Khamis, Ogos 18, 2022

002.Al-Baqarah 2:156


002.Al-Baqarah 2:156
Al-Baqarah 2:156 ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ 
(iaitu)orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu  musibah, mereka mengucapkampn , Kami milik Allah  dan kepadaNya jua kami sekelian kembali.²⁴⁴ [156].

²⁴⁴ Mereka adalah orang-orang yang percayakan taqdir Allah. Apa yang telah ditaqdirkan Allah tidak akan terlepas dan pasti akan berlaku, sama ada ia baik atau tidak baik pada anggapan manusia. Allah berfirman 

Al-Hadid 57:22
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ 
Al-Hadid 57:23
لِّكَيْلَا تَأْسَوْا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا۟ بِمَآ ءَاتَىٰكُمْۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ 
Bermaksud: Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tiada pula) pada dirimu sendiri melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menciptakannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itü adalah mudah bagi Allah. (22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak berduka cita terhadap apa yang telah terlepas daripadamu dan tidak pula terlalu bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikanNya kepadamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (23) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan