Selasa, Ogos 16, 2022

002.Al-Baqarah 2:144


002.Al-Baqarah 2:144
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ 
Sesungguhnya Kami melihat engkau kerap kali menengadah mukamu ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkanmu ke arah qiblat yang disukaimu. Nah! hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (ketika bershalat).²³⁰ Dan di mana saja kamu (wahai orang-orang Islam) berada, hadapkanlah mukamu ke arahnya (ketika bershalat). Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang dikurniakan Al-Kitab itu memang mengetahui, bahwa berqiblat ke Masjidil Haram itu adalah (suatu perintah yang) benar dari Tuhan mereka;²³¹ dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka lakukan. [144].

²³⁰ Inilah qiblat yang disukai Nabi s.a.w. al-Masjidul Haram atau Ka'bah yang terletak di Mekah. la sama sekali tidak bererti menghadap ke arah qiblat sebelumnya iaitu Baitul Maqdis tidak disukai Nabi s.a.w. Kerana ia juga telah berlaku dengan perintah Allah dan Baginda bersama para sahabatnya telah mengikut perintah Allah itu dengan penuh kepatuhan. Terdapat beberapa sebab kenapa Nabi s.a.w. lebih suka kalau alMasjidul Haram atau Ka'bah itu menjadi qiblat. Antaranya ialah: 
(1) la merupakan qiblat pertama untuk manusia di bumi. 
(2) la telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Isma'il a.s. yang merupakan nenek moyang Baginda s.a.w. sendiri. (3) Kerana telah pun ada isyarat daripada Allah s.w.t. kepada Nabi s.a.w. bahawa qiblat di Baitul Maqdis itu hanya buat sementara sahaja. Kerana itulah perintah menghadap kepadanya tidak datang kepada Rasulullah s.a.w. menerusi wahyu Al-Qur'an, sebaliknya ia hanya dalam bentuk hadits semata-mata.

²³¹ Mereka mengetahuinya melalui Kitab Suci yang ada pada mereka. Di dalamnya ada disebutkan bahawa Nabi terakhir akan menghidupkan agama moyangnya Nabi
Ibrahim a.s. Dia juga akan bersembahyang dengan berqiblat kepada qiblatnya iaitu Ka'bah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan