Isnin, Ogos 22, 2022

KA.000. Ramai ibubapa bertanyakan soalan ini

KA.000. Ramai ibubapa bertanyakan soalan ini. Mungkin kerana ibubapa keliru bila melihat:
🤔 anak membalas cakap atau senyum bila diagah
🤔 anak masih nampak sangat seronok bermain 
🤔 anak kelihatan cergas dan aktif 

… saya tanya anda: 
adakah anak kecil tahu untuk pergi mandi sendiri❓
adakah anak kecil tahu untuk berhenti menonton tv atau main ipad dengan sendiri❓
adakah anak kecil tahu nak berhenti main di playground dan balik sebelum senja dengan sendiri ❓

Kalau pun anak tahu perkara yang dia patut buat misalnya: pandai minta susu bila rasa lapar, adakah setiap kali anak minta susu itu betul dan sesuai keadaannya? Contoh: anak 2 tahun minta susu berulang kali sepanjang hari dan enggan makan dan minum selain susu botolnya sahaja.

Begitulah juga halnya dengan tidur. Setiap perkara ada disiplin dan cara yang betul untuk melakukannya. Siapakah yang lebih patut ajarkan anak tentang hal ini jika bukan ibubapa❓Maka, tak bolehlah ibubapa guna konsep tunggu anak dah sangat letih atau tunggu anak mengamuk barulah nak tidurkan anak.

Jika itu caranya, memang tak hairan anak asyik mengamuk SETIAP kali nak tidur, sepanjang hari.  Bila dah tertidur, tidurnya pula jadi tak lena. Kenapa❓ Kerana hormon stres yang tinggi dalam badan anak melebihi hormon tidurnya.

Stress bukan❓😖 Nak tidur mengamuk, bangun tidur pun sambung mengamuk dan meragam. Realitinya, anak kecil SANGAT PERLUKAN RUTIN HIDUP yang terjangkakan (predictable) untuk mereka ada idea tentang ‘what comes next’. Maka minda dan emosi mereka lebih bersedia. 

Tak percaya❓Tengok lah betapa bagusnya anak-anak di kebanyakan taska yang pandai masuk tidur beramai-ramai bila tiba masanya.

Sifir asas: tidurkan anak bila nampak signal awal letih seperti mula menguap, kurang aktif dan mula garu-garu dan gosok-gosok muka atau telinga. 
ATAU, jika rasa tak nampak anak buat signal awal letih atau anda keliru dalam mentafsir signal, rujuk jadual had masa berjaga mengikut usia berikut:
1 bulan: max 45 minit
2 bulan: max 75 minit
3 bulan: max 90 minit
4-5 bulan: max 2.5 jam
6-7 bulan: max 3 jam
8-9 bulan: max 3.5 jam
10-14 bulan: max 4 jam
15-18 bulan:max 5 jam
19-24 bulan: max 5.5 jam
25-36 bulan: max 6.5 jam

Semoga bermanfaat😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan