Rabu, Ogos 03, 2022

KA.000 Puji Anak

KA.000 Puji Anak. 

Puji ni macam baja. Kena bagi pada kadarnya, ikut caranya, terlebih tak elok, terkurang pun tak baik. 

Ada dua cara memuji: 

1. Puji hasil - Fokus pada outcome. Highlight pada pelaku. 

Contoh: "cantiknya lukisan adik!" "Bagusnya kakak dapat no 1!"

2. Puji proses - puji usaha, idea, kesungguhan, keazaman, cubaan. Highlightnya adalah perbuatan dan usaha. 

Contohnya - "bagus idea kakak nak belajar guna water colour!", "Ibu suka abang berkongsi dengan adik", "Babah happy tengok abang berusaha nak bertanya untuk belajar".

Nak didik anak jadi resilient, strong-minded, ada self-esteem yang sihat, kena banyakkan puji yang ke-2. 

Puji yang pertama akan groom anak jadi perfectionist, sukar terima kegagalan dan akan elak cuba benda yang lebih sukar dalam hidup. 

Cuba kita tadabbur cara Allah memuji Nabi dalam surah Al-Qalam ayat 4 ni.

قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”

Begitulah satu-satu Allah sebut usaha dan perbuatan Nabi bagi mengangkat pujian kehebatan baginda. 

Dalam buku Psikologi Si Kecil, bab 16 (Pandai Anak Ummi) saya ada tekankan tentang respon kita pada perilaku anak akan menentukan keberadaan emosi (emotional presence) kita dalam perhubungan dengan anak. Nak tahu apa pentingnya emotional presence ni kenalah baca sampai habis bab tu pula. 

Cuba praktis bab puji ni dulu. 

#psikologisikecil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan