Sahih bukhari kitab azan sesi 63 4/6/22(5)
¹⁷⁸⁸ Bersama beberapa orang sahabatnya setelah selesai bersembahyang Zohor.
¹⁷⁸⁹ bin Malik. Mereka dari kalangan puak Aus. Aus adalah salah satu daripada dua qabilah Anshaar. Daerah mereka terletak di Qubaa'.
¹⁷⁹⁰ Mu'adzdzin yang dimaksudkan di sini ialah Bilal. Perginya Bilal kepada Abu Bakar adalah dengan perintah Rasulullah s.a.w.sendiri berdasarkan satu riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabaraani, juga daripada Abi Haazim bin Dinar daripada Sahal bin Sa'ad as-Saa'idi, Baginda saw bersabda:
يَا بِلالُ إنْ حَضَرَتِ العِعْرُ وَلَمْ آتِكَ فَمُرْ أَبَا بِكّرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ
Bermaksud :Jika masuk waktu `Ashar dan aku belum juga sampai kepadamu, maka suruhlah Abu Bakar, biar dia yang menjadi imam kepada orang ramai.”
(Lihat hadits ini selengkapnya di dalam al-Mu' jamu al-Kabir j.6 m/s 182).
¹⁷⁹¹Hingga ke shaf pertama di belakang Abu Bakar. Perbuatan meredah masuk melalui celah-celah shaf untuk sampai ke shaf pertama seperti ini harus kepada imam.Tetapi ia makruh kepada orang-orang lain. Di dalam riwayat Muslim tersebut:
فَخَرَقَ الصُّفُوفَ حَتَّى قَامَ عِنْدَ الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ
Bermaksud;Lalu Baginda membelah shaf-shaf sehingga berdiri pada shaf pertama.
¹⁷⁹² Aaishah meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w.tentang berpaling ketika bershalat, maka Baginda bersabda:
هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ
Bermaksud:Itu adalah peluang meragut yang diperolehi syaitan daripada shalat seseorang hamba(Allah).
(Hadits riwayat Bukhari,Ahmad,Tirmidzi,Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibbaan,Abu Ya'la dan lain-lain).
Abu Bakar juga tentu sekali telah mengetahui tentangnya,kerana itu beliau tidak berpaling ketika bershalat.
¹⁷⁹³ Kerana itu bererti restu Allah dan RasulNya buat dirinya.
¹⁷⁹⁴Abi Quhaafah adalah nama panggilan (kuniah) ayahanda Abu Bakar. Nama sebenarnya ialah `Utsman bin 'Aamir. Beliau memeluk agama Islam pada tahun pembukaan Mekah. Dan meninggal dunia pada tahun 14 Hijrah di zaman pemerintahan Saiyyidina 'Umar. Abu Bakar tidak menyebut namanya, sebaliknya mengatakan anak Abi Quhaafah, semata-mata untuk merendah diri kepada Rasulullah s.a.w. dan memperlekeh kedudukannya berbanding kedudukan seorang nabi. Begitulah adab Abu Bakar dengan Rasulullah s.a.w.
¹⁷⁹⁵ Dan Rasulullah s.a.w. pula menjadi ma'mumnya! Satu persoalan timbul di sini bahawa bagaimana Abu Bakar boleh menyalahi perintah Rasulullah s.a.w. Bukankah Rasulullah telah mengisyaratkan kepadanya supaya terus menjadi imam? Oleh kerana persoalan ini mungkin
timbul dalam benak seseorang dan ia menjadi mangsa prejudis terhadap Abu Bakar, maka Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertanya Abu Bakar, kenapa beliau menyalahi perintah Baginda?
Rasulullah s.a.w. mahu Abu Bakar sendiri yang membersih dan membela dirinya.
Kesimpulan yang dapat difahami daripada jawapan Abu Bakar ialah beliau lebih mengutamakan adab dengan Rasulullah s.a.w. daripada yang lain-lain. Memang benar Baginda telah menyuruh beliau meneruskan shalat, tetapi suruhan dan perintah itu tidak difahami Abu Bakar sebagai suruhan dan perintah yang wajib. Ia hanya sebagai penghormatan Baginda s.a.w. kepadanya semata-mata.
Bukti bahawa perintah itu hanya sebagai penghormatan kepadanya ialah perbuatan Rasulullah s.a.w. yang menyusup masuk melalui celah-celah shaf hingga ke shaf pertama. Ia menunjukkan Baginda berhasrat menjadi imam sebenarnya. Cuma sebagai menghormati Abu Bakar Baginda mengisyaratkan kepadanya agar meneruskan shalat. Setelah menghargai penghormatan dan restu
Rasulullah dengan mengangkat tangan memuji Allah, beliau terus mundur. Daripada tindakan Abu Bakar itu para `ulama' menyimpulkan bahawa jika seseorang diperintah oleh orang yang lebih tinggi kedudukan daripadanya supaya melakukan sesuatu, sedang ia memahami perintah itu
tidak lebih daripada menghormatinya semata-mata, maka tidak mestilah ia menurut perintah itu.
Malah tidak menurut perintahnya, itulah yang dianggap sebagai lebih beradab dan lebih matang dalam memahami maksud seseorang. Bagaimanapun, perlu sekali diingat bahawa menjunjung perintah dengan melakukan apa yang disuruh juga suatu yang penting. Kerana itu bila al-
Mughirah bin Syu'bah ditanya, pernahkan rasululllah s.a.w. bersembahyang dengan menjadi ma'mum kepada seseorang selain Abu Bakar? Maka jawab beliau, “Ya, pernah.”Semasa perang Tabuk, pernah Rasulullah terlambat datang bersembahyang Subuh, lalu orang ramai
bersembahyang dengan berimamkan `Abdur Rahman bin `Auf. Setelah menunaikan satu raka'at sembahyang Subuh, aku dan Rasulullah s.a.w.tiba-tiba datang kepada mereka. 'Abdur Rahman mahu mundur, tetapi Rasulullah s.a.w.memerintahkan supaya beliau terus menjadi imam. Maka Abdur Rahman terus menjadi imam hingga akhir. Rasulullah s.a.w. sebagai masbuq telah menambahkan satu raka'at lagi setelah `Abdur Rahman memberi salam. Daripada dua peristiwa itu dapat disimpulkan bahawa dua orang sahabat agung Rasulullah s.a.w.telah mengambil sikap dan langkah yang berbeza terhadap perintah Baginda. 'Abdur Rahman bin 'Auf telah mentarjihkan perintah Rasulullah s.a.w. Abu Bakar pula telah mentarjihkan adab daripada yang lain-lain. Mungkin juga `Abdur Rahman bin `Auf mentarjihkan perintah Baginda kerana beliau telah pun bersembahyang satu raka'at. Mundur ke belakang baginya boleh menimbulkan kecelaruan kepada para ma'mum. Berbeza dengan apa yang berlaku dalam peristiwa Abu Bakar, kerana Rasulullah s.a.w. datang ke masjid ketika beliau baru memulakan shalat.
¹⁷⁹⁶ Antara pengajaran,panduan, pedoman dan hukum yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah:
(1) Kelebihan menyelesaikan masalah masyarakat dan kelebihan mendamaikan pihak-pihak yang berkelahi dan bertelagah.
(2) Perpaduan masyarakat dan keharmonian ra'yat perlu
diutamakan daripada perkara-perkara lain.
(3) Pemimpin negara sendiri harus berusaha
memulihkan keadaan masyarakat, daripada tidak baik kepada baik dan lebih baik.
(4) Usaha mendamaikan masyarakat lebih diutamakan daripada menjadi imam shalat.
(5) Hadits ini menunjukkan sembahyang fardhu yang sama dalam sesetengah keadaan boleh dipimpin oleh dua
orang imam, seorang lepas seorang.
(6) Imam ratib boleh menugaskan seseorang
menggantikannya untuk memimpin shalat fardhu tertentu semasa ketiadaannya. Jika ia kembali setelah naibnya memulakan shalat, ia boleh memilih sama ada mahu menjadi ma'mumnya atau ia sendiri mengambil alih tempat naibnya, lalu menyambung sembahyang sebagai imam.Naibnya pula akan menjadi ma'mum seperti ma'mum-ma'mum yang lain tanpa memutuskan shalat.
Walaupun begitu,shalat semua mereka tetap sah.
(7) Kelebihan Abu Bakar daripada sekalian
sahabat yang lain.
(8) Melaungkan iqamat dan bertanya imam tentang kesediaannya untukmemulakan shalat berjama'ah adalah termasuk tugas muadzdzin. Itulah yang terbaik.Walaupun
boleh juga orang lain beriqamat.
(9) Keharusan bertasbih (mengucapkan dan bertahmid
(mengucapkan سبحان الله) ketika bershalat, kerana ia juga termasuk dalam mengingati Allah.
(10)Keharusan berpaling sedikit kerana sesuatu sebab atau keperluan ketika bershalat,dengan syarat dada tidak beralih dari qiblat.
(11)Keharusan menggantikan imam dalam bershalat jama'ah apabila imam mengalami sesuatu yang memestikan ia diganti.
(12)Keharusan meredah shaf-shaf untuk sampai ke shaf pertama. Tetapi ia khusus dengan imam. Adapun bukan imam, maka makruh berbuat begitu.
(13)Keharusan imam mafdhul (imam yang kurang daripada ma mumnya daripada segi kelayakan) memimpin shalat berjama ah.
(14) Pemimpin hendaklah bertanya orang bawahannya tentang kenapa ia tidak menurut perintah yang diberikan kepadanya sebelum menempelak dan memarahinya.(15)Memuliakan orang yang lebih tua dengan memanggilnya menggunakan nama panggilan (kuniah) yang elok-elok.
(16) Pergerakan yang sedikit dalam shalat tidak membatalkannya.
(17) Mengutamakan orang yang paling layak untuk memegang sesuatu tugas dan kerja.
(18) Mengangkat tangan ketika shalat tidak membatalkannya.
(19) Ma'mum yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada imam atau ia mahu menegur dan menarik perhatian imam dalam shalat, hendaklah bertasbih.
(20) Imam Malik berpendapat, perempuan juga seperti lelaki perlu bertasbih, bukan bertashfiq apabila mahu menegur imam. Beliau berpegang dengan perkataan ْمَن yang tersebut di dalam hadits ini. Ia umum merangkumi lelaki dan perempuan. Tashfiq (menepuk tangan dalam shalat) dimansukhkan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: a (Sesiapa menjadi ma'mum lalu ia merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam shalat, ia hendaklah bertasbih).
(21) Keelokan bersyukur kepada Allah apabila anda dijadikanNya seorang yang mempunyai kelebihan dalam agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan