K999.10 elemen wajib(012)dlm ‘POSITIVE PARENTING'
10 elemen wajib ada dalam ‘POSITIVE PARENTING’
Menjadi ibubapa pada sesetengah orang mungkin datang dengan ‘autopilot mode’. Bagi sesetengah yang lain pula mungkin masih tercari-cari rentak yang betul dan kena dengan peranan baru yang diperolehi ini.
Positive parenting adalah konsep dimana ibubapa fokus untuk memperbaiki diri, berbanding berusaha untuk menjadi ‘the perfect parents’ untuk anak-anak.
Saya kongsikan 10 elemen positive parenting
1. Cuba nilai situasi berdasarkan sudut pandang anak-anak (elakkan one-way approach/ kita sahaja yang betul)
2. Raikan dan ambil peduli kemampuan, bakat, kapasiti dan keinginan anak untuk berkembang dan belajar (jangan hanya nilai hasil)
3. Usaha cari moments bonding dengan anak
4. Sensitif dan tunjukkan respon yang jujur pada signal yang anak berikan setiap hari
5. Sediakan had/limit/disiplin yang bertepatan dengan umur anak secara konsisten
6. Uruskan emosi kita dahulu sebelum emosi anak
7. Sedar bahawa rasa stress, penat dan kecewa adalah sebahagian dari proses belajar menjadi ibu bapa yang positif
8. Cuba seimbangkan antara keperluan kita dan keperluan anak, juga di antara kehendak kita dan kehendak anak
9. Cari sokongan, ilmu dan bantuan bila anda memerlukan
10. Jangan lupa minta pertolongan dan bantuan Allah dalam memelihara keluarga kita, menjadikan kita ibu bapa yang beramanah dan memperbetulkan kelemahan kita
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan