Isnin, Ogos 08, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0058(82-88) 6/8/22s2

Sahih bukhari kitab ilmu  6/8/22(2)
68 - Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr¹¹⁴ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu `Aun¹¹⁵ meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Sīrīn daripada `Abdur Rahman bin Abi Bakrah (Nufai` bin al-Ĥārits) ¹¹⁶daripada ayahnya (Abi Bakrah) bahawa beliau (Abi Bakrah) menyebutkan, sesungguhnya pernah ketika Nabi s.a.w. telah duduk di atas untanya dan ada seseorang yang memegang tali unta itu.¹¹⁷ (Tiba-tiba) Nabi s.a.w. bertanya: “Hari apa hari ini”? Kami diam¹¹⁸ kerana kami ingat Baginda akan menamakan hari itu dengan nama yang lain.¹¹⁹ Terus Baginda s.a.w. bertanya: “Bukankah hari ini hari Naĥar? Kami menjawab: “Ya”. Nabi s.a.w. bertanya lagi: “Bulan 
apakah bulan ini”? Kami diam kerana kami ingat Baginda akan menamakannya dengan nama yang lain. Nabi saw terus bertanya lagi: “Bukankah bulan ini bulan 
Dzul Hijjah?”¹²⁰ Kami menjawab: “Memang”.¹²¹ Nabi s.a.w. lantas bersabda: 
“Sesungguhnya darah-darah kamu, harta benda dan kehormatan-kehormatan kamu adalah haram kepadamu seperti haramnya hari ini, pada bulan ini, di negeri (Mekah) kamu ini.¹²² Hendaklah orang yang hadhir¹²³ menyampaikan kepada orang yang tidak hadhir, kerana ia (orang yang hadhir ini) diharapkan akan menyampaikannya kepada orang yang lebih mengerti¹²⁴ daripadanya tentang apa yang disampaikannya itu.¹²⁵

Tiada ulasan:

Catat Ulasan