Isnin, Jun 20, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0055(58-67)18/6/22s

Sahih bukhari kitab ilmu 0055(58-67)18/6/22s

Sahih bukhari kitab ilmu 0055(58) 18/6/22

Mmay baca 
7 - بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْمُنَاوَلَةِ وَكِتَابِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْعِلْمِ إِلَى الْبُلْدَانِ

 وَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَسَخَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَصَاحِفَ فَبَعَثَ بِهَا إِلَى اآلفَاقِ وَرَأَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ذَلِكَ جَائِزًا وَاحْتَجَّ بَعْضُ أَهْلِ الْحِجَازِ فِي الْمُنَاوَلَةِ بِ حَدِيثِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ كَتَبَ ألمِريِ السَّرِيَّةِ كِتَابًا وَقَالَ التَقْرَأْهُ حَتَّى تَبْلُغَ مَكَانَ كَذَا وَكَذَا فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ الْمَكَانَ قَرَأَهُ عَلَى النَّاسِ وَأَخْبَرَهُمْ بِأَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Bab (7): Apa Yang Disebut Tentang Munâwalah ⁸³ Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri ⁸⁴.

Anas Berkata: “`Utsman Telah Menyalin Beberapa Mushaf Lalu Dihantarnya Mushaf-Mushaf Itu Ke Beberapa Pelusuk Negeri.”⁸⁵ `Abdullah Bin `Umar, Yahya Bin Sa`id Dan Mâlik Berpendapat Cara Itu Harus.⁸⁶ Sebahagian Ahli Hijaz ⁸⁷

Berhujah Untuk Keharusan Munâwalah Dengan Hadits Nabi S.A.W. Di Mana Baginda S.A.W. Menulis Untuk Ketua Pasukan Tentera ⁸⁸ Sepucuk Surat Dan Beliau Berkata: “Jangan Kau Baca Surat Itu Sebelum Sampai Ke Tempat Sekian-Sekian.”⁸⁹ Apabila Ketua Pasukan Itu Sampai Ke Tempat Berkenaan, Dia Pun Membaca Surat Itu Di Hadapan Shahabat-Shahabatnya Dan Memberi Tahu Kepada 
Mereka Tentang Perintah Nabi S.A.W.⁹⁰


٦٢ - (وبه قال ) حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ بِكِتَابِهِ رَجُلًا وَأَمَرَهُ أَنْ يَدْفَعَهُ إِلَى عَظِيمِ الْبَحْرَيْنِ فَدَفَعَهُ عَظِيمُ الْبَحْرَيْنِ إِلَى كِسْرَى فَلَمَّا قَرَأَهُ مَزَّقَهُ فَحَسِبْتُ أَنَّ ابْنَ الْمُسَيَّبِ قَالَ فَدَعَا عَلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ

64 - Isma`il Bin `Abdillah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibrahim Bin Sa`ad meriwayatkan kepada kami daripada Shāleĥ(bin Kaisar) daripada Ibni Syihāb daripada `Ubaidillah Bin `Abdillah Bin `Utbah Bin Mas`ūd, bahawa `Abdullah Bin `Abbās memberitahunya, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah 
mengutuskan seseorang ⁹¹ untuk membawa surat Beliau. Beliau s.a.w. mengarahkannya supaya memberikan surat itu kepada pembesar Bahrain⁹² agar disampaikannya kepada Kisra.⁹³ Apabila Kisra membacanya, dikoyak-
koyaknya surat itu.⁹⁴ Saya rasa (perawi) Ibnu al-Musayyab berkata: Maka Rasulullah s.a.w. mendoakan keburukan terhadap mereka, agar mereka juga dikoyak-rabakkan.⁹⁵

٦٣ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَبُو الْحَسَنِ الْمَرْوَزِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَتَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِتَابًا أَوْ أَرَادَ أَنْ يَكْتُبَ فَقِيلَ لَهُ إِنَّهُمْ لَا يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلَّا مَخْتُومًا فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي يَدِهِ فَقُلْتُ لِقَتَادَةَ مَنْ قَالَ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَنَسٌ
_________________ 
⁸³ Sebelum ini Imam Bukhari telah membuat bab tentang membaca dan mengemukakan hadits di hadapan guru, sebelum itu lagi ialah bab guru yang membaca dan periwayatan menggunakan istilah ĥaddatsana dan sebagainya. 

Sekarang Imam Bukhari ingin mengemukakan pula cara munawalah, iaitu guru memberikan kitab yang ditulisnya kepada murid, kitab itu mengandungi sanad gurunya, murid tersebut tidak membacanya pun di hadapan guru, kalau guru itu menyebutkan: “Saya benarkan kamu riwayatkan apa yang ada di dalam kitab ini dengan sanad saya”, maka murid tadi boleh meriwayatkannya dan periwayatan 
sebegitulah dipanggil periwayatan secara munawalah.
- hadits yang diterimaa daripada guru dan guru benarkan(guru dan murid tak baca)

Boleh juga kitab itu disalin daripada murid yang lain kemudian dikemukakan di hadapan guru yang menulisnya 
dan gurunya itu membenarkannya untuk meriwayatkannya.

Mengikut istilahnya, munawalah terbahagi kepada dua:
Satu(1)مناولة مقرونة باإلجازة   
Munawalah yang disertai kebenaran daripada guru, mengikut Imam Bukhari, Ayyub as-Sakhtiyani dan lain-lain 
cara ini membenarkan periwayatan secara ĥaddatsana dan akhbarana seolah-olahnya guru itu sendiri yang membacanya atau dibacakan di hadapan guru. Ini kerana guru itu tentunya sudah mengambil tahu tentang muridnya yang ingin mengambil ijazah dan sanad daripadanya. 
- guru tahu tentang murid 

Kedua(2) مناولة غير مَقْرُونَة   باإلجازة
Munawalah yang tidak disertai kebenaran guru. Terdapat khilaf `ulama’ tentangnya, ada yang berpendapat tidak 
boleh digunakan istilah ĥaddatsana atau akhbarana tetapi sebaliknya perlu digunakan نَاوَلَنِيْ فُلَانٌ atau أَخْبَرَنِيْ الشَّيْخُ مُناوَلَةً
yang bermaksud ‘si fulan (guru) itu telah memberikan 
kepada saya’ atau ‘meriwayatkan kepada saya secara munawalah’, dengan istilah ini akan difahami bahawa murid itu tidak membaca di hadapan gurunya, tidak juga 
gurunya membaca di hadapannya. Kelayakan penerima tadi perlu diperhatikan juga, sekiranya dia seorang yang berkelayakan, maka boleh diterima periwayatannya, 
sekiranya dia bukan orang yang mempunyai kelayakan, maka ia seharusnya ditolak. 

Sesetengah `ulama’ mengatakan bahawa riwayat munawalah atau mukatabah mestilah disebut dengan lafaz anba’ana, ada juga yang mengatakan mesti disertakan 
lafaz yang memberi ma`na mukatabah atau munawalah tetapi Imam Bukhari tidak mensyaratkannya. Cuma bila begitu, akan timbul kemusykilan pula tentang riwayat-
riwayat ĥaddatsana dan akhbarana di dalam Shahih Bukhari kerana tidak ada apa-apa

59Sahih bukhari kitab ilmu 0055(60) 18/6/22________

tanda, adakah ia betul-betul riwayat taĥdīts (betul2 drp guru) atau munawalah? Jawapannya ialah riwayat-riwayat yang ada di dalam Shahih Bukhari ini tidak dimasukkan oleh Imam Bukhari jika hanya diterima beliau melalui cara munawalah atau mukatabah sahaja, bahkan Imam Bukhari mensyaratkan adanya tsubut liqa’ (terbukti telah bertemu) 
selain adanya mu`asharah (sezaman) antara murid dan guru. 

Imam Bukhari juga memilih perawi yang telah lama bersama gurunya, yang kuat ingatannya dan menjadi 
harapan kepada gurunya. Jadi pendapat yang disebutkan oleh Imam Bukhari tadi adalah untuk umum dan tidak terpakai kepada Shahih Bukharinya ini.

Imam Abu Hanifah menolak periwayatan secara munawalah kerana baginya ia sama dengan surat yang dibacakan di hadapan Qadhi yang memerlukan saksi. Maka periwayatan secara munawalah ini juga memerlukan kepada dua orang saksi yang mengakui bahawa seseorang murid itu telah menerima tulisan gurunya sama seperti 
dalam masalah surat yang dibacakan di mahkamah. Imam Bukhari menerima periwayatan munawalah dengan jawapan bahawa surat di hadapan Qadhi itu ialah dalam bab Syahadah (kesaksian) dan ia tidak sama dengan bab Ikhbar dan I`lan Hadits (penyampaian hadits), ini kerana ia lebih longgar dan tidak diketatkan dengan syarat-syarat seperti dalam bab Syahadah (kesaksian). Kerana itu juga tidak ada beza antara periwayatan lelaki atau perempuan, berbeza dengan kanun kesaksian, di mana seorang lelaki menyamai dua orang perempuan. Begitu juga umur perawi tidak terhad seperti umur saksi mahkamah.

Satu istilah lain yang hampir dengan munawalah ialah وجادة (wijadah) iaitu seseorang murid menemui kitab gurunya yang tidak diberikan kebenaran oleh gurunya secara 
khusus. `Ulama’ berbeza pendapat juga tentang cara ini, periwayatan wijadah yang boleh diterima ialah sekiranya kitab gurunya itu dikenal pasti sebagai tulisan gurunya 
sendiri, juga sudah ditashihkan dan muridnya pula seorang yang berkelayakan.

Minit 27
Zul izi Nordin baca 18/6/22

⁸⁴ Selain daripada periwayatan secara munawalah, Imam Bukhari juga mengemukakan satu lagi cara yang juga boleh diterima, ia dipanggil mukatabah atau surat yang ditulis oleh ahli ilmu kepada ahli ilmu lain di serata negeri. Secara tidak langsung mengisyaratkan kepada kepelbagaian cara untuk memperolehi ilmu, terutama di zaman kita sekarang ini, dengan mesej digital, televisyen, cakera padat, 
kaset, rakaman suara, rakaman video, dan sebagainya.

-penentuan sahih atau tidak  bergantung kepada perawi kerana pembukuan telah siap.

Periwayatan dengan cara-cara begini dibenarkan, dengan syarat dapat dipastikan kesahihannya dan sumbernya 
adalah daripada tuan asal dan tidak ada apa-apa tokok tambah dan pengubahan-pengubahan dari pihak ketiga.

-Ini syaratnya ,pastikan tiada tokok tambah.
-dalam sejarah berlaku toko tambah
- boleh ditemui toko tambah dalam kitab rijal

Penyalinan isi dan juga percetakan tanpa apa-apa pengubahan yang dilakukan oleh orang yang ingin mengambil keuntungan dibenarkan dengan izin pengarang asal, kerana ada saja pengarang yang tidak mengambil berat tentang keuntungan dan hanya ingin menyebarkan ilmu ke serata tempat. Pengawalan dan izin ini termasuk di bawah kategori undang-undang hak cipta yang diterima Islam untuk menjaga hak pengarang, kesahihan dan keaslian hasilnya supaya ia terjaga daripada tokok tambah orang yang tidak bertanggungjawab.

-contoh  buku tulisan mmay,  masalah isi kandungan yg agar tidak diubah atau ketulensnnya terjaga
-ada hak cipta pengarang untuk jaga ketulenan bukunya

Surat yang disertai dengan izin untuk meriwayatkan kandungannya itu sah untuk digunakan, surat yang hanya mengandungi riwayat hadits sahaja terdapat beberapa

60

pendapat `ulama’ tentangnya, secara umumnya ia sah tetapi periwayatannya mestilah كَاتَبَنِي atau  حَدَّثَنِي كِتَابَةً 
yang bermaksud ‘dia telah meriwayatkan kepadaku secara mukatabah, atau secara murasalah (dengan mengutus surat ) sepertiأَجَازَنِي مُرَاسَلَةً yang bermaksud 'dia telah mengizinkan kepada saya secara murasalah’.

⁸⁵ Imam Bukhari membawakan bukti untuk munawalah; salinan al-Qur’an oleh Sayyidina `Utsman yang disahkan dan dijadikan sebagai mushaf rasmi dan dihantarkan ke pelusuk negeri. Jika al-Qur’an sah untuk disampaikan dengan cara itu, hadits yang darjatnya lebih rendah itu tentunya boleh.
-ini cara IB berhujjah

⁸⁶ #Imam Bukhari membawa pendapat orang-orang terdahulu untuk membuktikan keabsahan pendapat yang dikemukakannya, cuma terdapat kemusykilan tentang 
siapakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan `Abdullah bin `Umar itu? Adakah dia Ibnu `Umar? `Abdullah bin `Amar bin al-`Aash atau `Abdullah bin `Umar yang lain?

Berikut adalah beberapa jawapan bagi merungkai kemusykilan ini: 
(1) Yang dimaksudkan ialah `Abdullah bin `Umar bin `Aashim bin `Umar atau dikenali sebagai `Abdullah bin `Umar al-`Umariy, cicit Sayyidina `Umar r.a. Demikianlah kata al-Kirmāni. Buktinya ialah Imam Bukhari meletakkan dia bersama-sama Yahya bin Sa`id dan Imam Malik yang kedua-duanya bukan sahabat tetapi orang `alim di 
peringkat kemudian. Imam Tirmizi dan Anwar Syah al-Kasymiri mengatakan dia sebagai seorang perawi yang hasan, maka timbul pula persoalan mengapakah Imam 
Bukhari menyebutkan perawi hasan terlebih dahulu berbanding Yahya bin Sa`id dan Imam Malik yang merupakan perawi shahih? 
- kenapa diletakan?
Ramai tak setuju dgn pendapat ini.


(2) Kerana persoalan itulah Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa `Abdullah bin `Umar yang dimaksudkan di sini ialah anak Sayyidina `Umar r.a. itu sendiri atau `Abdullah bin `Amar bin al-`Aash kerana cicitnya (`Abdullah bin `Umar al-`Umariy) itu lebih rendah darjatnya berbanding 
Yahya bin Sa`id dan Imam Malik. Hakim di dalam kitab wasiat ada menyebutkan bahawa `Abdullah bin `Umar ada melakukan munawalah kepada salah seorang anak 
muridnya beberapa hadits. 

(3) Biras Hafiz Ibnu Hajar, Hafiz al-`Aini berpendapat, 
`Abdullah bin `Umar yang dimaksudkan di sini bukanlah Ibnu `Umar, tetapi ia adalah `Abdullah cicit Sayyidina `Umar. Alasan beliau ialah Imam Bukhari ada mengambil 
riwayatnya berkenaan hadits Dzul Yadain. Beliau juga mengatakan bahawa andaian `Abdullah bin `Amar tidak tepat kerana tidak ada mana-mana nuskhah yang ditulis 
dengan ada wau fariqah (untuk dibaca sebagai عَمَرو` Amar), semuanya ditulis tanpa wau. Bagaimanapun al-`Aini juga tidak dapat menemukan riwayat yang menyebutkan 
bahawa Ibnu `Umar berpendapat riwayat munawalah adalah harus (boleh diterima) sebagaimana kenyataan Imam Bukhari.
Kemusykilan ini semakin memuncak apabila perawi yang meriwayatkan daripada `Abdullah itu adalah `Abdur Rahman al-Ĥubuli yang hanya menyebut “`Abdullah”

61
sahaja sedangkan dia berguru dengan kedua-dua `Abdullah bin `Amar dan `Abdullah bin `Umar. Al-`Aini akhirnya mengatakan bahawa menurut para `ulama’ apabila 
disebutkan `Abdullah sahaja dari kalangan sahabat, maka biasanya ia difahami sebagai `Abdullah Ibnu Mas`ud. Cuma yang menjadi masalahnya ialah beliau bukan 
guru kepada `Abdur Rahman al-Ĥubuli.

Minit 43
Nurhanis Kamarudin bc tak jelas
Hani baca
⁸⁷ Seperti al-Humaidi, guru Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain. Istilah Ahli al-Kufah atau `ulama’ Kufiyyin pula digunakan untuk Imam Abu Hanifah, Sufyan ats-Tsauri dan lain-lain.

⁸⁸ Beliau ialah `Abdullah bin Jahsy, beliau telah menjadi ketua pasukan pengintip yang terdiri daripada 12 orang untuk melaksanakan satu misi intipan tentang keadaan 
orang-orang kafir, peristiwa ini berlaku sebelum perang Badar pada tahun ke-2 Hijrah.

⁸⁹ Kerana isi kandungan surat itu adalah rahsia yang mungkin kalau dibaca di tempat awam, akan diketahui oleh orang-orang munafiq yang akan membocorkannya kepada 
orang-orang kafir. Peperangan memerlukan perancangan yang rapi dan penjagaan maklumat yang ketat kerana sedikit kesilapan boleh membawa kepada kematian dan 
kehilangan nyawa, Nabi s.a.w. memahami perkara ini dan menggunakan surat sebagai salah satu cara yang lebih bercermat.

⁹⁰ Lantikan seorang ketua pasukan yang dijadikan utusan oleh Nabi s.a.w. itulah bukti dia seorang yang boleh diamanahkan dan juga berkelayakan untuk menyampaikan 
hadits Nabi kepada orang lain, izin Baginda untuk dibacakan surat itu juga menjadi bukti sahnya munawalah.

62__________________
⁹¹ Sahabat yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ini bernama `Abdullah bin Ĥudzāfah as-Sahmi. Surat yang dikirimkan Rasulullah s.a.w. kepada Kisra itu adalah dalil 
kepada periwayatan cara mukatabah, kerana Baginda tidak secara langsung memberitahu kandungannya kepada Kisra, manakala pemberian surat itu kepada `Abdullah bin Hudzafah pula merupakan dalil periwayatan secara munawalah, kerana kandungan surat yang diberikan itu diketahui juga oleh `Abdullah, kemudian ia diberitahu pula kepada orang-orang lain.
Begitulah cara Imam Bukhari memahami sesuatu kaedah hadits daripada sumber hadits, beliau tidak mengada-adakannya secara semberono. Demikian juga dengan para `ulama’ hadits yang membuat istilah-istilah hadits, mereka mempunyai asas yang boleh dirujuk. Kalau agama boleh disampaikan dengan dua cara ini, maka ilmu-ilmu yang lain lebih-lebih lagi boleh.
- sekarang kita nak belajar guna berbagai cara , boleh sj.
- nak beli barang, kedua2 pihak terjamin.
- kita belajar dengan maulana, yakin, jadi boleh.kemudahan yang Allah bagi.
- bg mmay boleh dan lebih selesa serta terbuka
- peserta boleh dari seluruh dunia..sah seperti berhadapan.

⁹² Pembesar Bahrain pada ketika itu bernama Mundzir bin Sāwa. Pada ketika itu Bahrain berada di bawah kerajaan Farsi. Wilayah kerajaan Farsi pula sangat luas, dari 
Punjab, Pakistan, sebahagian India sehinggalah ke Mesir. Pemerintahannya telah pun berjalan beribu tahun sebelum peristiwa ini berlaku. Kisra adalah maharaja kepada 
semua yang berada di bawah taklukannya, pembesar Bahrain yang dimaksudkan di sini ibarat pangkat Yang Di-Pertua Negeri bagi kerajaan Malaysia.

- Mundzir bin Sāwa...pembesar Bahrain melalui wakil2nya
- Iran guna bhs Farsi.
1jam 03 minit

⁹³ Dan juga kepada Hiraqlu serta pembesar-pembesar yang lain. Nama Kisra pada ketika itu ialah Khusru Parvez, cucu kepada Anushirwan al-`Adil. Anushirwan mengikut sejarah Farsi adalah seorang raja yang paling adil dan menjadi contoh kepada sekalian raja.
Cara Nabi s.a.w. mendakwah penguasa-penguasa semasa dengan cara mengirim surat begini dipanggil mukatabah. Baginda mula-mula berdakwah melalui surat menyurat.
Menerusinya Nabi s.a.w. menyeru mereka kepada Islam. Semua ini terjadi setelah berlakunya perjanjian damai di Hudaibiyah. Mukatabah dianggap sah oleh Baginda 
dan boleh diterima, sehingga kalaulah penyampaian agama itu mesti dilakukan secara berhadapan, tentulah Nabi s.a.w. akan pergi sendiri kepada mereka supaya tidak 
dikira meninggalkan perintah Allah s.w.t. ini:

Al-Ma'idah 5:67
يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ  
Bermaksud: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka berma`na tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (al-Ma’idah:67).

Allah menjamin untuk menjaga Rasulullah s.a.w. daripada apa-apa gangguan musuh ketika berdakwah, tetapi mengapa Baginda s.a.w. tidak berdakwah secara berhadapan juga? Tentulah kerana penyampaian agama itu tidak terhad dengan percakapan secara langsung sahaja. Selain dari itu, kemampuan sebagai seorang manusia sangatlah


63Sahih bukhari kitab ilmu 0055(64) 18/6/22____________

terhad untuk pergi ke semua tempat semata-mata untuk memberitahu perkara yang boleh diberitahu utusan-utusan yang diamanahkan. Memahami akan perkara itulah Rasulullah s.a.w. lebih menumpukan pengajarannya kepada para sahabat yang ada bersamanya dan tidak sentiasa keluar ke sana sini untuk berdakwah, sahabat-sahabatnya itulah yang kemudiannya keluar berdakwah seperti yang dapat disaksikan dalam sejarah.

Pengesahan dan pengiktirafan daripada penulis asal tentunya diperlukan, seperti cop rasmi, tandatangan dan sebagainya. Dalam hadits selepas ini, sahabat-sahabat 
Rasulullah s.a.w. memberitahu Baginda bahawa pembesar-pembesar tidak melayani surat-surat yang tidak rasmi, maka Baginda mengambil langkah-langkah yang 
diperlukan untuk menjadikan suratnya mencukupi syarat sehingga ia sampai ketangan pembesar, antaranya ialah cincin yang diukir Muhammad Rasulullah dengan 
kalimah “Allah” berada di atas dan “Rasul” di tengah. Gambaran yang lebih jelas dapat diperhatikan di dalam buku Dr. Hamidullah yang berjudul الوثائق السياسية  .Ia 
digunakan sebagai cop rasmi oleh Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dan digunakan oleh khalifah-khalifah selepasnya sebagai tanda rasmi penguasa kerajaan Islam 
semasa.
Mungkin timbul persoalan adakah Nabi terdahulu seperti Nabi Sulaiman a.s. menulis surat kepada Raja Balqis juga dengan menggunakan apa-apa cop rasmi? Jawapannya 
ialah boleh jadi ada dan boleh jadi juga tiada, ia mengikut tradisi dan protokol semasa, Al-Qur’an hanya menyebutkan begini sahaja tentang kandungan surat Nabi Sulaiman 
a.s.: 
An-Naml 27:30 إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
An-Naml 27:31 أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ 
Bermaksud: “Sesungguhnya surat ini dari (Nabi) Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.(30). Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).”(31). (an-Naml:30-31).
-tiada riwayat sahih Nabi Sulaiman berkahwin dengan Balkis

Ayat ini memberi faham bahawa cop rasmi bukanlah suatu yang mesti dan wajib, asalkan isi surat diyakini datang dari penulisnya yang sebenar sahaja maka sudah boleh diterima.
Penulisan surat begini merupakan periwayatan secara mukatabah yang hendak dibuktikan oleh Imam Bukhari, kerana jika berdakwah dengan cara surat menyurat 
dibenarkan, maka tentunya periwayatan hadits juga tiada masalah dengannya. Tetapi ia mestilah disertai pengesahan dan keyakinan bahawa penulis asal memanglah orang yang betul dan tidak ditulis oleh orang lain. Kekeliruan yang timbul apabila tidak terdapat pengesahan yang rasmi akan membuatkan periwayatan secara mukatabah tidak diterima. Contohnya ialah wujudnya tulisan tentang sesuatu perkara yang tidak 
pernah ditulis semasa hidupnya atau ditemui tulisan yang mengandungi pendapat yang bercanggah dengan pendapat penulis itu sendiri. Tulisan seseorang juga boleh ditiru oleh orang lain, seperti disebut dalam kitab fiqh: الخط يشبه الخط
(Satu tulisan boleh menyerupai tulisan yang lain). Kerana itu sesetengah
64______________
`ulama’ tidak memakai cara periwayatan mukatabah. Imam Bukhari mahu menolak  pendapat itu dengan hanya mensyaratkan tulisan itu mestilah disertai pengesahan 
yang meyakinkan. Mukatabah yang tidak diterima dalam masalah fiqh itu ialah yang berkait dengan perbicaraan mahkamah, surat-surat yang digunakan dalam urusan 
mahkamah mestilah mendapat pengesahan rasmi daripada penulis, ketiadaannya akan menyebabkan surat-surat tersebut ditolak dan tidak terpakai kerana tulisan semata-
mata memang boleh ditiru apa lagi di zaman kita sekarang ini. Adapun dalam periwayatan hadits, tidak menjadi masalah pun kalau diriwayatkan secara mukatabah.
Apa yang perlu hanyalah ia meyakinkan.
Oleh kerana adanya kemungkinan-kemungkinan tadi, para `ulama’ hadits sangat teliti dalam menapis riwayat mukatabah dari penipuan, peniruan dan pemalsuan yang 
dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Hakikat ini dapat diperhatikan di dalam kitab-kitab Jarh dan Ta`dil.

Cara periwayatan manakah yang lebih kuat dan lebih baik antara munawalah dan mukatabah? Mengikut sesetengah `ulama’ munawalah lebih rājiĥ kerana guru memberikan tulisannya kepada murid secara berhadapan. Tetapi sesetengah `ulama’ mengatakan, dalam sesetengah keadaan mukatabah lebih rājiĥ berbanding munawalah.
Sebabnya ialah guru telah menulis surat khusus untuk seorang murid, walaupun keberadaannya jauh dari muridnya, tetapi suratnya lebih tertumpu kepada satu orang dengan pengesahan rasmi yang meyakinkan, ia menambahkan lagi keistimewaan muridnya itu. Yang diambil kira ialah keyakinan yang diperolehi.

Ahmad Fuad dari Kubang Krian baca

⁹⁴ Bukan kerana tidak terdapat cop rasmi yang meyakinkan pada surat itu, tetapi kerana Nabi s.a.w. menggunakan cara penulisan orang `Arab semasa, di mana disebutkan nama
pengirim terlebih dahulu ia ditulis seperti berikut   ,     
من محمد رسولِ الله إلى عظيم فارس
yang bermaksud: Daripada Muhammad Rasululilah kepada pembesar Farsi. 
Kisra (Maharaja Farsi) tidak suka namanya disebut kemudian dan diberikan panggilan عظيم’ pembesar’ sahaja, kerana panggilan itu tidak cukup hebat dan tidak 
memadai untuk pangkatnya yang lebih mulia dari itu. Adat dan tradisi memuji serta memuliakan penguasa setempat tidak semestinya diketahui semua orang. Tindakan 
Kisra yang menjadi emosional disebabkan panggilan namanya yang tidak sesuai pada pandangannya itu menunjukkan sifatnya yang angkuh. Setelah dikoyaknya surat Nabi s.a.w., dihantarnya pula seorang gabenor bernama Baadzan bersama dua orang pahlawan ke tanah `Arab untuk mencari penulis surat tersebut dan menanyakan apa yang dikehendakinya. Mengikut riwayat yang lain dinyatakan bahawa Kisra memerintahkan supaya gabenornya memberitahu penulis surat supaya jangan 
bertindak kurang ajar sekiranya tidak ingin ditimpa malapetaka, sekiranya dia tetap berkeras, bunuhlah dia dan penggal kepalanya kemudian bawakannya kepadaku.
Setelah itu, Baadzan menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. melalui dua orang

65Sahih bukhari kitab ilmu 0055(65) 18/6/22

pahlawannya dan Baginda menjawabnya
 إن الله قد وعني أن يقتل كسرى في يوم كذا وكذا في ساعة كذا وكذا
“Bermaksud Allah telah menjanjikan kepadaku bahawa aku akan menyelesaikan urusan Kisra ini pada hari sekian-sekian, pada masa sekian-sekian”. Surat itu disimpan Baadzan dan beliau memerhati adakah benar apa yang diceritakan oleh orang yang mendakwa sebagai Nabi ini? Selepas mendapati benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Baadzan menghantar surat 
kepada Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa dia dan orang-orang yang bersamanya telah memeluk agama Islam.


⁹⁵ Pada masa itu juga Rasulullah saw bersabda
إذا هلك كِسْرَى فلا كسرى بَعْدَهُ
Bermaksud Bila sudah binasa Kisra ini, tiada lagi Kisra (yang lain) selepasnya.Anak kepada Kisra Khusru Parvez dalam hadits ini bernama Syirwaih, seorang majusi yang bebas pergaulan, tergila-gila kepada isteri ayahnya (ibu tirinya) yang bernama Syirin. Syirwaih lalu merancang untuk membunuh ayahnya untuk mengahwini ibu tirinya, tetapi ayahnya sudah mengetahui tentang perancangannya, kerana dia mengetahui sifat kaki perempuan anaknya itu. Kerana itu Kisra meletakkan label ubat penguat tenaga batin pada racun yang disimpannya. Setelah Kisra meninggal dunia, racun itu diminum oleh anaknya yang menganggap ia adalah ubat penguat tenaga batin, terus ia meninggal dunia kerananya. Dgn itu tiada lagi Kisra selepasnya, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Setelah peristiwa itu, Kerajaan Farsi jatuh ke tangan anak perempuan Kisra, dan bermula dari situ berlakulah pemberontakan, kekacauan, ketidakstabilan dan keruntuhan sebuah empayar, tepat seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits yang lain: 
لن يُفْلِحُ قوم وَلَّوْا أمرَهُم امرَأَةً
yang bermaksud: “Tidak akan berjaya kaum yang melantik perempuan untukmentadbir urusan negaranya”. 

Para `ulama’ bersepakat mengatakan hadits ini disabdakan secara khusus sehubungan dengan anak perempuan Kisra yang telah diberikan kuasa mengurus Kerajaan Farsi. Raja yang terakhir setelah kekacauan berlaku bernama Yazdagerd. Anak-anak keturunan raja yang berbaki juga berselerak melarikan diri ke merata tempat. Yazdagerd sendiri cuba mencari perlindungan di negara lain dengan membawa harta kekayaannya, tetapi penduduk Farsi melarangnya dari memerintah Farsi sambil berada di bawah kekuasaan negeri lain, lalu mereka merampas semua harta kekayaannya. Kemudian Yazdagerd dihalau oleh tentera Islam dan terpaksa merantau, akhirnya Farsi ditakluk oleh tentera Islam. Di zaman Sayyidina `Utsman, dia terpaksa bersembunyi dan menyamar menjadi pengemis untuk mengelak dari diburu tetapi ia dikenali juga dan akhirnya ia dibunuh. Itulah nasib maharaja Farsi yang yang pernah disabdakan dahulu oleh Rasulullah s.a.w.

Kerajaan Rom bertahan lebih lama kerana surat yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. itu dicium dan dianggap sebagai keberkatan kepada kerajaannya, ia disimpan 
dan dijaga dengan baik. Disimpan dalam bekas perak, dimasukkan dalam gading gajah, diletakkan dalam peti yang terkunci dengan rapi dengan anggapan selagi surat 
ini selamat maka kerajaan Rom akan selamat. Apabila tentera Islam ingin menakluk Rom, mereka mengatakan bahawa surat Nabi kamu disimpan dengan baik, Nabi kamu telah berkata sekian-sekian, maka tentera Islam terhenti setakat itu sahaja, tetapi akhirnya Rom jatuh juga ke tangan umat Islam di zaman Mu`awiyah bin Abi Sufyan.

66________________
Selain itu, terdapat beberapa lagi perbezaan di antara dua empayar tersebut. Antara ialah kerana empayar Farsi berada di bawah pimpinan penyembah berhala dan 
penyembah api, empayar Rom pula berada di bawah kuasa Ahli al-Kitab. Mereka mempunyai lebih banyak maklumat tentang nabi-nabi dan utusan-utusan Allah. 
Peristiwa tentang penerimaan baik maharaja Rom terhadap Nabi kita Muhammad s.a.w. telah pun berlalu di bahagian awal Shahih Bukhari dalam Kitab Wahyu.
Walaupun begitu, ia tetap tidak memeluk Islam dan mati dalam keadaan tidak Islam.
Matinya dalam keadaan tidak Islam itu bukan kerana tidak mengetahui kebenaran tetapi kerana ingin menjaga kedudukan.

Antara pengajaran dan panduan yang dapat diambil dari hadits ini ialah:
(1) Keharusan menulis surat yang mengandungi ilmu untuk dihantar ke negeri-negeri tertentu.
(2) Keharusan mendoakan keburukan terhadap orang-orang kafir yang biadab dan menghina agama. 
(3) Surat kepada mana-mana pemerintah atau pembesar 
negeri daripada seseorang pemerintah atau pembesar negeri yang lain tidak disyaratkan dua orang membawanya, seorang sahaja pun sudah dikira memadai.

💦🗯18/6/22 Berhenti disini

⁹⁶ Beliau ialah guru Imam Bukhari. Daripada enam pengarang kitab-kitab utama 
hadits hanya Bukhari meriwayatkan hadits daripadanya. Beliau meriwyatkan hadits 
daripada Ibnu al-Mubārak, Wakī` dan lain-lain. Ahmad bin Ĥambal, Abu Zur`ah, Abu 
Haatim dan Muhammad bin `Abdir Rahman adalah antara orang-orang yang 
meriwayatkan daripadanya. Kata al-Khathīb, Muhammad bin Muqātil adalah perawi 
tsiqah. Abu Haatim pula berkata, beliau perawi shadūq. Beliau meninggal dunia di 
penghujung tahun 226 Hijrah.

97 Satu riwayat yang dinukilkan oleh ad-Daaraquthni di dalam kitabnya al-Afrād 
membayangkan bahawa sahabat yang telah membuat cincin berukir seperti itu ialah 
Ya`la bin Umaiyyah r.a. Sesetengah `ulama’ yakin cincin itu ditempa pada tahun ke-6 
Hijrah. Ibnu Saiyyidi an-Nās pula yakin ia ditempa pada tahun ke-7.

67




68
di tangannya.”
98 Aku (Syu`bah) terus bertanya Qatādah: “Siapakah yang 
berkata, ukiran di cincinnya ‘Muĥammad Rasulullah’?”. Qatadah menjawab: 
“Anas”.
98 Putih bersinar kerana ia cincin perak yang masih baharu, emas pula adalah logam 
yang diharamkan kepada kaum lelaki sebagai perhiasan.
Kata-kata Anas r.a. ini diucapkan setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, beliau 
pula seorang sahabat yang berumur panjang. Ketika meninggal dunia umur beliau 
telah melebihi 100 tahun. Kata-kata Anas r.a. ini juga menunjukkan perhatian yang 
diberikan oleh para sahabat terhadap manusia yang paling dikasihinya 
membuatkannya sentiasa mengingati perincian sehalus sinar cincin di jari, seolah-olah 
ia baru sahaja berlaku, walaupun sebenarnya sudah lama peristiwa itu berlalu.
Cincin Rasulullah ini diwarisi oleh Sayyidina Abu Bakar, `Umar dan `Utsman tetapi 
kemudiannya terjatuh ke dalam Telaga Aris dan tidak ditemui walaupun dicari sekian 
lama.
Rasulullah s.a.w. ada memakai cincin, namun Baginda tidak selalu memakainya, 
dipakainya pula bukan pada setiap masa, ketika ke tempat membuang air Baginda 
akan menanggalkannya, pada ketika-ketika yang lain Baginda memusingkan bahagian 
kepala cincin ke dalam. Baginda sendiri memakainya untuk urusan rasmi kerajaan 
sahaja, bukan sebagai perhiasan, bukan juga sebagai azimat, penguat dan penarik 
rezeki. Sunnah memakai cincin hanya sekadar keperluan kerja sahaja, bukan untuk 
perhiasan kerana sahabat-sahabat juga tidak memakainya melainkan untuk tujuan 
kerja.
Secara asasnya memakai cincin untuk khasiat permata dibolehkan hanya jika 
dianggap seperti khasiat akar kayu sahaja, tidak boleh dipakai dengan anggapan 
melampau seperti membawa tuah, menarik rezeki dan sebagainya kerana ia membawa 
kepada kesyirikan. Bagi kaum wanita pula, tidak mengapa memakai cincin untuk 
berhias, kerana isteri-isteri Rasulullah s.a.w. juga ada memakainya, termasuk cincin 
emas dan perak.

68



Tiada ulasan:

Catat Ulasan