Isnin, Februari 27, 2017

015.Surah Al hijr 21

Ayat 21
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ
وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ

Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya
dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.

004.Surah Annisa 128

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Ahad, Februari 26, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 89 14:35-52

Ayat 35
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا
وَاجْنُبْنِي
وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman,
dan jauhkanlah daku
dan anak-anakku
dari perbuatan menyembah berhala.
👉Dalil naqli tafsili dari nabi ibrahim(dalil2 berbentuk nukilan2 hikayat)
Doa 1 nabi Ibrahim.
Berhala adalah kiblat tawajuh.

Ayat 36
رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ ۖ
فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ
وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia.
Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam ajaran tauhid ini ,Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku;
dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku),
maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
👉sebab manusia adalah makhluk Allah.

Ayat 37
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي
بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ
تَهْوِي إِلَيْهِمْ
وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ
لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku
di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya,
di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.
Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat).
Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman,
semoga mereka bersyukur.
👉tempat yg tiada tumbuh2an.

Ayat 38
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ
وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ
فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan;
dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi,
yang tersembunyi kepada Allah!
👉Allah maha mengetahui

Ayat 39
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ
إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ ۚ
إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ

"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail(Hajar) dan Ishak(Sarah) Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.
👉doa nabi Ibrahim lagi

Ayat 40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
👉doa yg ke5

Ayat 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي
وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku
dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman,
pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
👉Lagi  doa nabi Ibrahim.
Dilarang berdoa untuk bapanya
Ini ajaran dan pengajaran untuk ibubapa yg tidak tahu keadaan ibubapa mereka.

Ayat 42
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ
إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ
لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim;
sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
👉peristiwa yg ke6.tentang akhirat.
Jgn ingat Allah tak balas terhadap orang yg zalim.
Allah melewatkan azab sebab Dunia tak padan dgn azab yg akan dikenakan.
Azab diakhirat adalah sungguh azab dan dahsyat.

Ayat 43
مُهْطِعِينَ
مُقْنِعِي
رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ
وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar)
sambil mendongakkan kepala mereka
dengan mata tidak berkelip,
dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
👉Yg lain semua dah tak fikir,fikir hanya azab sj sebab terlalu teruk yg terpaksa ditanggung.

Ayat 44
وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَاب
ُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا
رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ
أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ
مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab,
kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat,
supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu),
dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu".
Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka):
"Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian,
dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu,
bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
👉Da'wa surah.
Ingatan tentang hari akan dtg azab.
Azab dunia ketika nak mati
Semua rasul adalah sama ajak taat .

Ayat 45
وَسَكَنْتُمْ فِي مَسَاكِنِ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ
وَضَرَبْنَا لَكُمُ الْأَمْثَالَ

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri,
serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana),
dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
👉makna orang mekah dok dekat dgn orang yaman dan syam .Yang mana orang2 disitu telah menerima azab tau hukuman dari Allah.

Ayat 46
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ
وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ
وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ
لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka,
walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
👉berbagai2 rancangan jahat kepada nabi.

Ayat 47
فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 48
يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْض
ِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ
وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit;
dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
👉Iaitu keadaan akhirat.

Ayat 49
وَتَرَى الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ
مُقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
👉satu keadaan bentuk penghinaan
Musim korban ,lembu ditambat untuk disembelih.

Ayat 50
سَرَابِيلُهُمْ مِنْ قَطِرَانٍ
وَتَغْشَىٰ
وُجُوهَهُمُ النَّارُ

Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
👉jenis pakaian panas dan busuk

Ayat 51
لِيَجْزِيَ اللَّهُ كُلَّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan;
sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
👉sebab Allah akan balas atas semua perbuatan.

Ayat 52
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ
وَلِيُنْذَرُوا بِهِ
وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ
وَاحِدٌ
وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia
supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya;
dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya)
bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa;
dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
👉kesimpulan semua surah.
Surah ini untuk disampaikan semua manusia agar mereka beriman dan diberi peringatan dan amaran.

Dakwa surah ibrahim(14)

Maksud penting surah Ibrahim ini adalah risalah ,tugas kerasulan nabi saw .
Maksud surah samada tauhid,risalah atau kerasulan atau akhirat.
Maksud risalah adalah hendaklah disempurnakan tanggungjawab rasul iaitu  mentablighkan wahyu kepada ummah semua sekali(seluruhnya) dan maksud ini akan diulangi dlm pada  ayat 44 & 45.
Dlm surah ini menceritakan tentang aayamillah.iaitu peristiwa2 yg dijadikan sebagai asbab untuk menyedarkan manusia dan hamba Allah taala supaya menerima wahyu dari Allah .
Dlm surah ini Ibrahim ini berbeza dgn surah sebelum,ada 7vwakoid atau ayaamillah
5tentang akhirat
2tentang dunia
Supaya hamba boleh menerima tauhid.
Dlm surah ni juga ada
1 dalil aqli tafsili
Dan 2dalil aqli  ijmali
1dalil nafsili naqli drp cerita ibrahim
2contoh kisah nabi.satunya ringkas dan satunya tafsili,c ontoh yg pjg adalah cerita nabi Musa.

Ayat 1
الر ۚ كِتَابٌ
أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْك
َ لِتُخْرِجَ النَّاسَ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور
ِ بِإِذْنِ رَبِّهِم
ْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran)
Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad),
supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
👉ada yg kata Kitab كِتَابٌini  =surah ini
Ini maksud penting bg surah لِتُخْرِجَ النَّاسَ
Telinga manusia yg ada inabah ,dia akan terima.dan jika telinganya ada insan,mungkin dia akan tolak.
Wajib bg nabi mentabligkan wahyu.
Jln agama Allah yg maha perkasa النُّور
Jalan ada dua ,yg nampak dan tak nampak dgn mata kasar.

Daurah tafsir 2016 sesi 88 14:1-34

Maksud penting surah Ibrahim ini adalah risalah ,tugas kerasulan nabi saw .
Maksud surah samada tauhid,risalah atau kerasulan atau akhirat.
Maksud risalah adalah hendaklah disempurnakan tanggungjawab rasul iaitu  mentablighkan wahyu kepada ummah semua sekali(seluruhnya) dan maksud ini akan diulangi dlm pada  ayat 44 & 45.
Dlm surah ini menceritakan tentang aayamillah.iaitu peristiwa2 yg dijadikan sebagai asbab untuk menyedarkan manusia dan hamba Allah taala supaya menerima wahyu dari Allah .
Dlm surah ini Ibrahim ini berbeza dgn surah sebelum,ada 7vwakoid atau ayaamillah
5tentang akhirat
2tentang dunia
Supaya hamba boleh menerima tauhid.
Dlm surah ni juga ada
1 dalil aqli tafsili
Dan 2dalil aqli  ijmali
1dalil nafsili naqli drp cerita ibrahim
2contoh kisah nabi.satunya ringkas dan satunya tafsili,c ontoh yg pjg adalah cerita nabi Musa.

Ayat 1
الر ۚ كِتَابٌ
أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْك
َ لِتُخْرِجَ النَّاسَ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّور
ِ بِإِذْنِ رَبِّهِم
ْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran)
Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad),
supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
👉ada yg kata Kitab كِتَابٌini  =surah ini
Ini maksud penting bg surah لِتُخْرِجَ النَّاسَ
Telinga manusia yg ada inabah ,dia akan terima.dan jika telinganya ada insan,mungkin dia akan tolak.
Wajib bg nabi mentabligkan wahyu.
Jln agama Allah yg maha perkasa النُّور
Jalan ada dua ,yg nampak dan tak nampak dgn mata kasar.

Ayat 2
اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
وَوَيْلٌ لِلْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ شَدِيدٍ

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi;
dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).
👉Hujung Ayat ke2takhwif ukhrowi dan celaka bg yg ingkar.
Golongan yg engkar لِلْكَافِرِينَada dua
1.sifat sesat .
2.sifat menyesatkan orang.

Ayat 3
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَة
ِوَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ
أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat,
dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah,
serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
👉Ini sifat yg Allah bg tau.Atau alamat2 sesat.
Sangat utamakan dunia.
Halang orang lain
Jauh dari kebenaran.

Ayat 4
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ
لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ
فَيُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ
وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya
supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.
Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya),
juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Contoh ijmali ,ada hubungan dgn bg risalah atau
. لِتُخْرِجَ النَّاسَ
Alasan kedegilan.
Kitab bersesuaian dgn nabi adalah bahasa Arab bahasa kaumnya.
Boleh bg kat semua hidayah tapi dgn sifat hakim maka dipilih orang yg ada inabah.

Ayat 5
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا
أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ
وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman:
"Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman;
dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu,
mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
👉 ini pula Contoh tafsili bg inabah,maksud penting surah ini.
Nabi Musa Contoh khusus untuk nabi Muhamad.

Ayat 6
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُم
ْ إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ
يَسُومُونَكُمْ
سُوءَ الْعَذَابِ
وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ
وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ
وَفِي ذَٰلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu
dari Firaun
dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk
dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu
dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu;
dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu".
👉ayat penjelasan

Ayat 7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ
وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,
dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
👉Ayat ini huraian bg uzkurualallah اذْكُرُوا

Ayat 8
وَقَالَ مُوسَىٰ إِنْ تَكْفُرُوا أَنْتُمْ
وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ

Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah),
kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
👉 Guna nikmat Allah tapi tidak taat kepada Allah.

Ayat 9
أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ
وَعَادٍ وَثَمُود
َ ۛ وَالَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ ۛ
لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّهُ ۚ
جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَات
ِ فَرَدُّوا أَيْدِيَهُمْ فِي أَفْوَاهِهِمْ
وَقَالُوا إِنَّا كَفَرْنَا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ
وَإِنَّا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَنَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ

(Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
iaitu kaum Nabi Nuh,
dan Aad juga Thamud
serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah.
Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata:
"Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya
👉pengajaran .
Sangat marah tutup mulut فَرَدُّوا أَيْدِيَهُمْ فِي أَفْوَاهِهِمْ atau
Tutup mulut mereka sendiri untuk menyembunyikan ketawa.
Makna tak suka ajaran nabi.
Menambah keraguan. مُرِيبٍ

Ayat 10
قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ
فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ
وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ
قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا
تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ

Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah,
yang menciptakan langit dan bumi?
Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu,
dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu.
Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami.
Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami.
Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata".
👉jawab rasul2.

Ayat 11
قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُم
ْوَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ
وَمَا كَانَ لَنَا أَنْ نَأْتِيَكُمْ بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga,
tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya;
dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
👉Jawab rasul lagi.

Ayat 12
وَمَا لَنَا أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى اللَّهِ
وَقَدْ هَدَانَا سُبُلَنَا ۚ
وَلَنَصْبِرَنَّ عَلَىٰ مَا آذَيْتُمُونَا ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya?
Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami.
Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
👉dari dulu hingga hari ini ,kami berada dijalan benar.
Huraian bg sabar وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ
Bertawakal adalah sifat sabar,dengan menanggung sedikit sebanyak penderitaan berserah pada Allah keputusan.agar tak boleh letak sandaran lain drp Allah.jika letak sandaran selain dr Allah dia dikira tidak sabar.maksud sabar bergantung pada Allah dan tidak merungut pada manusia.

Ayat 13
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ
لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا
أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا ۖ
فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka:
"Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami
atau kamu menjadi seugama dengan kami".
Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.
👉ini kalimah dr lidah yg menentang rasul.
Dan hujung Ayat Tasliyah untuk nabi dari Allah.

Ayat 14
وَلَنُسْكِنَنَّكُمُ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِهِمْ ۚ
ذَٰلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي
وَخَافَ وَعِيدِ

"Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu".
👉kesabaran ketika sedang belum berakhir.

Ayat 15
وَاسْتَفْتَحُوا
وَخَابَ كُلُّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ

Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah,
untuk mendapat kemenangan);
dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya).
👉 Yg minta kemenangan dan keputusan itu boleh jadi kedua2 pihak ,nabi dan  musuh nabi.
Sebab pada anggapan mereka betul.
Sombong, zalim   dan degil sifat yg tak akan dapat kejayaan.

Ayat 16
مِنْ وَرَائِهِ جَهَنَّمُ
وَيُسْقَىٰ مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ

Di belakangnya disediakan neraka Jahannam,
dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
👉Salah satu dari azab yg ada

Ayat 17
يَتَجَرَّعُهُ
وَلَا يَكَادُ
يُسِيغُهُ
وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ
مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ ۖ
وَمِنْ وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ

Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu);
dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.
👉Ini hukuman akhirat.

Ayat 18
مَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ
أَعْمَالُهُمْ كَرَمَادٍ
اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ
فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ ۖ
لَا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا عَلَىٰ شَيْءٍ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الضَّلَالُ الْبَعِيدُ

Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya
ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang;
mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu.
Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
👉Amalan2 baik yg dibuat didunia oleh orang yg syirik.
Tidak akan diterima oleh Allah .
Kufur sebab aqidah syirik.
Boleh buat amalan baik tapi tidak mendapat balasan.
Abu كَرَمَادٍ

Ayat 19
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۚ
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ

Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat?
Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
👉Dalil tauhid yg ke2

Ayat 20
وَمَا ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.
👉

Ayat 21
وَبَرَزُوا لِلَّهِ جَمِيعًا
فَقَالَ الضُّعَفَاءُ
لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا
فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ۚ
قَالُوا لَوْ هَدَانَا اللَّهُ لَهَدَيْنَاكُمْ ۖ
سَوَاءٌ عَلَيْنَا
أَجَزِعْنَا
أَمْ صَبَرْنَا مَا لَنَا مِنْ مَحِيصٍ

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat);
kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya):
"Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? "
Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami,
tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu.
(Sekarang) sama sahaja kepada kita,
sama ada kita menggelisah
dan mengeluh
atau kita bersabar,
tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
👉Ini ayaamillah ke4
Ini berlaku diakhirat.
golongan yg semasa dunia tidak menggunakan aqal.
Lemah fikiran الضُّعَفَاءُ
Makna bukan diajar ajaran yg benar.
Kalu orang beriman dipanggil orang dipandang lemah,muftadafak

Ayat 22
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ
إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ
وَوَعَدْتُكُمْ
فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ
وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ
إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ
فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ
فَلَا تَلُومُونِي
وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ
مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ
وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ
إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ
إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar
dan aku telah menjanjikan kamu
lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu;
dan tiadalah bagiku sebarang alasan
dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;
maka janganlah kamu salahkan daku
tetapi salahkan diri kamu sendiri.
Aku tidak dapat menyelamatkan kamu
dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku.
Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya".
Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Golongan ke3iaitu syaitan.
Zalim diri sendiri

Ayat 23
وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا
بِإِذْنِ رَبِّهِمْ ۖ
تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
👉Tabsyir

Ayat 24
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً
كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ
أَصْلُهَا ثَابِتٌ
وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu:
kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
👉perkara pokok yg boleh menyelamatkan adalah aqidah tauhid dan ini  adalah perbandingan.
Amalan mengikut iman.
Jika iman sempurna maka amal lebih sempurna.

Ayat 25
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ
وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاس
ِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya.
Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
👉

Ayat 26
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ
خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْض
ِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi;
tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
👉ini pula adalah aqidah syirik.
Pokok yg buruk,pahit rasanya.tercabut akar dipermukaan bumi.tidak tegap.s syirik adalah aqidah yg tidak kukuh.

Ayat 27
يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ
وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ ۚ
وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat;
dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri);
dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
👉Allah bg tahu lagi manusia yg menerima aqidah tauhid ,Allah akan  teguhkan kepada orang yg menerima aqidah tauhid semasa hidup sebab tu boleh buat ketaatan dan semasa nak mati pun senang untuk ucap kalimah tauhid.tapi kalu zalim akan disusahkan oleh allah.

Ayat 28
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا
وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ

Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran,
dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?
👉ayaamillah yg ke5,mengenai orang Quraisy yg ada peluang untuk beriman tapi mereka pilih untuk tolak nabi.

Ayat 29
جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ
وَبِئْسَ الْقَرَارُ

(Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah),
seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.
👉

Ayat 30
وَجَعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِهِ ۗ
قُلْ تَمَتَّعُوا
فَإِنَّ مَصِيرَكُمْ إِلَى النَّارِ

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia),
kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
👉huraian بَدَّلُواdalam Ayat 28

Ayat 31
قُلْ لِعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا
يُقِيمُوا الصَّلَاة
َوَيُنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا
وَعَلَانِيَةً مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خِلَالٌ

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang
dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka,
sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka;
sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
👉Jika takut bila baca Quran Allah ajar cara nak atasinya.

Ayat 32
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ
وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ
لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ ۖ
وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi,
dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu;
dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya,
juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
👉Dalil aqli yg ke3

Ayat 33
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ
وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar,
untuk kepentingan kemudahan kamu,
dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
👉

Ayat 34
وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
👉apa2 yg kamu dapat adalah dr nikmat allah

Sabtu, Februari 25, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 87 13:31-43

Ayat 31
وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ
أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ
أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَىٰ ۗ
بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا ۗ
أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا
أَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا ۗ
وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُمْ بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ
أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِنْ دَارِهِمْ
حَتَّىٰ يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya,
atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya,
atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat.
(Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah),
bahkan segala urusan tertentu bagi Allah.
Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya,
(lalu menjadikan mereka semuanya beriman).
Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka);
atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan),
sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
👉Syikayah dan zajrun orang kafir mekah.
Ayat sebelum ,orang mekah minta tunjukkan mukjizat.dgn tujuan nak melemahkan nabi.
Allah bg tau Al-Quran ini sudah cukup Mukjizatnya.
Dan Takhwif duniawi.

Ayat 32
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ ۖ
فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad),
lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu,
kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab;
maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu.
👉Tasliyah kepada Rasullah saw.
Amalan mempersendakan rasul bukan amalan baru bg orang kafir.
Telah dipersendakan rasul2 sebelum ini.

Ayat 33
أَفَمَنْ هُوَ قَائِمٌ عَلَىٰ كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ ۗ
وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ
قُلْ سَمُّوهُمْ ۚ
أَمْ تُنَبِّئُونَهُ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي الْأَرْض
ِأَمْ بِظَاهِرٍ مِنَ الْقَوْلِ ۗ
بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مَكْرُهُمْ
وَصُدُّوا عَنِ السَّبِيلِ ۗ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas,
tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian).
Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu).
Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi?
Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam),
dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar.
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
👉apa2 yg diseru itu tidak boleh buat apa2.

Ayat 34
لَهُمْ عَذَابٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَقُّ ۖ
وَمَا لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ

Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia,
dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi;
dan tiadalah bagi mereka,
sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.
👉Takhwif ukhrowi.
Azab dunia seperti peperangan dan sakit.

Ayat 35
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
أُكُلُهَا دَائِمٌ
وَظِلُّهَا ۚ
تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا ۖ
وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ

Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu
ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya;
makanannya kekal tidak putus-putus
dan naungannya sentiasa teduh.
Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka.
👉tabsyir

Ayat 36
وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ
يَفْرَحُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ ۖ
وَمِنَ الْأَحْزَابِ مَنْ يُنْكِرُ بَعْضَهُ ۚ
قُلْ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّه
َوَلَا أُشْرِكَ بِهِ ۚ
إِلَيْهِ أَدْعُو وَإِلَيْهِ مَآبِ

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab,
mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya.
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah,
dan supaya aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: kepadaNyalah aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya),
dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)".
👉tanbih naqli.

Ayat 37
وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا ۚ
وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ
بَعْدَمَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ
مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا وَاقٍ

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab.
Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
👉kesempurnaan yg hdk Allah nak bg pada nabi saw.
Kaf libanilkamal.

Ayat 38
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ
وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً ۚ
وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآيَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu,
dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.
Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah.
Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".
👉orang mekah tanya kenapa nabi manusia  bukan dari kalangan malaikat?dan ini jawapannya.rasul yg orang Mekah kenal telah dipilih oleh Allah.
Nabi ibrahim ada isteri dan ada anak.
Nabi musa ada anak dan ada anak.
Soalan kenapa nabi tak boleh tunjuk mukjizat?

Ayat 39
يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ
وَيُثْبِتُ ۖ
وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya
dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya.
Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
👉setelah ulamak kata kat loh mahfuz.

Ayat 40
وَإِنْ مَا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ
أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ
فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ
وَعَلَيْنَا الْحِسَابُ

Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar)
atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu;
dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.
👉Takhwif duniawi
Bagi tau ada azab sahaja bukan mendatangkan azab.
Tugas Allah hisab dan hukum.

Ayat 41
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ
نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ
وَاللَّهُ يَحْكُمُ
لَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ ۚ
وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya?
Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya;
tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya,
dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 42
وَقَدْ مَكَرَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَلِلَّهِ الْمَكْرُ جَمِيعًا ۖ
يَعْلَمُ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ ۗ
وَسَيَعْلَمُ الْكُفَّارُ لِمَنْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka):
oleh itu,
(janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat.
Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi. siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.
👉Allah bg tau jaminan Allah  kepada mereka yg menyeru kepada Allah dan tauhid.

Ayat 43
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ
قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ
وَمَنْ عِنْدَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ

Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah".
Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu,
dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah".
👉I'adah dan syikayah