Rabu, Mac 01, 2023

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(02)

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(02)
75 - Muhammad Bin Ghurair Az-Zuhri meriwayatkan kepada kami, katanya, 
Ya`qub Bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya, ayahku meriwayatkan 
kepadaku daripada Shaleh daripada
 Ibni Syihab bahawa dia (Ibnu Syihab) telah 
meriwayatkan kepadanya, bahawa sesungguhnya Ubaidullah Bin `Abdullah Bin 
Mas`ud meriwayatkan 
(IB dgn sanadnya meriwayatkan )daripada Ibnu `Abbaas; bahawa dia (Ibnu `Abbaas)pernah bertengkar¹⁹³ dengan Hurr Bin Qais Bin Ĥishn Al-Fazari berhubung 
dengan orang yang dicari oleh Musa.¹⁹⁴ Ibnu `Abbaas berkata: “Dia adalah 
Khadhir”. Dalam keadaan begitu Ubai Bin Ka`ab lalu dekat mereka berdua. Ibnu 
`Abbaas memanggilnya, lalu berkata: “Saya telah bertengkar dengan sahabat 
saya ini tentang orang yang dicari Musa iaitu orang yang Musa meminta 
petunjuk jalan (daripada Allah) untuk menemuinya, adakah engkau pernah 
mendengar Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentangnya?” Ubai Bin Ka`ab menjawab: “Ya. Saya telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Ketika Musa 
sedang berada dalam satu kumpulan Bani Isra’il, tiba-tiba datang seorang lelaki. 
Dia bertanya (Musa): “Adakah engkau tahu ada orang lain yang lebih `alim
daripadamu?”. Musa berkata: “Tidak ada”.¹⁹⁵ Maka Allah mewahyukan kepada 
Musa: “Bahkan ada,¹⁹⁶ iaitu hamba Kami Khadhir”.¹⁹⁷ Musa pun meminta
(daripada Allah) petunjuk jalan untuk sampai kepadanya. Maka Allah 
memberikan kepadanya ikan¹⁹⁸ sebagai tanda dan dikatakan kepadanya: “Bila 
engkau kehilangan ikan itu, kembalilah semula (dengan menjejaki kesan ikan 
yang menghilang itu) kerana engkau akan menemuinya”. Musa pun mengikut 
kesan ikan yang menggelungsur ke dalam laut. Murid Musa (Yusya`)
¹⁹⁹ pula 
berkata kepadanya: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di 
batu besar tadi,
²⁰⁰ sebenarnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu melainkan 
syaitan”. Musa berkata: “Itulah yang kita cari”. Mereka pun berpatah balik 
mengikut jejak-jejak mereka yang lepas, kemudian mereka berdua menemui 
Khadhir. Setelah itu berlakulah kisah yang disebut oleh Allah berhubung dengan 
mereka berdua di dalam KitabNya.²⁰¹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan