaan dalam menimba ilmu hadis adalah cukup bisa dikatakan satu tabaqah, sebab pada umumnya mereka memiliki kebersamaan dalam umur.


Sedangkan kata ar-Ruwat jamak dari kata rawi, yaitu yang menerima, memelihara dan menyampaikan kepada orang lain dengan menyebutkan sumber pemberitaannya.
Dengan demikian, Tabaqat ar-Ruwat, adalah pengelompokan orang yang menerima, memelihara dan menyampaikan hadis yang hidup dalam satu generasi atau satu masa dan dalam periwayatan atau isnad yang sama atau sama dalam periwayatan saja. Maksud berdekatan dalam isnad adalah satu perguruan atau satu guru atau diartikan berdekatan dalam berguru. Jadi, para gurunya sebagian periwayat juga menjadi guru bagi sebagian perawi lain. Para rawi pada masa tertentu akan berbeda dengan rawi masa berikutnya.


Untuk itu, para rawi memiliki tingkatannya masing-masing sesuai pertemuannya dengan gurunya. Diadakannya pembagian tersebut berpegang pada sabda Nabi saw, bahwa “Kurun yang paling baik adalah kurunku, kemudian orang-orang sesudah mereka, kemudian orang sesudah mereka”. Hadis inilah yang disinyalir melatar belakangi terbentuknya pembagian tingkatan rawi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan