Khamis, Ogos 18, 2022

002.Al-Baqarah 2:154


002.Al-Baqarah 2:154
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢۚ بَلْ أَحْيَآءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ 
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang  yang tetapi gugur kamu di jalan tidak Allah itu mati;²⁴⁰ bahkan sebenarnya mereka hidup²⁴¹, tetapi kamu tidak menyedarinya.²⁴² [154].

²⁴⁰ Walaupun nyawa mereka telah terpisah dari tubuh-tubuh mereka.

²⁴¹dalam kehidupan yang istimewa seperti tersebut di dalam firman Allah ini:
Aal-e-Imran 3:169
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتًۢاۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ 
Aal-e-Imran 3:170
فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 
Aal-e-Imran 3:171
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 

Bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki; (169)
Mereka dalam keadaan gembira dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkanNya kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik rnengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang mereka dan belum menyusuli mereka, bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170)
Mereka bergembira dengan ni'mat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (171). 


²⁴² Kamu tidak menyedari tentang kaifiat kehidupan mereka. Kerana mereka sedang hidup di alam yang lain. Oleh itu janganlah pula kamu mengqiaskan kehidupan mereka dengan kehidupanmu, sehingga kamu berkata: "Mereka itu hidup betul-betul seperti hidup kita."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan