Khamis, Ogos 18, 2022

002.Al-Baqarah 2:155


Al-Baqarah 2:155
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.²⁴³ Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. [155].
___________

²⁴³  Itu merupakan Sunnatullah kepada orang-orang yang beriman. Perhatikanlah sebagai buktinya firman Allah di bawah ini:
'Al-'Ankabut 29:1 الٓمٓ 
Al-'Ankabut 29:2
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ 
Al-'Ankabut 29:3
وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ فَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْكَٰذِبِينَ 

Bermaksud: Alif, Laam, Miim. (1)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi (dengan sesuatu ujian)? (2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3). 

Berpandukan firman Allah yang lain dapat diketahui bahawa ujian yang diberikan kepada orang-orang yang beriman di kalangan umat-umat terdahulu jauh lebih dahsyat daripada ujian yang diberikan kepada umat ini. Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:214
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمۖ مَّسَّتْهُمُ ٱلْبَأْسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُوا۟ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصْرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصْرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ 
maksud: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan maşuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian dan cubaan) sebagaimana yang dialami oleh orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam- macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itü amat dekat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan