Ahad, Ogos 21, 2022

KA.000 "Mak ayah saya bukan nak dengar pun!"

KA.000 "Mak ayah saya bukan nak dengar pun!"

Macam mana nak elak ayat ni keluar dari mulut anak-anak?

Hearing vs listening

Dua-dua mendengar, tapi dalam perhubungan, kita perlu lebih yang kedua. 

Ramai remaja yang alami masalah emosi mengadu antara cabaran dalam keluarga ialah Ibu ayah tak mendengar. 

Sebab itu mereka tak nak bercerita, berahsia atau akhirnya pilih nak luah dekat orang lain. 

Saya nak tunjuk contoh praktikal untuk jadi ibu ayah yang mendengar vs Ibu ayah yang tak mendengar. 

Anak: "saya rasa seronok pergi sekolah, cikgu asyik marah, kita dah buat kerja tapi still satu kelas kena leter. Kawan-kawan pula tau nak salin je". 

Respon 1 
"Buat tak tau je lah diorg tu. Yang penting kami belajar. Tak pergi sekolah nak jadi apa?" 
(Dismissive, belittle masalah anak) 

Respon 2
"Dah tu nak buat apa? Nak berhenti sekolah?" 
(Offensive)

Respon 3
"Mak dulu lagi susah nak belajar, atuk nenek kami tak ada duit, mak pergi sekolah jalan kaki 30 Batu, pakai selipar aje. Kamu tu bukan kena susah apa. Belajar aje!" 
(Diverting) 

Respon 4
"Tak apa. Esok mak pergi marah cikgu dengan kawan-kawan kamu tu. Biasa dia tu!"
(Helicopter parenting)

Respon 5
"Ha? Ok. Ok. Esok mak bank in duit"
(Distracted parents)

Semua jenis respon ni lah yang akan buat anak rasa "malaslah cerita apa-apa" 

Bagaimana nak jadi mendengar dengan berempati/ reflective listening? 

Pertama, kena focus, avoid distraction. 
Kedua, jangan respon tapi reflect. Jangan bagi nasihat dulu, bagi anak rasa dia didengari dan difahami dulu. 

Cuba dengar apa yang anak nak sampaikan, bukan dengar bunyi-bunyi perkataan yang keluar dari mulut anak sahaja. 

Contoh: 

"Ibu nampak kamu rasa down. Ye lah, dah buat kerja pun masih kena marah. Mesti kamu rasa frust, dah buat kerja tapi rasa tak dihargai ye?" 

Atau

"Mesti rasa tak seronok kan bila kita dah berusaha tapi tak dihargai, lepas tu orang ambil kesempatan pula". 

Beza dengan respon 1-5 ialah, kita cuba lihat situasi dari perspektif anak, bantu anak label masalah, tunjukkan empati kita. 

Dah tu tak boleh nasihat ke Dr? 

Boleh, lepas tu lah. Bila dah tenang. 

Masa beremosi, siapa pun nasihat tak masuk. Masa kita tension dengan boss, boss bagi nasihat kita excited ke dengar nasihat dia? 

Tak kan? 

Sama je. 

Cuma kita je selalu lupa. 

Lupa yang kita pun manusia.

Dr.Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan