Kitab ilal 01-15sssP14
Perkara ke-empat belas:
Berkenaan dengan para perawi mukhtalaf fih
(yang diperselisihkan oleh para 'ulama' sama ada periwayatannya boleh diterima atau tidak)
Perbincangan Tentang Perawi-Perawi Mukhtalaf Fīh
Mula-mula sekali Imam Tirmidzi membincangkan tentang perawi-perawi lemah dan kedudukan hadits-hadits mereka.
Ia disusuli dengan perbincangan tentang perawi-perawi mutakallam fīh serta kedudukan hadits-hadits mereka, lalu diikuti pula dengan perbincangan tentang perawi-perawi tsiqah yang berkedudukan sangat tinggi dalam bidang periwayatan hadits.
Setelah diselangi dengan tiga perkara lain, sekarang Imam Tirmidzi kembali membincangkan pula tentang perawi-perawi.
Kali ini beliau membincangkan tentang perawi-perawi mukhtalaf fīh. Sebagai contoh beliau kemukakan tiga nama perawi mukhtalaf fīh.
Perawi-perawi mutakallam fīh ialah perawi-perawi yang dijarĥ dan juga di ta`dīlkan oleh para `ulama’ Rijāl, sedangkan jarĥ mereka menjejaskan `adālahnya.
Perawi-perawi mukhtalaf fīh juga dijarĥ dan dita`dīlkan oleh para `ulama’ Rijāl, tetapi jarĥ mereka tidak menjejaskan `adālahnya. Walaupun dijarĥ, mereka tetap dianggap tsiqah dan perawi yang boleh diterima riwayatnya.
Maka perlu sekali difahami hakikat jarĥ yang dilakukan terhadap mereka. Ia sebenarnya berpunca daripada kekeliruan, kekurangan ma`lumat atau salah faham sesetengah `ulama’ Rijāl tentangnya.
`Ikrimah Maula Ibni `Abbaas sebagai contohnya adalah salah seorang perawi mukhtalaf fih. Ia dituduh telah berdusta oleh sekumpulan `ulama’ dari kalangan Tābi`īn.
Antaranya Sa`id bin Musaiyyab, al-Qāsim bin Muĥammad, `Athā’, Muĥammad bin Sīrīn, `Ali bin `Abdillah bin `Abbās dan Yaĥya bin Sa`id al-Anshāri.
Sementara sekumpulan `ulama’ yang lain pula membantah dan tidak menganggap `Ikrimah begitu.
Kata Ayyub, “Dia bukan pendusta, aku tidak pernah menganggapnya berdusta.”
Ibnu Abi Dzi’b menganggap `Ikrimah seorang perawi tsiqah. Bakr al-Muzani pula berkata, “Aku bersaksi bahawa dia (`Ikrimah) seorang Shadūq (sangat benar).”
87
Di kalangan Ĥuffāzh hadits pula bukan Yaĥya bin Ma`īn sahaja mengatakan `Ikrimah tsiqah. Imam bukhari bahkan memasukkan hadits `Ikrimah ke dalam Sahihnya. Ibnu
`Adi berkata, “Jika perawi-perawi tsiqāt meriwayatkan hadits daripadanya maka dia adalah mustaqīmul ĥadīts (perawi yang hadits-haditsnya terselamat daripada unsur-
unsur kelemahan dan boleh dijadikan hujah).” Para imam hadits tidak enggan meriwayatkan hadits-hadits daripadanya. Ahmad bin al-Qāsim berkata, “Aku melihat Ahmad (bin Ĥambal) mendha`ifkan riwayat `Ikrimah. Dan beliau tidak menganggap riwayatnya hujah.” Abu Bakar al-
Khallāl pula berkata, “Itu hanya berhubung dengan hadits-haditsnya yang tertentu sahaja.” Al-Khallāl berkata lagi, “`Ikrimah di sisi Abi Abdillah (Imam Ahmad) adalah
perawi tsiqah. Beliau berhujah dengan haditsnya.”
Ibnu Ma`īn sampai berkata, “Jika engkau dengar ada sesiapa berkata sesuatu yang tidak baik terhadap `Ikrimah, maka raguilah Islamnya.”
Abu Ĥātim berkata, “Haditsnya boleh dijadikan hujah apabila orang-orang yang tsiqah meriwayatkan daripadanya.” Kata Abu Ĥātim lagi, “Sebenarnya Mālik dan Yaĥya bin Sa`id mempertikaikan `Ikrimah tidak kerana lain melainkan kerana fahamannya yang terpesong. Dia dikatakan berfahaman Khawarij.” Demikian juga pandangan Ibnu Sīrīn terhadap `Ikrimah.
Pendustaan Ibnu `Umar terhadapnya memang diriwayatkan melalui beberapa saluran (riwayat), tetapi semuanya tidak sahih. Imam Mālik membantahnya. Imam Tirmidzi mengemukakan beberapa nama perawi mukhtalaf fih. Antaranya `Abdul Malik bin Abi Sulaiman dan Ĥakīm bin Jubair. Syu`bah telah menjarĥkan mereka berdua. Setelah dikaji oleh para `ulama’, terbukti alasan Syu`bah menjarĥkan mereka hanyalah kerana mereka ada meriwayatkan beberapa hadits yang disalah faham
oleh Syu`bah maksudnya. Padahal maksudnya bukanlah seperti difahami Syu`bah. Oleh kerana Syu`bah bukan seorang mujtahid dalam bidang fiqh, para `ulama’ tidak
menganggap jarĥnya terhadap mereka kerana meriwayatkan hadits-hadits itu sebagai mu`tabar.
88
Langkah yang seharusnya diambil apabila berhadapan dengan perselisihan pandangan para `ulama’ Jarĥ dan Ta`dīl tentang seseorang perawi ialah melihat kepada pihak manakah yang lebih ramai. Adakah pihak yang menjarĥkannya atau yang mentautsīqkannya. Pihak yang lebih ramai itulah seharusnya ditarjīĥkan. Jika kedua-
dua pihak sama ramainya, maka perlu dilihat di pihak manakah terdapat lebih ramai tokoh-tokoh besar. Pihak yang lebih ramai tokoh besar itulah seharusnya ditarjīĥkan.
Langkah sederhana juga boleh diambil apabila bertembung dua pandangan yang berbeza tentang jarĥ dan ta`dīl seseorang perawi. Ia ibarat mencampurkan air yang
sangat panas dengan air sejuk, hasil yang diprolehi daripadanya ialah air suam. Dengan itu perawi yang berbeza pandangan `ulama’ Rijāl tentangnya dari segi jarĥ dan ta`dīl itu diturunkan sedikit darjatnya, misalnya daripada kedudukan perawi sahih diturunkan
kepada kedudukan perawi ĥasan.
Perawi-perawi mukhtalaf fīh itu terbahagi kepada 4 bahagian:
(1) Orang-orang yang memang dituduh (dikatakan telah) berdusta.
(2) Orang-orang yang tidak dianggap atau dikatakan sebagai pendusta, tetapi kerana teruk sangat ingatannya, hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak yang salah dan
banyak pula terdapat waham padanya.
Perawi-perawi dari dua bahagian ini tidak boleh sama sekali diterima periwayatannya. Ia termasuk dalam kategori matrūk (perawi yang tidak boleh diterima riwayatnya).
(3) Perawi-perawi yang dianggap benar dan kadang-kadang sahaja tersalah. Hadits-hadits perawi dari bahagian ke-3 ini boleh dijadikan hujah.
(4) Perawi-perawi yang dianggap benar, tetapi banyak tersalah dan banyak waham.
Walaupun begitu, tidaklah kesalahan dan wahamnya lebih banyak terdapat pada keseluruhan riwayat-riwayatnya.
Kebanyakan perawi mukhtalaf fīh terdiri daripada bahagian ke-4 ini. Merekalah golongan yang diperselisihkan oleh para `ulama’ Rijāl, sama ada riwayatnya boleh diterima, dijadikan hujah atau pun tidak.
89
Di sana terdapat juga perawi-perawi yang khilaf para `ulama’ Rijāl tentangnya. Adakah mereka termasuk dalam kategori perawi pendusta atau pun tidak? Perawi-perawi yang lebih banyak terdapat kesalahan di dalam hadits-haditsnya atau pun tidak? Perawi-perawi yang lebih banyak terdapat kesalahan-kesalahan yang teruk di dalam hadits-hadits yang diriwayatkannya atau pun kesalahan seperti itu hanya sedikit sahaja adanya?
(Itulah kesimpulannya)
.
قَالَ أَبُو عِيسَى وَقد اخْتلف الْأَئِمَّة من أهل الْعلم فِي تَضْعِيف الرِّجَال كَمَا اخْتلفُوا فِي سوى ذَلِك من الْعلم ذكر
عَن شُعْبَة أَنه ضعف أَبَا الزبير الْمَكِّيّ وَعبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان وَحَكِيم بن جُبَيرٍ وَترك الرِّوَايَة عَنْهُم ثمَّ حَدَثَ
شُعْبَة عَمَّن هُوَ دون هَؤُلَاءِ فِي الْحِفْظ وَالْعَدَالَة حدث عَن جَابر الْجعْفِيّ وَإِبْرَاهِيم بن مُسلم الْهَجَرِي وَمُحَمّد بن عبيد الله الْعَرْزَمِي وَغير وَاحِد مِمَّن يُضَعَفون فِي الحَدِيث
Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Para imam hadits berbeda pendapat dalam mendha`ifkan perawi-perawi, sebagaimana mereka berbeda pandangan berhubung dengan perkara-
perkara lain dalam ilmu ini. Disebutkan bahawa Syu`bah mendha`ifkan Abu az-Zubair al-Makki,¹³⁹ `Abdul Malik bin Abi Sulaiman¹⁴⁰ dan Ĥakīm bin Jubair.¹⁴¹ Beliau telah
berhenti meriwayatkan hadits daripada mereka. Kemudian beliau meriwayatkan daripada orang-orang yang lebih rendah kedudukannya daripada mereka itu, baik
daripada segi ingatan atau daripada segi `adālahnya.
Beliau (Syu`bah) meriwayatkan hadits daripada Jābir al-Ju`fi, Ibrahim bin Muslim al-Hajari,¹⁴² Muhammad bin `Ubaidillah al-`Arzami¹⁴³ dan bukan seorang dari kalangan orang-orang yang dianggap dha`if dalam hadits.
(وبه قال) حَدثنَا مُحَمَّد بن عَمْرو بن نَبهَان بن صَفْوَان الْبَصْرِيّ حَدثنَا أُميَّة بن خَالِد قَالَ قلت لشعبة تدع عبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان ونحدث عَن مُحَمَّد بن عبيد الله الْعَرْزَمِي قَالَ نعم قَالَ أَبُو عِيسَى وَقد كَانَ شُعْبَة حدث عَن عبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان ثمَّ تَركه وَيُقَال إِنَّمَا تَركه لما تفرد بِالْحَدِيثِ الَّذِي روى عَن عَطاء بن أبي رَبَاح عَن جَابر بن عبد الله عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ الرجل أَحَق بشفعته ينْتَظر بِهِ وَإِن كَانَ غَائِبا إِذا كَانَ طريقهما وَاحِدًا وَقد ثَبت عَن غير وَاحِد من الْأَئِمَّة وَحَدثُوا عَن أبي الزبير وَعبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان وَحَكِيم بن جُبَير
(1) Tentang `Abdul Malik Bin Abi Sulaiman.
-perenggan ini, Imam Tirmizi bincangkan tentang perawi utamanya.
Bermaksud: Muhammad bin Amar bin Nabhān bin Shafwān al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya: Umaiyyah bin Khālid¹⁴⁴ meriwayatkan kepada kami, katanya:
Aku berkata kepada Syu`bah, “Engkau meninggalkan `Abdul Malik bin Abi Sulaiman dan meriwayatkan hadits daripada Muĥammad bin `Ubaidillah al-`Azrami?” Jawab Syu`bah, “Ya”.
#Kata Abu `Isa
-ini kata2 tuan diri sendiri atau mungkin muridnya.
, “Syu`bah sebenarnya pernah meriwayatkan (hadits) daripada `Abdul Malik bin Abi Sulaiman, tetapi kemudian tidak mahu meriwayatkan daripadanya.
- perawi mukhtalafih yang di jarh atau takdil dan menjejaskannya
- tajrih(kritikannya) Syu'bah tidak menjejaskannya.
Dikatakan Syu`bah sebenarnya tidak mahu meriwayatkan lagi hadits daripada `Abdul Malik bin Abi Sulaiman disebabkan ia bersendirian
- bersendirian iaitu tafaruf
dalam meriwayatkan hadits daripada `Athā’ bin Abi Rabāĥ daripada Jābir bin Abdillah daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Seseorang itu lebih berhak mensyuf`ah, ia ditunggu kerananya, walaupun ketika ketiadaannya, jika jalan mereka sama.”¹⁴⁵
Diriwayatkan daripada `Abdullah bin al-Mubārak, kata beliau, Sufyan ats-Tsauri selalu berkata: “Abdul Malik bin Abi Sulaiman adalah neraca dalam ilmu ini (ilmu hadits).”
-inilah riwayat menyebabkan Syubah ragu dan tak mahu menerimanya.
Bukan seorang dua imam-imam hadits menganggap `Abdul Malik seorang perawi yang kuat. Mereka meriwayatkan hadits daripada Abi az-Zubair, `Abdul Malik bin Abi Sulaiman dan Ĥakīm bin Jubair.
حَدثنَا أَحْمد بن منيع حَدثنَا هِشَام حَدثنَا حجاج وَابْن أبي ليلى عَن عَطاء بن أبي رَبَاح قَالَ كُنَّا إِذا خرجنَا من عِنْد جَابر بن عبد الله تَذَاكرنَا حَدِيثه وَكَانَ أَبُو الزبير أحفظنا للْحَدِيث (وبه قال) حَدثنَا مُحَمَّد بن يحيى بن أبي عمر الْمَكِّيّ حَدثنَا سُفْيَان بن عُيَيْنَة قَالَ قَالَ أَبُو الزبير كَانَ عَطاء يقدمني إِلَى جَابر بن عبد الله أحفظ لَهُم الحدي (وبه قال )حَدثنَا بن أبي عمر حَدثنَا سُفْيَان قَالَ سَمِعت أَيُّوب السّخْتِيَانِيّ يَقُول حَدثنِي أَبُو الزبير وَأَبُو الزبير وَأَبُو الزبير قَالَ سُفْيَان بِيَدِهِ يقبضهَا قَالَ أَبُو عِيسَى إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الإتقان وَالْحِفْظ ويروى عَن عبد الله بن الْمُبَارك قَالَ كَانَ سُفْيَان الثَّوْريّ يَقُول كَانَ عبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان ميزانا فِي الْعلم
(Perawi mukhatalafih-Perawi yang ada ulamak rijal nentadilkannya dan ada yang menjarhkan. Dan jarh tidak menjejaskannya)
(2) Tentang Abu Az-Zubair
Bermaksud: Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, katanya: Husyaim¹⁴⁶ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥajjāj¹⁴⁷ dan Ibnu Abi Laila meriwayatkan
kepada kami daripada `Athā’ bin Abi Rabāĥ, kata beliau: “Kami apabila keluar dari sisi Jābir berbincang (bermuzakarah) tentang hadits-haditsnya, Abu az-Zubair adalah yang paling ingat hadits di antara kami.¹⁴⁸
Muhammad bin Yahya bin Abi `Umar al-Makki meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami, katanya: Kata Abu az-Zubair,
“`Athā’ sering menyuruh aku berada di hadapan Jābir bin `Abdillah, tujuannya ialah supaya aku menghafal haditsnya untuk mereka.”
Ibnu Abi `Umar meriwayatkan hadits kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan hadits kepada kami, katanya: Aku mendengar Ayyub as-Sakhtiāni berkata, “Abu az-Zubair meriwayatkan kepadaku, Abu az-Zubair dan Abu az-Zubair, sambil Sufyan mengisyaratkan dengan tangannya yang tergenggam. Kata Abu `Isa, “Sesungguhnya beliau bermaksud (dengan menggenggam tangannya itu) menyatakan keteguhan Abu az-Zubair dan kekuatan hafalannya.¹⁴⁹
(وبه قال) حَدثنَا أَبُو بكر عَن عَليّ بن عبد الله قَالَ سَأَلت يحيى بن سعيد عَن حَكِيم بن جُبَير فَقَالَ تَركه شُعْبَة من أجل الحَدِيث الَّذِي روى فِي الصَّدَقَة يَعْنِي حَدِيث عبد الله بن مَسْعُود عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ من سَأَلَ النَّاس وَله مَا يُغْنِيه كَانَ يَوْم الْقِيَامَة خموشا فِي وَجهه قيل يَا رَسُول الله وَمَا يُغْنِيه قَالَ خَمْسُونَ درهما أَو قيمتهَا من الذَّهَب قَالَ عَليّ قَالَ يحيى وَقد حدث عَن حَكِيم بن جُبَير سُفْيَان الثَّوْريّ وزائدة قَالَ عَليّ وَلم ير يحيى بحَديثه بَأْسا
(وبه قال) حَدثنَا مَحْمُود بن غيلَان حَدثنَا يحيى بن آدم عَن سُفْيَان الثَّوْريّ عَن حَكِيم بن جُبَير بِحَدِيث الصَّدَقَة قَالَ يحيى بن آدم قَالَ عبد الله بن عُثْمَان صَاحب شُعْبَة لِسُفْيَان الثَّوْريّ لَو غير حَكِيم حدث بِهَذَا فَقَالَ لَهُ سُفْيَان وَمَا لحكيم لَا يحدث عَنهُ شُعْبَة
قَالَ نعم فَقَالَ سُفْيَان الثَّوْريّ سَمِعت زبيدا يحدث بِهَذَا عَن مُحَمَّد بن عبد الرَّحْمَن بن يزِيد
(3) Tentang Ĥakīm Bin Jubair
Bermaksud: Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin `Abdillah, katanya: Aku bertanya Yahya bin Sa`id tentang Ĥakīm bin Jubair. Jawab beliau, “Syu`bah meninggalkannya kerana hadits yang diriwayatkannya tentang sedekah, iaitu hadits Ibnu Mas`ud daripada Nabis.a.w. Baginda bersabda: “Sesiapa meminta sedekah daripada manusia, padahal ada padanya kadar yang mencukupi (keperluannya), niscaya pada hari kiamat kelak permintaannya itu akan bertukar menjadi kesan cakaran di mukanya.” (Maka) Ada yang bertanya, “Wahai Rasulallah! Sebanyak manakah kadar yang mencukupinya itu?” Jawab Baginda, “Lima puluh dirham atau sama dengan nilainya daripada emas.”
Kata `Ali, Yahya berkata: “Sufyan ats-Tsauri dan Zā’idah meriwayatkan (hadits) daripada Ĥakīm bin Jubair.” Kata `Ali lagi, “Yahya tidak menganggap haditsnya bermasalah.”
Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Adam meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan ats-Tsauri daripada Ĥakīm bin Jubair hadits sedekah. Kata Yahya bin Adam, “Maka berkatalah `Abdullah bin `Utsman murid Syu`bah kepada Sufyan ats-Tsauri, “Kalaulah bukan Ĥakīm yang meriwayatkan hadits ini (alangkah baiknya)! Lantas Sufyan berkata kepadanya, “Kenapanya dengan Ĥakīm?
Adakah kerana Syu`bah tidak mahu meriwayatkan (hadits) daripadanya?” Jawab `Abdullah bin `Utsman, “Ya”. Maka berkata (pula) Sufyan, “Aku telah mendengar Zubaid meriwayatkan hadits ini daripada Muhammad bin `Abdir Rahman bin Yazid.”¹⁵⁰
_________________
¹³⁹ Beliau ialah Muĥammad bin Muslim bin Tadrus al-Makki al-Qurasyi al-Asadi, seorang perawi shadūq, ĥāfizh dan banyak meriwayatkan hadits. Abu az-Zubair adalah kuniahnya. Kata Ya`la bin `Athā’, “Abu az-Zubair adalah antara manusia yang paling sempurna `aqalnya dan
paling kuat ingatannya.
`Athā’ bin Abi Rabāĥ bercerita, kata beliau, “Kami selalu menghadap Jābir. Beliau meriwayatkan hadits kepada kami. Apbila kami keluar (dari sisinya) kami bermuzakarah.
Ternyata Abu az-Zubair adalah yang paling ingat hadits antara kami.”
Ibnu Ma`īn dan an-Nasā’i mengatakan Abu az-Zubair tsiqah. Abu Zur`ah, Abu Ĥātim dan al-bukhari pula mengatakan dia tidak boleh dijadikan hujah. Bukan seorang dua tokoh Rijāl hadits berpendapat dia seorang perawi mudallis. Jika dia menyatakan samā`nya, maka dia dianggap hujah. Abu az-Zubair meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.
(Lihat Siyar A`lām an-Nubalā’ j.5 m/s 380, Tadzkiratul Ĥuffāzh j.1 m/s 95).
¹⁴⁰ `Abdul Malik bin Abi Sulaiman Al-`Arzami al-Kūfi. Abu Muĥammad adalah kuniahnya. Beliau adalah salah seorang Hafizh hadits yang kuat dan hebat. `Abdul Malik bin Abi Sulaiman al-`Arzami terbilang sebagai salah seorang muĥaddits besar di zamannya. Abdur rahman bin Mahdi berkata, “Syu`bah sangat kagum dengan hafalan `Abdul Malik.” Ahmad, Ibnu ammaar dan al-`Ijli pula berkata, “Dia tsiqah dan hujah.” An-Nasā’i juga menganggapnya tsiqah. Imam bukhari bagaimanapun hanya menerimanya sebagai perawi syawahidnya sahaja. Abdul Malik meninggal dunia pada tahun 145 Hijrah.
(Lihat Tadzkiratul Ĥuffāzh j.1 m/s 117, Tahdzīb at-Tahdzīb j.6 m/s 352-353).
¹⁴¹ Beliau ialah Ĥakīm bin Jubair al-Asadi al-Kūfi. Kata Imam Ahmad tentangnya, “Perawi lemah lagi mudhtharib.” Ibnu Ma`īn berkata, “Langsung tidak bernilai.” Kata Ibnu al-Madīni,
¹⁴² Al-`Abdi. Abu Ishaq adalah kuniahnya. Yahya dan an-Nasā’i berkata, “Perawi yang lemah haditsnya.” Sufyan bin `Uyainah mendhaifkannya. Ali bin al-Junaid berkata, “Matrūk.” Al-Azdi pula berkata, “Dia perawi shadūq, suka memarfū`kan hadits dan banyak waham.”
(Lihat Ibnu al-Jauzi – ad-Dhu`afā’ Wa al-Matrūkīn j.1 m/s 53).
¹⁴³ Beliau ialah Muhammad bin `Ubaidillah bin Abi Sulaiman al-`Arzami al-Fazāri al-Kūfi. Abu `Abdir Rahman adalah kuniahnya. Kata Ahmad, “Orang ramai (ulamak-ulamak rijal)meninggalkan (tidak mahu menerima) haditsnya.” Kata Yahya bin Ma`īn, “Langsung tidak bernilai. Tidak boleh ditulis haditsnya.” Kata al-Bukhari, “Ibnu al-Mubārak dan Yahya tidak mahu menerima haditsnya.”
Kata Wakī`, “Al-`Arzami sebenarnya adalah seorang yang shaleh. Oleh kerana kitab-kitabnya telah hilang, dia hanya meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya semata-mata, maka banyaklah perkara mungkar dikemukakannya.” Muhammad bin `Ubaidillah al-`Arzami meninggal dunia pada tahun seratus lima puluhan Hijrah.
(Lihat Tahdzīb al-Kamāl j.26 m/s 43-44, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 494).
¹⁴⁴ Beliau ialah Umaiyyah bin Khalid bin al-Aswad al-Qaisi al-Bashri. Abu `Abdillah adalah kuniahnya. Beliau saudara (abang) Hudbah. Abu Zur`ah, Abu Ĥātim, Tirmidzi dan al-`Ijli mengatakan beliau tsiqah. Daaraquthni berkata, “Aku tidak mengetahui dia melainkan sebagai seorang yang baik.” Hafiz Ibnu Hajar pula berkata, “Perawi shadūq, dari thabaqah ke-9. Umaiyyah meninggal dunia pada tahu 200 atau 201 Hijrah.
(Lihat Tahdzīb at-Tahdzīb j.1 m/s 324, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 114).
¹⁴⁵ Hadits ini diriwayatkan oleh Tirmidzi di dalam Sunannya dengan lafaz: بالشفعة أحق الجار( jiran mempunyai hak syuf`ah melebihi orang-orang lain). Setelah mengemukakannya Imam Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits gharib. Tiada siapa pun meriwayatkannya selain `Abdul Malik bin Abi Sulaiman daripada `Athā’ daripada Jābir. Syu`bah mentajrīĥkan `Abdul Malik bin Abi Sulaiman kerana hadits ini. Sedangkan `Abdul Malik adalah seorang tsiqah lagi
ma’mūn di sisi Ahlul Hadits. Kita tidak mengetahui ada sesiapa mempertikaikannya kerana hadits ini selain Syu`bah. Wakī` telah meriwayatkan hadits ini daripada Syu`bah daripada`Abdul Malik bin Abi Sulaiman.”
Oleh kerana kebanyakan imam mujtahidin, termasuk Imam Malik, syafie dan Ahmad tidak menerima hak syuf`ah jiwār, riwayat `Abdul Malik pula bercanggah dengan pandangan
mereka, maka Syu`bah yang terpengaruh dengan pandangan mereka mempertikaikan riwayat `Abdul Malik. Padahal ada juga imam-imam mujtahid yang menerima hak syuf`ah jiwār itu.
Antaranya ialah Imam abu hanifah. Atas alasan hadits yang menyabitkan hak syuf`ah itu hanya diriwayatkan oleh `Abdul Malik sahaja, Syu`bah mengetepikannya. Sedangkan `Abdul Malikadalah seorang perawi tsiqah. Tidak ada orang yang mendhaifkannya selain Syu`bah.
¹⁴⁴ Beliau ialah Umaiyyah bin Khalid bin al-Aswad al-Qaisi al-Bashri. Abu `Abdillah adalah kuniahnya. Beliau saudara (abang) Hudbah. Abu Zur`ah, Abu Ĥātim, Tirmidzi dan al-`Ijli mengatakan beliau tsiqah. Daaraquthni berkata, “Aku tidak mengetahui dia melainkan sebagai seorang yang baik.” Hafiz Ibnu Hajar pula berkata, “Perawi shadūq, dari thabaqah ke-9. Umaiyyah meninggal dunia pada tahu 200 atau 201 Hijrah.
(Lihat Tahdzīb at-Tahdzīb j.1 m/s 324, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 114).
¹⁴⁵ Hadits ini diriwayatkan oleh Tirmidzi di dalam Sunannya dengan lafaz: الجار أحق بالشُفْعة
( jiran mempunyai hak syuf`ah melebihi orang-orang lain).
Setelah mengemukakannya Imam Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits gharib.
Tiada siapa pun meriwayatkannya selain `Abdul Malik bin Abi Sulaiman daripada `Athā’ daripada Jābir. Syu`bah mentajrīĥkan `Abdul Malik bin Abi Sulaiman kerana hadits ini. Sedangkan `Abdul Malik adalah seorang tsiqah lagi ma’mūn di sisi Ahlul Hadits. Kita tidak mengetahui ada sesiapa mempertikaikannya kerana hadits ini selain Syu`bah. Wakī` telah meriwayatkan hadits ini daripada Syu`bah daripada`Abdul Malik bin Abi Sulaiman.”
Oleh kerana kebanyakan imam mujtahidin, termasuk Imam Malik, Syafie dan Ahmad tidak menerima hak syuf`ah jiwār,
riwayat `Abdul Malik pula bercanggah dengan pandangan mereka, maka Syu`bah yang terpengaruh dengan pandangan mereka mempertikaikan riwayat `Abdul Malik.
-hanya kerana dia cenderung kepada imam tertentu.
Padahal ada juga imam-imam mujtahid yang menerima hak syuf`ah jiwār itu.
Antaranya ialah Imam Abu Hanifah. Atas alasan hadits yang menyabitkan hak syuf`ah itu hanya diriwayatkan oleh `Abdul Malik sahaja, Syu`bah mengetepikannya. Sedangkan `Abdul Malik adalah seorang perawi tsiqah. Tidak ada orang yang mendhaifkannya selain Syu`bah.
- inilah dipanggil perawi mukhtalafih
-riwayat Abdul Malik bin Abu Sulaiman
-terlebih dahulu kena tahu fekah undang2 Islam
-kita perlu tahu syuf`ah jiwār , syuf`ah jiwār ialah hak membatalkan penjualan dan boleh membeli dengan harga yang sama kerana dia salah seorang ahli kongsi(syarikat) syarat sanggup membeli harga yang sama. Itulah hak syuf`ah.
- satu lagi tentang hadits syuf`ah jiwār, mengenai jiran yang berkongsi jalan antara mereka.
- tak boleh jual kepada orang lain jika jiran yang berkongsi itu boleh bayar harga yang sama yang ingin dijual.
- jadi perlu tanya jirannya kerana ada hak ini.
- orang yang tak mahu terima mereka kata hadis ini tak kuat.
- muawatok imam malik...hak jiran.
- muawatok imam muhamad...
- jika jalan telah jelas pembahagian, tiadalah hak berkongsi.
-kita sini dipanggil istilah pecah lot, geran telah ada tiadalah perkongsian.
- jika saluran atau apa2 yang dikongsipun dipanggil syuf'ah
- lihat hadits
١٢ - الأحكام عن رسول الله » ٩٢١ - ما جاء في الشفعة للغائب
12. Hukum-hukum » 921. Syuf'ah bagi orang yang tidak ada
١٢٩٠ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْوَاسِطِيُّ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَارُ أَحَقُّ بِشُفْعَتِهِ يُنْتَظَرُ بِهِ وَإِنْ كَانَ غَائِبًا إِذَا كَانَ طَرِيقُهُمَا وَاحِدًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ غَيْرَ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرٍ 👈وَقَدْ تَكَلَّمَ شُعْبَةُ فِي عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ مِنْ أَجْلِ هَذَا الْحَدِيثِ وَعَبْدُ الْمَلِكِ هُوَ ثِقَةٌ مَأْمُونٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا تَكَلَّمَ فِيهِ غَيْرَ شُعْبَةَ مِنْ أَجْلِ هَذَا الْحَدِيثِ وَقَدْ رَوَى وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ هَذَا الْحَدِيثَ وَرُوِي عَنْ ابْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ قَالَ عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ مِيزَانٌ يَعْنِي فِي الْعِلْمِ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ الرَّجُلَ أَحَقُّ بِشُفْعَتِهِ وَإِنْ كَانَ غَائِبًا فَإِذَا قَدِمَ فَلَهُ الشُّفْعَةُ وَإِنْ تَطَاوَلَ ذَلِكَ
1290. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Khalid bin Abdullah Al Wasithi dari 👉Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari 'Atha` dari Jabir ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tetangga lebih berhak dengan syuf'ahnya (tetangga dengan tetangga), hal itu tetap ditunggu sekalipun ia tidak ada di tempat jika jalan yang mereka berdua lalui itu satu."
Abu Isa berkata; Hadits ini gharib dan kami tidak mengetahui seorang pun yang meriwayatkan hadits ini selain Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari 'Atha` dari Jabir, 👉sementara Syu'bah
-Syubah bukan imam mujtahid
telah mengomentari Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari sisi hadits ini. Abdul Malik adalah tsiqah lagi terpercaya menurut ulama hadits, namun kami tidak mengetahui seorang pun mengomentarinya (mempertikaikannya) selain Syu'bah dari sisi hadits ini. Waki' telah meriwayatkan hadits ini dari Syu'bah dari Abdul Malik bin Abu Sulaiman dan telah diriwayatkan dari Ibnu Al Mubarak dari Sufyan Ats Tsauri ia berkata; Abdul Malik bin Abu Sulaiman adalah seimbang yakni dalam masalah ilmu.
-seorang yang dianggap neraca tidak diterima oleh Syu'bah.
- tetapi dia tetap diterima kerana hanya Syu'bah yang mengkritiknya.
- inilah yang dikatakan perawi mutalakhfih
- Syu'bah yang terkeliru, inilah ilatnya.
- ini menunjukan belum tentu imam hadits membuat keputusan yang tepat .
- Inilah imam tirmizi nak ingatkan kita tentang ilat.
- tanah yang dikongsi juga ada hak syuf'ah.
-tiada alasan untuk dijual kepadanya dengan harga yang sama jika dijual kepada orang lain.
- pandangan tokoh tidak mesti sentiasa betul
Hadits ini menjadi pedoman amal menurut para ulama, bahwa seseorang lebih berhak dengan syuf'ahnya meskipun ia tidak ada di tempat, jika ia datang maka baginya syuf'ah meskipun dalam waktu yang lama.
¹⁴⁶ Beliau ialah Husyaim bin Basyīr bin al-Qāsim bin Dīnār as-Sulami al-Wāsithi. Abu Mu`āwiah adalah kuniahnya. Husyaim tinggal di Baghdād. Beliau menyebarkan ilmu di sana di samping telah mengarang beberapa buah buku.
Ya`qub ad-Dauraqi berkata, “Husyaim mempunyai dua puluh ribu hadits.” Kata adz-Dzahabi, dia merupakan puncak dalam hafalan. Tetapi terkenal sebagai perawi yang banyak melakukan tadlis. Yazid bin Harun berkata, “Tidak pernah ku lihat sesiapa pun yang lebih kuat ingat hadits
daripada Husyaim selain Sufyan – insya’ Allah.
Ahmad bin `Abdillah al-`Ijli berkata, “Husyaim tsiqah, terbilang sebagai salah seorang hafiz (hadits), tetapi ia selalu melakukan tadlis.” Abu Haatim pernah ditanya tentang Husyaim, maka beliau menjawab, “Tidak perlu ditanya tentang kebenarannya, amanahnya dan kelayakannya.”
Abdullah bin al-Mubārak pula berkata tentang Husyaim, “Peredaran masa mengubah ingatan kebanyakan orang, namun ia tidak mengubah ingatan Husyaim.”
(Lihat Siyar A`lām an-Nubalā’ j.8 m/s 289-294).
-perawi dalam sanad imam tirmizi
¹⁴⁷ Beliau ialah Ĥajjāj bin Arthāt bin Tsaur bin Hubairah an-Nakha`i al-Kūfi. Kuniahnya ialah Abu Arthāt. Ĥajjāj pernah menyandang jawatan mufti di `Iraq dan beliau terbilang sebagai salah seorang tokoh fuqaha’ di zamannya. Walaupun Ĥajjāj disebut sebagai gedung ilmu, namun beliau tidak dianggap teguh dalam meriwayatkan hadits. Melakukan tadlis adalah kebiasaannya.
Abu Haatim berkata, “Ĥajjāj perawi shadūq yang melakukan tadlis daripada perawi-perawi dha`if. Kalau ia berkata حدثنا maka tidak diragui tentang kebenarannya.” Kata an-Nasā’i, “Tidak kuat.” Kata Ibnu `Adi, “Orang ramai tidak menyenanginya kerana ia meriwayatkan secara tadlis
daripada az-Zuhri dan lain-lain. Kadang-kadang tersilap dalam periwayatannya. Namun tidaklah ia dengan sengaja berdusta. Ia termasuk dalam perawi-perawi yang boleh ditulis haditsnya.” Ĥajjāj meninggal dunia pada tahun 149 Hijrah. (Lihat Tadzkiratu al-Ĥuffāzh j.1 m/s 140, Tahdzīb at-Tahdzīb j.2 m/s 173-174).
¹⁴⁸ Riwayat ini menunjukkan Abu az-Zubair bukan sahaja seorang hafiz hadits, malah beliau juga adalah orang yang paling banyak menghafal (ingat) hadits-hadits Jābir.
¹⁴⁹ Kesimpulannya ialah Abu az-Zubair adalah perawi tsiqah yang tinggi kedudukannya di sisi sekian ramai ulama Rijāl. Jarĥ (kritikan) Syu`bah terhadapnya tidak boleh dianggap mu`tabar.
¹⁵⁰ Maksud Sufyan ialah bukan Ĥakīm bin Jubair sahaja meriwayatkan hadits itu, Zubaid juga turut meriwayatkannya. Aku sendiri telah mendengar Zubaid meriwayatkan hadits ini daripada Muhammad bin `Abdir Rahman bin Yazid. Kesimpulannya ialah Ĥakīm tidak bersendirian dalam meriwayatkannya daripada Muhammad bin `Abdir Rahman bin Yazid. Zubaid merupakan mutābi`nya.
Menurut Syu`bah, lima puluh dirham atau emas (dinar) yang senilai dengannya merupakan satu jumlah wang yang agak besar. Sedangkan jumlah yang lebih sedikit lagi daripada itu pun sudah boleh menjadi penghalang bagi seseorang daripada mengemis. Pada fikiran Syu`bah, mungkin
ada sst yang tak kena pada riwayat Ĥakīm tersebut.
Sebenarnya wang sejumlah itu bukanlah terlalu besar, terutamanya apabila diambil kira tempat dan zaman yang sentiasa berbeda-beda. Wang sejumlah itu hanyalah mencukupi untuk perbelanjaan sehari sahaja kepada sesetengah keluarga.
Memandangkan Zubaid juga meriwayatkan hadits itu daripada Muhammad bin `Abdir Rahman bin Yazid, dan beliau boleh dikira sebagai mutābi` Ĥakīm, maka keraguan Syu`bah terhadapnya tidak mempunyai apa-apa nilai lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan