Rabu, Mac 01, 2023

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(03)

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(03)
¹⁹³ Perkataan تَمَارَى bermaksud berbahas dengan bersungguh-sungguh sehingga jadi 
seperti bertengkar. Selain di sini, Imam Bukhari menyebutkan hadits ini pada beberapa 
tempat lagi di dalam Shahihnya, di dalam Kitab Ilmu sahaja disebutnya dua kali.
Tujuannya ialah membuktikan betapa pentingnya berbahas untuk mengembangkan 
ilmu pengetahuan.
Mereka bertengkar tentang siapakah orang yang dicari oleh Nabi Musa a.s. sehingga 
terpaksa mengembara begitu jauh untuk mendapat sedikit sebanyak ilmu yang telah
dikurniakan oleh Allah kepadanya? Apa namanya? Di dalam al-Qur’an namanya tidak
tersebut. Al-Qur’an hanya menyifatkannya seperti di bawah ini sahaja:

Al-Kahf 18:65
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنَٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا 
Bermaksud: Lalu mereka menemui seorang dari hamba-hamba Kami yang telah Kami 
kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari 
sisi Kami. (al-Kahfi:65).

Menurut Ibnu `Abbaas, namanya ialah Khadhir. Ĥurr pula tidak bersetuju dengannya, 
tetapi tidak tersebut pula dalam mana-mana riwayat pendapat Ĥurr mengenai namanya.
Berdasarkan riwayat ini, pertengkaran berlaku di antara Ibnu `Abbaas dan Ĥurr bin 
Qais. Orang yang diminta menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan hadits Nabi s.a.w. 
ialah Ubai bin Ka`ab. 
Sementara di bawah:
 باب مَا يُسْتَحَبُّ لِلْعَالِمِ إِذَا سُئِلَ أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ فَيَكِلُ الْعِلْمَ إِلَى اللَّهِ
(Bab Elok 
Orang Alim Kalau Ditanya, “Siapakah Orang Yang Paling Alim?”, Menyerahkan 
Pengetahuan Tentangnya Kepada Allah), 
dan lain-lain pula Imam Bukhari
mengemukakan satu riwayat lain yang menceritakan perselisihan pendapat di antara 
dua orang tabi`īn pula iaitu Sa`id bin Jubair dan Nauf al-Bikāli r.a. 
Mereka berbeda pendapat tentang siapakah Musa yang tersebut dalam peristiwa ini, 
adakah ia Nabi Musa a.s. iaitu Musa bin `Imraan atau Musa lain? Menurut Sa`id bin 
Jubair, ia adalah Nabi Musa a.s. seorang nabi lagi rasul yang terkenal di kalangan Bani 
Isra’il. Nauf al-Bikāli pula menda`wa ia adalah Musa bin Mīsya bin Afrāim bin Yusuf 
bin Ya`qub a.s. Orang yang memutuskan siapakah yang benar antara dua orang tabi`īn 
yang bertengkar itu pula ialah Ibnu `Abbaas sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan