002.Al-Baqarah 2:145
وَلَئِنْ أَتَيْتَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍ مَّا تَبِعُوا۟ قِبْلَتَكَۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍۚ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan sesungguhnya jika engkau membawa segala macam bukti kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang dikurniakan Al-Kitab itu, niscaya mereka tidak akan mengikut qiblatmu, dan engkau pun tidak sekali-kali akan mengikut qiblat mereka (tanpa perintah daripada Allah), malah sebahagian mereka tidak mahu mengikut qiblat sebahagian yang lain.²³² Dan sesungguhnya jika engkau menurut kehendak nafsu mereka setelah datangnya ilmu (berupa wahyu) kepadamu, maka sesungguhnya engkau (kalau begitu) termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. [145].
²³² Orang-orang Yahudi memang menghadap ke arah Baitul Maqdis, tetapi orang-orang Nasrani tidak mahu terikat dengan arah tertentu. Sesetengah mereka pula menghadap ke arah Baitul Laham di mana Nabi 'Isa a.s. dilahirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan