Selasa, Ogos 16, 2022

002.Al-Baqarah 2:142


002.Al-Baqarah 2:142
سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 
Orang-orang yang bodoh dari kalangan orang ramai akan berkata: "Apakah sebab yang memalingkan mereka (umat Islam) dari qiblat (Baitul Maqdis) yang telah dihadapi mereka (selama ini)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."²²⁴ [142].

²²⁴ Apa itu jalan yang lurus? Jawapannya telah pun diberikan di dalam Surah alFatihah pada ayat ke-6 dan ke-7.
Lihat firman Allah berkenaan:
Al-Fatihah 1:6 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Al-Fatihah 1:7صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Bermaksud: Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. (6) 
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7). 
(al-Fatihah:6-7).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan