Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 05 (3)nota 2

Daurah tafsir 2023 sesi 05 (3)nota 2


Surah Ali Imran
Tertib dlm quran surah yg ke 3
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Surah Madiniyah 
Tertib turun adalah surah 89
Bilangan paragraf 7.

Surah imran boleh dibahagi 2
Bahagian pertama.Ayat 1-101 Mengenai ahlil kitab.
Bahagian kedua.Ayat 102-200 Berkenaan orang islam
Paragraf 1 ayat 1-9 ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah
Paragraf 2 ayat 10-32 menyeru ahli kitab kepada islam(itu intipatinya)
Paragraf 3 ayat 33-63 kisah mariam dan zakaria untuk membatalkan aqidah 3 tuhan.
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab(ahlil kitab khusus yg kristian ada buruk dan ada baiknya)
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan untuk memperkukuhkan pergerakan islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat(nak bentuk masyarakat islam yg sepatutnya)
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan uhud dan ulasan tentang sifat nifaq (ada disitu)
Paragraf 7 ayat 190-200 penutup kepada surah ini.

Mesej utama surah ini ialah:
4 langkah perlu diambil untuk kemenangan  islam 
1.Dakwah kepada ahlil kitab.
2.Mengambil manfaat  drp kebaikan  yg ada pada ahlilkitab.
3.Menjauhi keburukan  yg ada pada ahlil kitab .
4.Kesatuan dan kesepakatan umat Islam disamping  mereka  diikat  dgn  pergerakan yg tersusun kukuh.


Zaman Diturunkan
(1) Secara umumnya bolehlah dikatakan Surah Aali 'lmran itu diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah, selepas perang Uhud. Ketika itu telah pun nyata kesan dan akibat daripada kesyahidan sekian ramai sahabat di medan peperangan Uhud, di mana sudah mula terdapat agak ramai isteri yang menjanda dan anak-anak kecil yang menjadi yatim. Semua itu telah menimbulkan masalah masyarakat yang memerlukan penyelesaian.
(2) Ay'at ke-33 hingga ke-70 bagaimanapun dipercayai diturunkan pada tahun ke-9 Hijrah, ketika mana rombongan orang-orang Kristian Najran datang ke Madinah dan perdebatan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. berlaku, sehingga membawa kepada cabaran Rasulullah terhadap mereka untuk bermubahalah. Tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran Rasulullah s.a.w. itu.

Kelebihan Dan Fadhilah Surah Aali'lmraan
Hadis
 قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Bacalah kamu al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang
membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah
surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya(tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu
'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Aali'Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

(1) Di akhir Surah al-Fatihah tersebut dua perkataan 
ini: المغضوب عليهم (orang-orang yang dimurkai) dan الضالين(orang-orang yang sesat). Siapakah المغضوب عليهم? 
Mereka
adalah orang-orang Yahudi. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh  المغضوب عليهم . Cerita orang-orang Yahudi itu telah pun diberikan dengan terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci tentang   الضالين  (orang-orang yang sesat). Siapa pula mereka? Mereka adalah orang-orang Kristian. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh golongan الضالين(orang-orang yang sesat). Perincian cerita mereka dibentangkan dengan seluas-
luasnya di dalam Surah Aali 'Imraan sebagai pengajaran dan i'tibar buat orang-orang Islam.

(2) Di akhir Surah al-Baqarah Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu  فانتصرنا غلى القو الكافرين (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir).
Maka di dalam Surah Aali 'Imraan ini Allah mengajarkan empat cara untuk mengalahkan mereka. Punca kecundang tentera Islam ketika menghadapi orang-orang kafir telah dijadikan sebagai contoh untuk menyatakan betapa pentingnya kesetiaan,kesatuan dan penyusunan yang rapi dalam sesuatu perjuangan. Orang-orang kafir,
baik dari kalangan Ahli Kitab mahupun musyrikin boleh dikalahkan apabila umat Islam menjadikan empat cara yang disebut Allah di dalam Surah ini sebagai senjata
dan persiapan mereka.

(3) Sebagaimana al-Kitab yang disebutkan pada ayat kedua Surah al-Baqarah bahawa ia merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa, begitulah juga dengan
Kitab Taurat dan Injil yang disebutkan di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah Aali'Imraan. Kedua-duanya pernah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa
sebelum kedatangan al-Kitab (al-Qur'an) ini. Semua kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah. Cuma setelah kedua-dua kitab suci itu diselewengkan dan ia telah
bercampur-baur antara yang benar dan yang batil, sehingga tidak dapat dipasti dan diyakini lagi mana yang betul dan mana yang karut daripadanya, maka Allah menurunkan pula al-Kitab yang juga bernama al-Furqan. Ia tidak lain daripada al-Qur'an jua. Sebabnya ia dinamakan al-Furqan ialah kerana sifatnya membezakan antara yang betul dan yang salah di dalam kitab-kitab sebelumnya, Taurat dan Injil.

(4) Di permulaan Surah al-Baqarah (lihat ayat ke-26) ada tersebut bahawa manusia juga kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah.

Al-Baqarah 2:26
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ 
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahwa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?” Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkan-Nya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik.

Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.

Aal-e-Imran 3:7

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ مِنْهُ ءَايَٰتٌ مُّحْكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٌۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab (Al-Qur'an) dan yang lain mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “Kami beriman kepadanya (Al-Qur'an), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal.❣️



(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini pula Allah menyatakan
kejadian kebanyakan anak cucu Adam. Mereka dijadikanNya berbapa dan beribu.Dengan cara itulah manusia bertaburan di muka bumi ini dengan begiiu ramai hinggake hari kiamat.

(6) Surah al-Baqarah lebih banyak berbicara tentang Yahudi. Surah Aali 'Imraan ini pula lebih banyak berbicara tentang orang-orang Kristian. Kepada orang-orang Yahudi diberikan Taurat. Kepada orang-orang Kristian pula diberikan Injil. Orang-orang Yahudi muncul sebelum daripada orang-orang Kristian. Dengan sendirinya dapat disimpulkan bahawa Taurat diturunkan lebih dahulu daripada Injil. Maka wajar
sekalilah kalau kisah golongan Yahudi didahulukan di dalam Surah al-Baqarah dan ia disusuli dengan kisah golongan Kristian di dalam Surah Aali 'Imraan.

(7) Di permulaan Surah al-Baqarah telah tersebut secara umum bahawa ada kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Semua kitab-kitab yang diturunkan dari Allah
dipercayai oleh orang-orang yang beriman. Di permualaan Surah Aali 'Imraan ini pula dinyatakan secara jelas nama-nama kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Ia
adalah Taurat dan Injil.

(8) Di dalam Surah al-Baqarah perang disebutkan secara borong sahaja menerusi firman Allah: وقتالو في سبيل الله
(berperanglah kamu di jalan Allah).
(Lihat ayat 190 dan 244).
Al-Baqarah 2:190
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Baqarah 2:244
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Dan berperanglah kamu di jalan Allah, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Dan firman Allah:  كتب عليكم القتال
(Lihat ayat 216).
Al-Baqarah 2:216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Di dalam Surah Aali'Imraan ini kisah perang Uhud disebutkan dengan agak terperinci.(Lihat ayat 152-158).
Aal-e-Imran 3:152
وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥٓ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَٰزَعْتُمْ فِى ٱلْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَآ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ مِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلْءَاخِرَةَۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Dan sungguh, Allah telah memenuhi janji-Nya kepadamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mengabaikan perintah Rasul setelah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada (pula) orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk mengujimu, tetapi Dia benar-benar telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang diberikan) kepada orang-orang mukmin.

Aal-e-Imran 3:153
إِذْ تُصْعِدُونَ وَلَا تَلْوُۥنَ عَلَىٰٓ أَحَدٍ وَٱلرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ فِىٓ أُخْرَىٰكُمْ فَأَثَٰبَكُمْ غَمًّۢا بِغَمٍّ لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَآ أَصَٰبَكُمْۗ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ 
(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada siapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berada di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), karena itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.

Aal-e-Imran 3:154
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَاۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, “Adakah sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini?” Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah.” Mereka menyembunyikan dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu. Mereka berkata, “Sekiranya ada sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini.” Katakanlah (Muhammad), “Meskipun kamu ada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.” Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.

Aal-e-Imran 3:155
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ مِنكُمْ يَوْمَ ٱلْتَقَى ٱلْجَمْعَانِ إِنَّمَا ٱسْتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا۟ۖ وَلَقَدْ عَفَا ٱللَّهُ عَنْهُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ 
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kamu ketika terjadi pertemuan (pertempuran) antara dua pasukan itu, sesungguhnya mereka digelincirkan oleh setan, disebabkan sebagian kesalahan (dosa) yang telah mereka perbuat (pada masa lampau), tetapi Allah benar-benar telah memaafkan mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.

Aal-e-Imran 3:156
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِى قُلُوبِهِمْۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang kafir yang mengatakan kepada saudara-saudaranya apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi atau berperang, “Sekiranya mereka tetap bersama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh.” (Dengan perkataan) yang demikian itu, karena Allah hendak menimbulkan rasa penyesalan di hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Aal-e-Imran 3:157
وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
Dan sungguh, sekiranya kamu gugur di jalan Allah atau mati, sungguh, pastilah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik (bagimu) daripada apa (harta rampasan) yang mereka kumpulkan.

Aal-e-Imran 3:158
وَلَئِن مُّتُّمْ أَوْ قُتِلْتُمْ لَإِلَى ٱللَّهِ تُحْشَرُونَ 
Dan sungguh, sekiranya kamu mati atau gugur, pastilah kepada Allah kamu dikumpulkan.

❣️
(9) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bahawa Dialah yang memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakiNya secara borong saja menerusi
firmanNya:والله يوتى ملكه من يشاء
(Lihat ayat 247).
Al-Baqarah 2:247
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 
Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?” (Nabi) menjawab, “Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fisik.” Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula
perkara yang sama disebutkan dengan agak panjang dan terperinci menerusi firmanNya:

Ayat 26
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
26. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkaulah yang rnenghina scsiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(10) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bagaimana lafaz doa Nabi Ibrahim a.s. untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
129. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada
mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana .

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula lihat bagaimana doa Nabi Ibrahim itu menjadi kenyataan. Dan Allah menyebut kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai kurnia dan anugerahNya untuk orang-orang mu' min:

Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ 
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-
Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata.




Daurah tafsir 2023 sesi 06(4)nota 3

Daurah tafsir 2023 sesi 06(4)nota 3

004.Surah annisa(wanita)
Tertib surah yg ke 4
Bilangan ayat 176
Bilangan rukuk 24
Surah Madaniyah  
Tertib turunnya ke 92
Bilangan paragraf 9 

Paragraf 1 ayat 1-43 Hukum2(peraturan2) untuk melahirkan masyarakat yg baik
Paragraf 2 ayat 44-57 Menyeru ahli kitab kepada Islam
Paragraf 3 ayat 58-59 Hak2 kerajaan dan rakyat.
Paragraf 4 ayat 60-104 Orang2 munafiq dan jihad.
Paragraf 5 ayat 105-115 Hikmat turun alQuran.
Paragraf 6 ayat 116-134 Perselisihan diantara Bani Ismail dan Bani Israel.
Paragraf 7 ayat 135-152 Perintah membersihkan diri daripada sifat nifaq dan berlaku adil dan saksama
Paragraf 8 ayat 153-175 Kritikan terhadap ahli kitab khususnya orang kristian.
Paragraf 9 ayat 176 Undang2 pusaka.

Mesej utama 
1.Menyampaikan dakwah Islam keseluruh dunia khususnya kepada ahlil kitab dan orang2 Kristian.
2.Perintah supaya orang2 Islam bebas dari sifat nifaq.Mereka hendaklah hidup dgn ajaran tauhid
3.Perintah supaya melahirkan masyarakat yg kukuh bermula drp keluarga hingga kepada sebuah negara.


Zaman Turun Surah
Kebanyakan bahagian Surah an-Nisaa' diturunkan selepas peperangan Uhud, iaitu di penghujung tahunke-3 Hijrah atau pada tahun ke-4 Hijrah. Sesetengah ayat Surah an-Nisaa' pula turun di antara Ghazwah Uhud (Syawwaal 3 Hijrah) dan Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6 Hijrah). Setelah kesyahidan ramai pejuang-pejuang Islam dalam peperangan Uhud, timbullah pelbagai masalah kemasyarakatan berkaitan dengan janda-janda dan anak-anak yatim. Timbul juga persoalan-persoalan berkenaan perkahwinan, mas kahwin, pusaka dan lain-lain. Di satu pihak yang lain, orang-orang munafiq pula
kelihatan lebih bersemangat.Sebelum qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri (pada bulan Rabi'ul Awwal 4 Hijrah), sikap permusuhan dan kebencian orang-orang Yahudi dan munafiq begitu ketara dan terserlah. Untuk
mengukuhkan negara Islam yang baru setahun jagung, segala pergerakan dan aktiviti mereka yang boleh
menggugat kedudukan negara Islam perlu sekali diberikan perhatian khusus. Di dalam surah ini dinyatakan tentang sistem kemasyarakatan,kerajaan dan sistem keadilan Islam. Hukum-hukum tentang shalat khauf (Lihat ayat 102) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Dzati ar-Riqa' (4 Hijrah). Hukum- hukum tayammum (Lihat ayat 43) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6Hijrah).


Ciri-Ciri Khusus Surah Ini
Seperti dua surah sebelum ini, di dalam Surah an-Nisaa' juga seruan kepada Ahli Kitab supaya memeluk agama Islam diberikan, cuma seruan Islam untuk Ahli Kitab lebih berbentuk tanggungjawab kemasyarakatan dan kenegaraan.

Kesinambungan Surah An-Nisaa' Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam bahagian kedua Surah Aali 'Imraan telah diberikan beberapa garis panduan tentang pembentukan dan perpaduan ummat. Di dalam Surah an-Nisaa', keterangan yang lebih mengenainya diberikan bahawa ia tidak terhad di medan perang sahaja, malah ia meliputi institusi kekeluargaan dan juga institusi-institusi negara.

2. Di dalam Surah an-Nisaa' terdapat isyarat tentang kewujudan kerajaan Islam. Di dalam Surah al-Maa'idah selepasnya pula terdapat isyarat tentang kewujudan mahkamah-mahkamah Islam yang bertanggungjawab melaksanakan sistem kehakiman dan undang-undang jenayah.


Kata Kunci Dan Tema-Tema Utama
1.Mas kahwin: hukum tentang mas kahwin beberapa kali disebutkan didalam surah ini, ia menunjukkan kewajiban dan kepentingannya. Beberapa lafaz digunakan untuk memberi erti mas kahwin itu, seperti صدقات (Ayat: 4), فريضة(Ayat: 24), أجور (Ayat: 10). Andai kata mas kahwin diberikan sebanyak satu qintar atau sejumlah harta yang besar sekalipun, ia tetap tidak boleh diambil kembali.

2.Taghut(طاغوت):Dua perkara telah disebutkan tentang Thaghut. Kes tidak boleh lagi dibawakan ke hadapan
Thaghut, kerana al-Qur'an telah pun diturunkan, segala penyelesaian pertikaian yang berlaku dalam masyarakat mestilah berpandukan wahyu. Yang dimaksudkan dengan Thaghut di sini ialah mahkamah-mahkamah bukan Islam (Ayat: 60). Satu lagi perkara yang disebutkan di dalam surah ini ialah orang-orang Islam berperang dan berjihad di jalan Allah, orang-orang kafir pula berjuang demi Thaghut,
Thaghut yang dimaksudkan di sini pula ialah gagasan dan ideologi. Berasaskan gagasan dan ideologi itulah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir mendorong pengikut-pengikut mereka supaya berperang dengan orang-orang Islam (Ayat:76).

3.Menjaga kehormatan diri.Orang-orang lelaki dan perempuan diperintahkan supaya menjaga kehormatan diri, kerana itulah dikatakan kepada kalangan 
lelaki مُحْصِنِيْنَ غَيْرَ مُسَافِحِيْن
dan kepada orang-orang perempuan pula 
dikatakan مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلامُتَّخِذَاتِ أَخْدَن (Ayat: 24 sehingga 25).

Zaman Turun Surah
Kebanyakan bahagian Surah an-Nisaa' diturunkan selepas peperangan Uhud, iaitu di penghujung tahunke-3 Hijrah atau pada tahun ke-4 Hijrah. Sesetengah ayat Surah an-Nisaa' pula turun di antara Ghazwah Uhud (Syawwaal 3 Hijrah) dan Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6 Hijrah). Setelah kesyahidan ramai pejuang-pejuang Islam dalam peperangan Uhud, timbullah pelbagai masalah kemasyarakatan berkaitan dengan janda-janda dan anak-anak yatim. Timbul juga persoalan-persoalan berkenaan perkahwinan, mas kahwin, pusaka dan lain-lain. Di satu pihak yang lain, orang-orang munafiq pula
kelihatan lebih bersemangat.Sebelum qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri (pada bulan Rabi'ul Awwal 4 Hijrah), sikap permusuhan dan kebencian orang-orang Yahudi dan munafiq begitu ketara dan terserlah. Untuk
mengukuhkan negara Islam yang baru setahun jagung, segala pergerakan dan aktiviti mereka yang boleh
menggugat kedudukan negara Islam perlu sekali diberikan perhatian khusus. 

Di dalam surah ini dinyatakan tentang sistem kemasyarakatan,kerqaan dan sistem keadilan Islam. Hukum-hukum tentang shalat khauf (Lihat ayat 102) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Dzati ar-Riqa' (4Hijrah). 
Hukum- hukum tayammum (Lihat ayat 43) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Bani al-Mushthaliq
 (Sya'baan 6Hijrah).

Daurah tafsir 2023 sesi 06(5)nota 4

Daurah tafsir 2023 sesi 06(5)nota 4

Surah almaidah.
Tertib dlm quran ke 5
Tertib turun 114 
Bilangan ayat 120
Bilangan rukuk 16
Surah Madaniyah.
Bilangan paragraf ada 6

Paragraf 1 ayat 1-11 
Hukum2 untuk penyempurnaan syariat.
Paragraf 2 ayat 12-32 
kesilapan2 yg dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian dan pengajaran drpnya.
Paragraf 3 ayat 33-50 
Undang2 jenayah,kedaulatan hukum2 Allah,Hukum qisas dan lain2 hukum Allah.
Paragraf 4 ayat 51-84
Jenayah2 yg dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian dan panduan untuk umat Islam
Paragraf 5 ayat 85-108 
Lain2 hukum syariat.
Paragraf 6 ayat 109-120
Menyeru orang kristian kepada tauhid.

Mesej utama
1.Untuk mendapat kejayaan dlm mempraktikan syariat terakhir yg diturunkan dari Allah  kepada rasul terakhir Muhamad saw ,Umat Islam  hendaklah  mengikhlaskan hati  dan menjauhkan  diri drp sikap dan sifat orang Yahudi dan Kristian .
2.Tiada ruang langsung dlm Islam  untuk sekularisma.


Zaman Turun Surah
Sebahagian besar daripada Surah al-Maa'idah diturunkan selepas صلح Hudaibiyah (perjanjian damai diHudaibiyah pada bulan ZulQa'dah, 6 Hijrah atau 7 Hijrah).
Adab-adab ketika berihram berkemungkinan besar turun ketika 'umrah Hudaibiyah atau 'umrah al-Qadha' pada tahun ke-7 Hijrah. Beberapa ayat yang lain juga diturunkan selepas itu. Aliran cerita bagaimanapun kelihatan bertautan.
Firman Allah: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ (Ayat: 3) juga terdapat di dalam surah ini. Ia dipercayai ayat terakhir diturunkan tetapi yang benar-benar terakhir ialah satu surah lain yang lengkap iaitu إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ daripada Surah an-Nasr.


Perkaitan Surah Al-Maa'idah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Seperti 3 surah sebelumnya al-Baqarah, Aali'Imraan dan an-Nisaa, di dalam surah ini juga terdapat seruan kepada Ahli Kitab supaya menerima Islam.
2. Surah an-Nisaa' lebih menumpukan kepada penyusunan institusi keluarga, masyarakat dan negara. Surah al-Maa'idah pula memberi panduan tentang kehakiman Islam, terutamanya yang berkaitan dengan undang-undang jenayah, di dalamnya tersebut ayat potong tangan pencuri dan hukuman terhadap musuh-musuh yang menggugat keamanan negara.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1. Umat Islam diperintah supaya menjaga segala bentuk عُقُوْد (perjanjian) yang dibuat (Ayat: 1).

2. Di dalam Surah al-Maa'idah tersebut hukum-hukum halal haram seperti berikut:Haram melakukan perburuan pada ketika ihram(Ayat1),شعائر الله tidak halal diceroboh (Ayat 2).

11 perkara diharamkan kepada orang-orang yang beriman: (1) Bangkai 
(2) Darah 
(3) Daging babi 
(4) Binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah 
(5) Binatang yang mati tercekik 
(6)Binatang yang mati terpukul(terhentak) 
(7) Binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi 
(8) Binatang yang mati ditanduk 
(9) Binatang yang mati kerana diburu binatang buas dan tidak sempat disembelih 
(10) Binatang yang disembelih atas nama berhala-berhala (11) 
Mengundi (merenung) nasib dengan anak panah(Ayat:3).
Binatang yang mati kerana diburu anjing perburuan terlatih dan seumpamanya adalah halal (Ayat: 4).
Makanan Ahli Kitab (yang disembelih mereka) dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan diri di kalangan mereka juga halal untuk dikahwini orang-orang Islam (Ayat: 5).

Arak, judi dan merenung nasib dengan anak-anak panah adalah haram (Ayat: 90).

Perburuan binatang darat ketika berihram diharamkan, sementara perburuan binatang-binatang laut(sungai dan lain-lain) pula halal (Ayat: 95 dan 96).

3. Di dalam Surah al-Maa'idah juga terdapat ayat-ayat berhubung dengan undang-undang jenayah Islam
(Ayat: 33, 38 dan 40).
a) Empat hukuman ditetapkan terhadap perosak-perosak keamanan negara atau orang-orang yang terlibat dalam penggulingan pemerintahan Islam. Hukuman terhadap mereka bagaimanapun bergantung kepada budi bicara dan keputusan pihak kerajaan (Ayat: 33).
b) Hukuman potong tangan dikenakan terhadap pencuri lelaki dan perempuan (Ayat: 38).
c) Hukuman qisas yang terdapat di dalam kitab Taurat dikekalkan iaitu nyawa dibalas nyawa,telinga dibalas telinga dan lain-lain (Ayat: 45).

4. Di dalam Surah al-Maa'idah terdapat keterangan tentang tauhid tasyri' atau tauhid haakimiyyah.Sebagaimana Allah mesti dipercayai sebagai خالق(pencipta)،رب، إله  dan معبود (tuhan yang disembah), Allah juga mesti diterima sebagai hakim dan pembuat undang-undang.
a) Melalui firmanNya: إِنَّ اللهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيْدُ Allah menyabitkan kedudukanNya sebagai hakim dan pembuat hukum.
b) Orang-orang yang membuat keputusan tidak mengikut hukum yang diturunkan Allah (Qur'an dan Sunnah) sama ada ia kafir, zalim atau fasiq (Ayat: 44, 45, 47).
c) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menghukum berdasarkan wahyu yang diturunkan kepada 
Baginda  فَلحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله (Ayat: 48 dan49).
d) Tidak ada hakim dan pembuat undang-undang yang lebih baik daripada Allah وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ الله حُكْمًا (Ayat:50).

5. Surah al-Maa'idah juga membentangkan aqidah حُلُوْل (inkarnasi) di kalangan penganut-penganut agama Kristian dan membatalkannya. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat dua golongan penganut
Kristian:
(a) Golongan yang mengatakan 'Isa adalah Allah (tuhan), mereka percaya Allah telah حُلُوْل(menjelma) dalam rupa 'Isa sebagai manusia. 'Isa itulah tuhan sebenarnya, Allah dan 'Isa adalah sama. Al-Qur'an telah menegaskan bahawa orang-orang seperti ini adalah kafir  
لَقَدْ كَفَرَ الذين قَالُا إِنَّ اللهَ هُوَ الْمَسِيْحُ ابْنُ مَرْيَمَ
(Ayat: 17 dan 72).

(b) Golongan Kristian yang mempercayai aqidah trinity (tritunggal). Golongan ini mempercayai' Isa adalah satu dari tiga tuhan, golongan Kristian yang seperti ini juga dihukum kafir di dalam Surah
al-Maa'idah لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ (ayat: 73).

6. Surah al-Maa'idah juga membatalkan sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas dengan cara yang
tidak benar dalam kehidupan beragama orang-orang Kristian (غُلُو في الدِّين). Mereka diperintah supaya
tidak bersikap demikian melalui ayat berikut:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ  وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

77. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (auh) dari jalan yang betul.

"Kerana sikap itulah mereka telah mengangkat 'Isa menjadi tuhan atau menganggapnya sebagai anak tuhan yang berkongsi dalam ketuhanan dengan Allah, orang-orang Yahudi juga telah mempercayai Uzair sebagai anak Allah dan kerananya mereka telah dila'nat .(At-Taubah: 30).

7.Hawari (pengikut setia) Nabi 'Isa adalah orang-orang Islam. Dua perkara disebutkan tentang mereka:
(a) Golongan Hawariyyun dengan jelas telah berkata: "Kami telah beriman, Ya Allah! Engkau jadilah saksi bahawa kami adalah orang-orang Islam" (Ayat: 111).
(b) Nabi 'Isa telah berdoa untuk Hawarinya (pengikut-pengikut setianya). Beliau telah meminta kepada
tuhan agar menurunkan untuk mereka satu hidangan dari langit (Ayat: 115).

8. Dua ayat tersebut di dalam Surah al-Maa'idah berkenaan dengan melaksanakan hukum Taurat dan Injil:
(a) Tanpa melaksanakan hukum Taurat dan Injil, kehidupan Ahli Kitab adalah tanpa asas (Ayat: 6).
Orang-orang Yahudi dan Nashara sudah tidak berpandukan hukum Taurat dan Injil lagi, bagaimana mereka akan dapat menerima hukum al-Qur'an?
(b) Jika Ahli Kitab melaksanakan hukum Taurat dan Injil nescaya mereka akan dikumiakan rezeki dari atas dan bawah (Ayat: 66).

25/3/23 habis disini hari ini.

71

Daurah tafsir 2023 sesi 07(6)nota 4

Daurah tafsir 2023 sesi 07(6)nota 4

Surah yg ke6
Nama surah Al Anam
Bilangan ayat 165
Bilangan rukuk 22
Surah makiyyah
Tertib turun yg ke55

Mesej utama 
1.Pewaris agama yg ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan aqidah tauhid yg dibawa oleh baginda dari kalangan Bani Ismail bukan dari kalangan orang2 kafir Mekah, bahkan Nabi Muhamad saw.
2.Perbahasan dan pertikaian pendapat dgn orang2 Musyrikin Mekah .
3.Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan .
4.Bahagian2 tauhid.
5.Tuntutan2 aqidah tauhid.

-Amar bin Quraisy yg memulakan penyembahan berhala di Semenanjung Arab.
-nak hapuskan syirik yg ada

Bilangan paragraf ada 7
Paragraf 1ayat 1-73
Perdebatan dan dialog dgn orang2 musyrikin Mekah.
Paragraf 2 ayat 74-94
Seruan nabi Ibrahim dan sekalian nabi dan termasuk nabi Muhamad saw adalah tauhid.
Paragraf 3 ayat 95-113
Seruan kepada aqidah tauhid penolakan terhdp kesyirikan 
Paragraf 4 ayat 114-121
Penolakan terhadap syirik dalam membuat undang2
Paragraf 5 ayat 122-135
Penipuan dan kejahatan pimpinan penjenayah2 dan orang yg sombong.
Paragraf 6 ayat 136-154 
Bidah2 yg dilakukan oleh orang2 kafir quraisy dan keterangan tauhid dlm syariat.
Paragraf 7 ayat 155-165 
Intisari seruan tauhid dan penolakan terhadap syirik.

-bid'ah menentukan siapa yg boleh makan anak binatang ternakan yg mati dalam perut.

Hazim baca

Zaman Diturunkan
Surah al-An'aam diturunkan di peringkat akhir Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, betul-betul sebelum Baginda berhijrah pada tahun ke-13 Kenabian. Surah ini merupakan intisari da'wah Baginda Selama 13 tahun di Mekah, di dalamnya juga terdapat kata dua untuk orang-orang kafir Quraisy di Mekah.
Ayat 33 berdasarkan hadits yang dha'if mungkin diturunkan berikutan kata-kata Abu Jahal bahawa orang-orang musyrikin Mekah tidaklah mendustakan diri Muhammad, mereka hanya mengingkari ayat-ayat al-Qur'an yang dida'wa Muhammad diturunkan kepadanya 
(Lihat Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Qur'an, Bab Tafsir Surah al-An'aam, Hadits 3064).

Ciri-Ciri Khusus Surah al-An'aam
1. Surah al-An'aam merupakan pendedahan tentang kemungkaran-kemungkaran dan jenayah-jenayah
yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin Mekah. Di dalamnya tersebut bermacam-macam bentuk
kesyirikan yang dilakukan mereka. Di dalamnya juga tersebut bermacam-macam jenis tauhid. Setelah
mengemukakan bantahan dan kritikan orang-orang musyrikin Mekah, jawapan yang membungkam
mereka diberikan. Ancaman kebinasaan juga diberikan kepada mereka secara umum.

2. Dari segi tertib susunan surah, empat Surah Madaniyyah terletak berturut-turut selepas Surah al-Fatihah, iaitu al-Baqarah, Aali 'Imraan, an-Nisaa' dan al-Maa'idah. Di dalamnya terkandung pendedahan tentang kemungkaran-kemungkaran dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil, seruan kepada Ahli Kitab supaya menerima Islam dan hubungan antara mereka dengan umat Islam.

3. Bermula dari Surah al-An'aam, mizaj (ragam) al-Qur'an mula bertukar, ia mula berbicara tentang Bani Ismail , secara khususnya orang-orang Quraisy Mekah. Dua Surah Makkiyyah bermula dari sini dan pembaca mulai merasa gaya bahasa yang agak berlainan dari gaya bahasa yang terdapat di dalam surah-surah sebelumnya.

Perkaitan Dan Kesinambungan Antara Surah Al-An'Aam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah al-Maa'idah dikemukakan شِرِك فِي التِّشْرِيع yang tersebar dengan meluas di kalangan Yahudi dan Nashara, ia menggambarkan sekularisma(menghadkan peranan agama seperti memisahkan dunia dan akhirat atau hanya amalan peribadi) yang menguasai kehidupan mereka. 
Di dalam Surah al-An'aam pula, selain beberapa perkara yang lain diterangkan pula شرك في التشريع, yang berlaku di kalangan musyrikin Mekah.

-sekularisma juga شرك في التشريع
-juga demokrasi yg diambil bukan hanya sementara
-seperti memberi hak kepada orangramai untuk membuat undang-undang yg sudah jelas ada dari Allah.

-Al-Ma'idah 5:50
أَفَحُكْمَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?

2. Di dalam ayat ke-6 Surah al-An'aam Allah menyebutkan secara umum tentang kebinasaan dan kemusnahan umat-umat yang dahulu, di dalam Surah al-A'raaf selepas ini pula disebut secara terperinci perihal enam kaum terdahulu yang dibinasakan. Amaran terakhir diberikan kepada orang-orang kafir Quraisy Mekah. Di dalamnya disebutkan sunnatullah berhubung dengan punca-punca kebinasaan
bangsa dan umat manusia di samping sunnatullah berhubung dengan penukaran kuasa di antara bangsa
dan umat manusia.

-2 peraturan Allah
1.Qanun ihlat(hancur)
2.Qanun istibdal(tukar)

-Muhammad 47:38 وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu (ini)>>Qanun istibdal

Muhammad 47:38
هَٰٓأَنتُمْ هَٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَٰلَكُم 
Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Mahakaya dan kamulah yang membutuhkan (karunia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu (ini).


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Penting Di Dalam Surah Al-An'Aam
1. Penghinaan terhadap  غَيْرُ الله (selain Allah) yang dijadikan sebagai sembahan dan tuhan selain Allah. Soalan-soalan
berbentuk monolog untuk menolak pegangan dan kepercayaan orang-orang musyrikin dikemukakan:

(a) Untuk menolak Sifat Rububiyyah pada غَيْرُ الله (selain Allah) dikatakan قُلْ أَغَيْرَ الله أَبْغِي رَبًّا ( Ayat:164)
[ Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah].
-istifham inkari

(b) Untuk menolak ibadat kepada غَيْرُ الله(selain Allah) dan شرك في الدعاء (syirik dalam doa) dikatakan أَغَيْرَ الله تَدْعُونَ
(Ayat: 40).

Al-An'am 6:40
قُلْ أَرَءَيْتَكُمْ إِنْ أَتَىٰكُمْ عَذَابُ ٱللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ ٱلسَّاعَةُ أَغَيْرَ ٱللَّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Katakanlah (Muhammad), “Terangkanlah kepadaku jika siksaan Allah sampai kepadamu, atau hari Kiamat sampai kepadamu, apakah kamu akan menyeru (tuhan) selain Allah, jika kamu orang yang benar!”

-bunga-bunga syirik seperti tawasul atau seruan madat ya Husin
-ini syirik dalam doa

(c) Untuk menolak غَيْرُ الله sebagai pelindung dan sebagai penjaga manusia dikatakan قُلْ أَغَيْرَ الله أَتَّخِذُ وَلِيًّا
(Ayat: 14).

Al-An'am 6:14
قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُۗ قُلْ إِنِّىٓ أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan?” Katakanlah, “Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”

(d) Untuk menolak kuasa-kuasa pada غَيْرُ الله 
dikatakan قُلْ أَنَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا (Ayat:71)

Al-An'am 6:71
قُلْ أَنَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعْقَابِنَا بَعْدَ إِذْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ كَٱلَّذِى ٱسْتَهْوَتْهُ ٱلشَّيَٰطِينُ فِى ٱلْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُۥٓ أَصْحَٰبٌ يَدْعُونَهُۥٓ إِلَى ٱلْهُدَى ٱئْتِنَاۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Katakanlah (Muhammad), “Apakah kita akan memohon kepada sesuatu selain Allah, yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kita, dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang, setelah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh setan di bumi, dalam keadaan kebingungan.” Kawan-kawannya mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan mengatakan), “Ikutilah kami.” Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya); dan kita diperintahkan agar berserah diri kepada Tuhan seluruh alam,

(e) Untuk menolak kekuasaan dan kehakiman  غَيْرُ الله  dan شرك في التشريع dikatakan   أَفَغَيْرَ الله أَبْتَغِي حَكَمًا
(Ayat: 114)Apakah patut aku mencari hakim selain Allah

Al-An'am 6:114
أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْتَغِى حَكَمًا وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيْكُمُ ٱلْكِتَٰبَ مُفَصَّلًاۚ وَٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُۥ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِٱلْحَقِّۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ 
Apakah patut aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu secara rinci? Orang-orang yang telah Kami beri kitab mengetahui benar bahwa (Al-Qur'an) itu diturunkan dari Tuhanmu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu.


2. Dalam membantah kepercayaan orang-orang musyrikin yang menyamakan  غَيْرُ الله dengan Allah,
digunakan dua kali lafaz يَعْدِلُوْنَ (menyamakan atau mempersekutukan) iaitu pada ayat 1 dan ayat 150.

Al-An'am 6:1
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَٰتِ وَٱلنُّورَۖ ثُمَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ 
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, namun demikian orang-orang kafir masih mempersekutukan Tuhan mereka dengan sesuatu.

Al-An'am 6:150
قُلْ هَلُمَّ شُهَدَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ يَشْهَدُونَ أَنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَ هَٰذَاۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَلَا تَشْهَدْ مَعَهُمْۚ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ وَهُم بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ 
Katakanlah (Muhammad), “Bawalah saksi-saksimu yang dapat membuktikan bahwa Allah mengharamkan ini.” Jika mereka memberikan kesaksian, engkau jangan (ikut pula) memberikan kesaksian bersama mereka. Jangan engkau ikuti keinginan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, dan mereka mempersekutukan Tuhan.

-kata kunci يَعْدِلُونَ

Untuk menolak شرك في الذات, satu dalil aqli diletakkan di hadapan mereka, bahawa kalau Allah tidak mempunyai isteri atau teman wanita bagaimana pula Dia akan mempunyai anak? أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُنْ لَهُ صَاحِبَةٌ ۖ (ayat: 101)

-dirinya ada lebih dari satu itulah شرك في الذات

Al-An'am 6:101
بَدِيعُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صَٰحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Dia (Allah) pencipta langit dan bumi. Bagaimana (mungkin) Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai istri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu.

3. Dalam menyabitkan tauhid ilmu, dikatakan Allahlah yang memiliki anak-anak kunci ghaib (Ayat: 59).
Ilmunya meliputi segala sesuatu (Ayat: 80). 
Allah mengetahui tentang segala sesuatu (Ayat: 101).

-tauhid ilmu 
-syirik dalam ilmu
-fitnah ini telah ada di Turki, Pakistan,India.


Al-An'am 6:59
وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِى ظُلُمَٰتِ ٱلْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ 
Dan kunci-kunci semua yang gaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).

Al-An'am 6:80
وَحَآجَّهُۥ قَوْمُهُۥۚ قَالَ أَتُحَٰٓجُّوٓنِّى فِى ٱللَّهِ وَقَدْ هَدَىٰنِۚ وَلَآ أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِۦٓ إِلَّآ أَن يَشَآءَ رَبِّى شَيْـًٔاۗ وَسِعَ رَبِّى كُلَّ شَىْءٍ عِلْمًاۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ 
Dan kaumnya membantahnya. Dia (Ibrahim) berkata, “Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal Dia benar-benar telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut kepada (malapetaka dari) apa yang kamu persekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu. Ilmu Tuhanku meliputi segala sesuatu. Tidakkah kamu dapat mengambil pelajaran?


4. Perbezaan di antara konsep حَمْد dan  تَسْبِيح dikemukakan dalam ayat yang sama untuk menjelaskan tentang tauhid tanzih. Dia yang memberi makan, bukan dia yang diberi makan وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ (Ayat:14).

-hamحَمْد adalah segala sifat yang sempurna yg kita puji ada pada Allah yg tidak ada pada yg lain. 
-inilah maksud tauhid tanzih.


Al-An'am 6:14
قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُۗ قُلْ إِنِّىٓ أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan?” Katakanlah, “Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”


5. Beberapa perkara di bawah ini dikemukakan sebagai bukti kepada tauhid dalam kekuasaan:

(a) Allah berkuasa membinasakan bangsa 
-bangsa أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ (Ayat: 6).

(b) Allah memotong akar umbi kaum dan bangsa yang zalimi فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ (Ayat: 45).

(c) Tidakkah kamu perhatikan bahawa azab Allah juga secara tiba-tiba dan tidak di sangka-sangka boleh menimpa?قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ بَغْتَةً أَوْ جَهْرَةً (Ayat: 47)

(d) Allah boleh menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dengan bermacam-macam cara :
(1)Dengan melepaskan hujan, kilat dan lain-lain dari arah atas 
(2) Dengan mencetuskan gempa bumi, tanah runtuh dan banjir dan lain-lain dari bawah 
(3) Dengan mencetuskan perang antara bangsa-bangsa dan puak-puak berkepentingan di dunia.

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ 
أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ
65. Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana) dari sebelah atas kamu. atau dari bawah kaki kamu atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak. dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan
ganas dan kejam sebahagian yanq lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

(e) Allah s.w.t berkuasa menghilangkan pendengaran, penglihatan dan Dia juga berkuasa mengunci mati hati manusia. Jika Allah melakukan begitu, tiada siapa 
pun غَيْرَ الله dapat mengembalikan semua yang tersebut itu kepada seseorang.
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَارَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِهِ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ
46. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" 

Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

-kata kunci yg penting  ialah غَيْرُ الله


(f) Dengan memberi kepada manusia kuasa di bumi, Allah hendak menguji mereka sebenarnya.

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ 
لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
165. Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain beberapa darjat kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

-Al-Baqarah 2:30إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ
Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”

Al-Baqarah 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

-Muhammad 47:38وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُۚ
Dan Allah-lah Yang Mahakaya dan kamulah yang membutuhkan (karunia-Nya).

Muhammad 47:38
هَٰٓأَنتُمْ هَٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَٰلَكُم 
Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Mahakaya dan kamulah yang membutuhkan (karunia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu (ini).

-Yusuf 12:76 وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ 
dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui.

Yusuf 12:76
فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ ٱسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِۚ كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ ٱلْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ نَرْفَعُ دَرَجَٰتٍ مَّن نَّشَآءُۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ 
Maka mulailah dia (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan (piala raja) itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami mengatur (rencana) untuk Yusuf. Dia tidak dapat menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendakinya. Kami angkat derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui.

minit 53
-Al-An'am 6:165 لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْۗ
untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikan-Nya kepadamu.

Al-An'am 6:165
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَٰتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 
Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (derajat) sebagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

-tuhan nak uji atas kurniaan yg diberikanNya
samada nikmat atau azab.


(g) Setelah Allah memberi kuasa dan nikmat kepada seseorang atau segolongan manusia, jika ia tidak bersyukur, Allah boleh membinasakan mereka dan menggantikan mereka dengan orang-orang lain untuk menguji mereka pula.
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ
6. Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan
Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

-Qanun ihlat (أَهْلَكْنَا)
-ini juga kata kunci surah ini.


6. Berhubung dengan tauhid haakimiyyah dan tauhid tasyri' dikatakan bahawa Allahlah yang berkuasa meluluskan dan melaksanakan segala hukum-hakam. Dialah hakim dan Dialah yang mengadakan undang-undang.
(a) Hukum yang sebenar dan tepat hanya berpunca dari Allah, Dialah yang menghukum dengan tepat dan memberi keputusan yang terbaik.
قُلْ إِنِّي عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَكَذَّبْتُمْ بِهِ ۚ مَا عِنْدِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِهِ ۚ 
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۖ يَقُصُّ الْحَقَّ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ
57. Katakanlah: "sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran. dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".

(b) Hanya Allah penguasa dan pengawas makhluk yang sebenar, hukumNya sahaja yang sah berjalan dan Dia paling segera menghitung.

ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ ۚ أَلَا لَهُ الْحُكْمُ وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ
62. Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah. bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu). dan Dia lah secepat-cepat Pengira -Penghitung.

(c) Tidak harus dijadikan sesiapa pun pengadil selain Allah apabila Allah telah menurunkan
hukum yang jelas kepada orang-orang Islam.

أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
114. (Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terperdaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah. padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

(d) Allah jua yang berkuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu. Binatang yang disembelih dengan nama Allah sahaja yang halal dimakan.

1jam 4 minit.
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
118. Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.

(e) Binatang yang disembelih tidak atas nama Allah dilarang daripada dimakan dan ia dipanggil fisq iaitu perbuatan fasiq dan berdosa.
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ ۗ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
121. Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan
mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.

(f) Hasil-hasil tanaman barulah dianggap bersih dan suci setelah dikeluarkan zakatnya. Kita juga tidak dibenarkan bersikap boros walaupun pada perkara-perkara yang halal.

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ 
وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
141. Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan
(warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya: dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

(g) Kaedah asas halal dan haram diberikan bahawa di dalam wahyu Allah, hanya bangkai, darah yang mengalir, daging babi, sembelihan bukan atas nama Allah itulah yang diharamkan.
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
145. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai" atau darah yang mengalir  atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu vang dilakukan secara fasik. iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Antara kesyirikan yang berlaku di kalangan musyrikin Mekah ialah mereka menghalal dan mengharamkan sendiri banyak perkara tanpa mempedulikan syariat Allah, mereka berkata: "lni binatang-binatang ternakan dan hasil-hasil tanaman yang diwaqafkan khusus untuk berhala-berhala.

وَقَالُوا هَٰذِهِ أَنْعَامٌ وَحَرْثٌ حِجْرٌ لَا يَطْعَمُهَا إِلَّا مَنْ نَشَاءُ بِزَعْمِهِمْ 
وَأَنْعَامٌ حُرِّمَتْ ظُهُورُهَا وَأَنْعَامٌ لَا يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا 
افْتِرَاءً عَلَيْهِ ۚ سَيَجْزِيهِمْ بِمَا كَانُوا يَفْتَرُوآءٌ
138. Dan mereka berkata lagi: "Ini adalah binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun memakannya kecuali sesiapa yang kami kehendaki", -menurut anggapan mereka; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang menunggangnya; dan (sejenis lagi) bintang-bintang ternak yang tidak mereka sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan dengan) berdusta terhadap Allah.
Allah akan membalas mereka disebabkan apa yang mereka telah ada-adakan itu.

Mereka juga menganggap anak dalam kandungan binatang ternakan mereka yang dilahirkan hidup hanya halal untuk kalangan lelaki, ia tidak halal untuk orang-orang perempuan.


وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ خَالِصَةٌ لِذُكُورِنَا وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا ۖ 
وَإِنْ يَكُنْ مَيْتَةً فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ ۚ سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
139. Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia dilahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuan kami". Dan jika ia (dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya
(bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan (mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

(h) Rasulullah s.a.w. dilarang daripada merestui peraturan halal dan haram ciptaan orang-orang musyrikin Mekah yang hanya berasaskan hawa nafsu semata-mata.

قُلْ هَلُمَّ شُهَدَاءَكُمُ الَّذِينَ يَشْهَدُونَ أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ هَٰذَا ۖ فَإِنْ شَهِدُوا 
فَلَا تَشْهَدْ مَعَهُمْ ۚ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا 
وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَهُمْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
150. Katakanlah: "Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini". Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi(secara dusta), maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-
orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

(i) Allah s.w.t. mengharamkan syirik, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh anak-anak,melakukan perkara yang keji, baik yang nyata atau tersembunyi dan membunuh tanpa sebenar.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ 
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ 
وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ 
الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
151.Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibubapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina)  yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,supaya kamu memahaminya.

-syirik tasyrik,tauhid hakimiah
-yg menyentuh dasar tidak boleh, sebab samada kafir ,zalim atau fasik
Al-Ma'idah 5:44فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَٰفِرُونَ 
Al-Ma'idah 5:45فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Al-Ma'idah 5:47فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ

Al-Ma'idah 5:44
إِنَّآ أَنزَلْنَا ٱلتَّوْرَىٰةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌۚ يَحْكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسْلَمُوا۟ لِلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلْأَحْبَارُ بِمَا ٱسْتُحْفِظُوا۟ مِن كِتَٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَيْهِ شُهَدَآءَۚ فَلَا تَخْشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًاۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَٰفِرُونَ 
Sungguh, Kami yang menurunkan Kitab Taurat; di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya. Yang dengan Kitab itu para nabi yang berserah diri kepada Allah memberi putusan atas perkara orang Yahudi, demikian juga para ulama dan pendeta-pendeta mereka, sebab mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan harga murah. Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.

Al-Ma'idah 5:45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Kami telah menetapkan bagi mereka di dalamnya (Taurat) bahwa nyawa (dibalas) dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisas-nya (balasan yang sama). Barangsiapa melepaskan (hak qisas)nya, maka itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang zhalim.

Al-Ma'idah 5:47
وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ ٱلْإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Dan hendaklah pengikut Injil memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasik.


7.Berhubung dengan tauhid rahmat, terdapat beberapa ayat seperti berikut:
(a) Di hari kiamat nanti setelah mengumpulkan sekalian manusia, Allah akan menzahirkan rahmat yang telah dijanjikanNya.

قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلْ لِلَّهِ ۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ 
لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
12. Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan dibumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat .Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yng tidak ada sebarang syak padanya . Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

(b) Maksud rahmat Allah di hari kiamat ialah manusia diselamatkan daripada azabNya, itulah kejayaan di hari kiamat.
مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ
16. Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.

(c) Allah telah menetapkan rahmat atas diriNya bahawa orang-orang yang melakukan keburukan tanpa pengetahuan dan kesedaran dan ia memperbaiki dirinya, Allah akan mengampuninya dan merahmatinya.

وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
54. Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi
rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya kemudian ia bertaubat sesudah itu  dan berusaha memperbaiki (amalann)ra). Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

(d) Rahmat Allah sangat luas, bagaimanapun tidak akan berlaku ketidakadilan di hari kiamat nanti, orang-orang yang benar-benar bersalah tidak dapat mengelak diri daripada azab Allah.

فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ رَبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

147. Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: "Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa".

(e) Salah satu bukti rahmat tuhan yang luas itu ialah Dia menggandakan pahala kepada manusia,satu kebaikan diganda sepuluh, sedangkan balasan kepada kejahatan pula tidak diganda.

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan,maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak
dianiaya (sedikitpun).

(f) Allah menerangkan dengan jelas kepada manusia bahawa Dia telah menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi dan melebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain untuk menguji mereka pada apa yang dikurniakan kepada mereka. Kepada yang gagal dalam
ujian, Dia adalah سَرِيْعُ العِقَابِ (Maha Segera Menyiksa) dan kepada yang lulus dalam ujian, Dia adalah غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ (Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ 
لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
165. Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

8. Musyrikin Mekah diminta supaya beriman kepada Qur'an yang penuh dengan keberkatan, mereka hendaklah mengikutinya, dengan mengikutinya sahaja mereka akan mendapat rahmat.
(a)
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ 
وَمَنْ حَوْلَهَا ۚ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ وَهُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

92. Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) )yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura"
(Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

(b)
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
155. Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendak,ah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

9. Mereka diseru kepada tauhid (صراط مستقيم)dan al-Qur'an.
(a) Dikatakan kepada orang-orang musyrikin Mekah bahawa Rasulullah s.a.w. benar-benar mengikuti agama Ibrahim, Nabi Ibrahim a.s. dahulu adalah ahli tauhid, dia bukan termasuk di kalangan orang-orang musyrikin.

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ 
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
161. Katakanlah (wahai Muhammad): "sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

(b) Orang-orang musyrikin Mekah diseru supaya mengikuti jalan yang benar, jalan yang lurus yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., itulah jalan tauhid dan satu-satunya jalan keselamatan.

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ 
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
153. Dan bahawa sesunqguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya: dan janganlah kamu menurut  jalan-jalan (yang lain dari Islam)kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

10. Untuk membuktikan adanya tauhid uluhiyah dan tauhid ubudiyah, sifat khaliqiyah dan rububiyah dijadikan sebagai dalil.
(a) Manusia diperintah supaya menyembah خالق
atau penciptanya dan rabbnya. Tiada tuhan yang layak
selainnya.

ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
102. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.

(b) Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mengikut wahyu yang diturunkan kepadanya dan menerima hanya Allah sebagai tuhan yang layak disembah, Baginda juga diperintah supaya berpaling dan tidak menghiraukan orang-orang musyrikin.

اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
106. Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

-detail tentang tauhid dan syirik.

007.Surah Al Araf 

Tertib Surah ke7 
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah 
Tertib turun 3
Bilangan paragraf ada 8.

Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2 penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul(n,h,s,l,s,m)
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa (atau 6 kaum atau 6 umat)
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan supaya beriman kepada rasul terakhir Muhamad saw.

Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2 Ayat 59-64 Seruan Nabi Nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3 Ayat 65-72 seruan Nabi Hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4 Ayat 73-79 seruan Nabi Soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 80-84 seruan Nabi Lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 85-102 seruan Nabi Syuib dan kebinasaan kaum Syuaib
Paragraf 7 Ayat 103-171 kisah Nabi Musa dan Bani Israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.
Ini secara kasar dgn pembahagian paragraf.Yaitu orang menegakan syirik itulah akibatnya.

Zaman turun surah ini.
Surah al araf ini merupakan antara surah terakhir diturunkan ketika rasullah saw berada dimekah yakni seperti surah sebelum ni juga yakni surah al anam.
Ia diturunkan pada peringkat ke4 dan terakhir kehidupan Rasullah saw  disana sekitar tahun antara tahun 11-12-13 kenabian.
Besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas surah al Anam dan beberapa ayat dipermulaan ayat al haj iaitu pada tahun 13 kenabian.
Zaman ia diturunkan zaman dimana perancangan jahat membunuh rasullah saw juga telah bermula.
Jadi kalau ada dlm surah tu , tandanya ada perancangan jahat iaitu orang nak bunuh nabi, itu tanda peringkat ke 4.
(Nabi saw berada di Mekah peringkat ke 4)

Daurah tafsir 2023 sesi 07(7)nota5

Daurah tafsir 2023 sesi 07(7)nota5

007.Surah Al Araf 
Tertib Surah ke7 
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah 
Tertib turun 39
Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2 Ayat 59-64 Seruan nabi nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3 Ayat 65-72 seruan nabi hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4 Ayat 73-79 seruan nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 80-84 seruan nabi Lut dan kebinasaan kaum Lut.
Paragraf 6 Ayat 85-102 seruan nabi Syuib dan kebinasaan kaum syuaib
Paragraf 7 Ayat 103-171kisah Nabi Musa dan Bani Israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.

Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2  penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul.
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa.
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan  supaya beriman  kepada rasul terakhir  Muhamad saw.

Zaman Turun Surah
Surah al-A'raaf juga merupakan antara surah terakhir diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, ia diturunkan pada peringkat ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di sana, sekitar tahun ke-11 hingga 13 Kenabian. Besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas Surah al-An'aam dan beberapa ayat di permulaan Surah al-Hajj iaitu pada tahun ke-I3 Kenabian. Zaman ia diturunkan adalah suatu zaman di mana perancangan jahat membunuh Rasulullah s.a.w. juga telah bermula. Orang-orang kafir Quraisy diancam dengan sejarah kebinasaan umat sebelum mereka. Dinyatakan sebab-sebab kenapa mereka telah dibinasakan, sebab-sebab itu ada juga pada mereka. Di akhir surah ini orang-orang yang beriman diarah supaya bersabar dan beristiqamah.

Beberapa Ciri Khusus Surah al-A'raaf
1. Di dalam ayat ke-34 وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ terdapat kenyataan tentang kebinasaan dan kemusnahan bangsa-bangsa bahawa sebagaimana individu, bangsa-bangsa juga mempunyai tarikh kematian dan kemusnahannya. Apabila sampai waktu itu, tiada lagi peluang untuk mereka menolaknya. (Ayat:34)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

2. Surah ini mengandungi sunnatullah dalam
membinasakan umat manusia dan sunnatullah dalam
menggantikan mereka dengan umat yang lain, di mana Allah setelah memberi peluang kepada bangsa-bangsa untuk beberapa ketika, membinasakannya. Pada ketika itu, orang-orang yang baik diselamatkan, kemudian suatu bangsa dan kaum yang lain pula akan memegang kuasa dan mengambil alih tempat umat sebelumnya.

3. Dari segi susunan ayat, Surah al-A'raaf kelihatan menyerupai Surah Hud. Kedua-dua surah mengandungi 8 paragraf, di antara pendahuluan dan penutupnya terdapat 6 peristiwa kebinasaan beberapa kaum dan umat di samping penggantian mereka dengan kaum dan umat yang lain. Melalui peristiwa-peristiwa itu, manusia difahamkan tentang sunnatullah dalam membinasakan bangsa-bangsa
dan sunnatullah dalam menggantikan mereka dengan bangsa-bangsa yang lain.

berhenti rehat 26/3/23

Pertalian Dan Kesinambungan Di Antara Surah Al-A'Raaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Apa yang tersebut secara umum berkenaan dengan Bani Israil dalam bahagian pendahuluan Surah al-Baqarah, diulangi di dalam Surah al-A'raaf untuk Bani Isma'il pula dalam satu gaya cerita yang baharu.

2. Di dalam Surah al-An'aam disebutkan tentang kebinasaan beberapa kaum secara umum melalui ayat
ke-enamnya, di dalam Surah al-A'raaf ini terdapat perincian tentang kebinasaan enam kaum secara berturut-turut.

3. Di dalam Surah al-Anfaal selepas ini ada hukum tentang jihad. Surah al-A'raaf menjelaskan bagaimana Allah membinasakan bangsa-bangsa dan umat-umat yang jahat secara langsung. Di dalam dua surah selepasnya pula Allah menyatakan bagaimana orang-orang yang jahat itu dibinasakan secara tidak langsung melalui orang-orang Islam.
-azab dari Allah secara langsung
-secara tidak lansung seperti peperangan 

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Penting Surah
1. Kebinasaan dan kemusnahan bangsa-bangsa: Manusia diperingatkan supaya mengambil i'tibar daripada kebinasaan dan kemusnahan bangsa-bangsa dan umat-umat sebelum mereka, Allah telah membinasakan segolongan manusia ketika mereka sedang tidur atau ketika mereka sedang berehat di waktu siang.(Ayat: 4)
Al-A'raf 7:4
وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَٰهَا فَجَآءَهَا بَأْسُنَا بَيَٰتًا أَوْ هُمْ قَآئِلُونَ 
Betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan, siksaan Kami datang (menimpa penduduk)nya pada malam hari, atau pada saat mereka beristirahat pada siang hari.

Surah ini mengemukakan kisah kebinasaan enam kaum, ia menyebutkan juga jenayah-jenayah yang dilakukan mereka, cara mereka dibinasakan juga dijelaskan.
(a) Kebinasaan Kaum Nuh: kebinasaan kaum Nuh telah berlaku kira-kira 3,500 tahun sebelum Masihi kerana kesalahan mendustakan Nabi Nuh, kaumnya telah ditenggelamkan. (Ayat 64)
Al-A'raf 7:64
فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَيْنَٰهُ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥ فِى ٱلْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَوْمًا عَمِينَ 
Maka mereka mendustakannya (Nuh). Lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam kapal. Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).

(b) Kebinasaan Kaum Hud (Kaum 'Aad): Kebinasaan kaum 'Aad telah berlaku kira-kira 3,000 tahun sebelum Masihi kerana mendustakan Rasul yang diutuskan kepada mereka, kaum 'Aad telah dibinasakan dengan angin yang kencang? orang-orang yang beriman kepadanya pula diselamatkan.
Al-A'raf 7:72
فَأَنجَيْنَٰهُ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَاۖ وَمَا كَانُوا۟ مُؤْمِنِينَ 
Maka Kami selamatkan dia (Hud) dan orang-orang yang bersamanya dengan rahmat Kami dan Kami musnahkan sampai ke akar-akarnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Mereka bukanlah orang-orang beriman.

(c)Kebinasaan Kaum Shaleh (Kaum Tsamud): Kaum Tsamud telah dibinasakan kira-kira 2,500 tahun sebelum Masihi, mereka dibinasakan kerana mendustakan Nabi Shaleh yang diutuskan kepada mereka dengan gempa bumi yang kuat. (Ayat: 78)

Al-A'raf 7:78
فَأَخَذَتْهُمُ ٱلرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا۟ فِى دَارِهِمْ جَٰثِمِينَ 
Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam keruntuhan rumah mereka.

(d)Kaum Luth: Kaum Luth dibinasakan pada kira-kira 2,100 tahun sebelum Masihi kerana mendustakan seruan Nabi Luth, kaumnya telah dihujani dengan hujan batu dan api. (Ayat: 84)

Al-A'raf 7:84 وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًاۖ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُجْرِمِينَ 
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat dosa itu.


(e) Kebinasaan Kaum Syu'aib: ia telah berlaku kira-kira 1,400 tahun sebelum Masihi kerana mendustakan Nabi Syu'aib, kaumnya juga telah dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat.(Ayat:91)

Al-A'raf 7:91 فَأَخَذَتْهُمُ ٱلرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا۟ فِى دَارِهِمْ جَٰثِمِينَ 
Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam reruntuhan rumah mereka.

(f) Kebinasaan Fir'aun Dan Pengikut-Pengikutnya Di Zaman Nabi Musa: Ia berlaku kira-kira 1,300 tahun sebelum Masihi kgrana mendustakan seruan Musa, Fir'aun dan pengikut- pengikutnya telah ditenggelamkan di dalam laut Qulzum. (Ayat 136)

Al-A'raf 7:136
فَٱنتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَٰهُمْ فِى ٱلْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُوا۟ عَنْهَا غَٰفِلِينَ 
Maka Kami hukum sebagian di antara mereka, lalu Kami tenggelamkan mereka di laut karena mereka telah mendustakan ayat-ayat Kami dan melalaikan ayat-ayat Kami.


2. Kisah Adam dan Iblis disebutkan secara terperinci di dalam surah ini:
(a) Iblis enggan bersujud kepada Adam لَمْ يَكُن مِّنَ السَّجِدِينَ
(b) Iblis beranggapan dia lebih baik daripada Adam kerana Adam dijadikan daripada tanah sedangkan dia dijadikan daripada api. Sikap takabbur yang ada padanya itulah yang
membinasakannya. (Ayat: 12)أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ 

Al-A'raf 7:12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ 
(Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

(c) Surah ini menjelaskan bagaimana cara Iblis menipu daya manusia, tipu dayanya mendorong manusia bertelanjang dan membuang sifat malu yang ada di dalam dirinya. (Ayat:20)

Al-A'raf 7:20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ لِيُبْدِىَ لَهُمَا مَا وُۥرِىَ عَنْهُمَا مِن سَوْءَٰتِهِمَا   وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ ٱلْخَٰلِدِينَ 
Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup.

Dan (setan) berkata, “Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam surga).”

(d) Iblis telah menipu Adam dan Hawwa' dengan mengatakan sebabnya kamu berdua dilarang daripada mendekati pokok itu tidak kerana lain melainkan takut kamu berdua menjadi malaikat atau mendapat kehidupan yang abadi. (Ayat:20)

(e) Iblis sebelum menipu, telah bersumpah dengan bersungguh-sungguh dan menyatakan dirinya tidak lebih daripada penasihat yang mahukan kebaikan Adam dan Hawwa' . (Ayat:21)

Al-A'raf 7:21 وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّٰصِحِينَ 
Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu,”

(f) Dengan menceritakan kisah Adam dan Hawwa' itu kepada anak cucunya, Allah mahu mengingatkan mereka tentang tipu daya Iblis. Mereka jangan sekali-kali terpedaya dengannya kerana ia adalah musuh. Iblis mendorong manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak
bermaruah dan keji. Iblis dan puak-puaknya dapat melihat manusia sedangkan manusia pula tidak nampak mereka. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak beriman sebagai kawan Iblis.(Ayat:27)

Al-A'raf 7:27
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ كَمَآ أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ ٱلْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَٰتِهِمَآۗ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْۗ إِنَّا جَعَلْنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوْلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ 
Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia (setan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

-sifat malu
-kejayaan syaitan dengan mendorong supaya telanjang.
-syurga mana?boleh telanjang dan boleh ditipu.
-byk bukti manusia dari syurga.


3. Di dalam Surah al-A'raaf juga disebutkan bagaimana pemimpin-pemimpin bangsa-bangsa yang sombong dibinasakan:
(a) Pemimpin-pemimpin yang mendustakan ayat-ayat Allah dan menolaknya dengan sombong diberi peringatan yang jelas bahawa mereka sekali-kali tidak akan dapat masuk syurga. (Ayat:40)

Al-A'raf 7:40
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱسْتَكْبَرُوا۟ عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَٰبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدْخُلُونَ ٱلْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلْجَمَلُ فِى سَمِّ ٱلْخِيَاطِۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk surga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat.

(b) Pemimpin-pemimpin kaum Tsamud juga kafir dan sombong, mereka menganiayai dan memeras orang-orang bawahan, masyarakat bawahan walaupun mereka ditekan dan lemah mereka tetap beriman kepada Nabi Shaleh. (Ayat 75)
Al-A'raf 7:75
قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لِلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ لِمَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَٰلِحًا مُّرْسَلٌ مِّن رَّبِّهِۦۚ قَالُوٓا۟ إِنَّا بِمَآ أُرْسِلَ بِهِۦ مُؤْمِنُونَ 
Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah, yaitu orang-orang yang telah beriman di antara kaumnya, “Tahukah kamu bahwa Shalih adalah seorang rasul dari Tuhannya?” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami percaya kepada apa yang disampaikannya.”

-al malad =pemimpin

(c) Pemimpin-pemimpin kaum Syu'aib yang kafir juga sombong, mereka mengugut Nabi Syu'aib dan pengikut-pengikutnya yang beriman dengan ancaman buang negeri. Ancaman yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin kaum kepada Nabi Syu'aib dan pengikut-pengikutnya yang beriman ialah sama ada kamu tinggalkan negeri ini atau kamu kembali semula kepada agama kafir yang asal. (Ayat: 88)

Al-A'raf 7:88
قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لَنُخْرِجَنَّكَ يَٰشُعَيْبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَآ أَوْ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَٰرِهِينَ 
Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri dari kaum Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Pasti kami usir engkau bersama orang-orang yang beriman dari negeri kami, kecuali engkau kembali kepada agama kami.”
Nabi Syu'aib mengadu tentang ketiadaan kebebasan hak beragama, baginda bertanya: "Apakah kamu akan memaksa kami memilih agama syirik dan karut walaupun kami tidak menyukainya?"
(Ayat:88)


4. Melalui Surah al-A'raaf dapat diketahui dengan terang bahawa sekalian nabi-nabi mula-mula sekali menyeru manusia supaya bertauhid, beribadat kepada Allah dan tidak beribadat kepada selainnya.
(a)Nabi Nuh telah menyeru kaumnya kepada tauhid.
(Ayat 59)
Al-A'raf 7:59
لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓ 
Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

(b) Nabi Hud telah menyeru kaumnya kepada tauhid.
(Ayat: 65)
Al-A'raf 7:65
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۚ 
Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) Hud, saudara mereka. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

-ini sebutمِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۚ 

(c) Nabi Shaleh telah menyeru kaumnya, kaum Tsamud kepada tauhid. (Ayat:73)
Al-A'raf 7:73
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 
Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shalih. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

(d) Nabi Syu'aib juga telah menyeru kaumnya, penduduk Madyan kepada tauhid. (Ayat: 85)
Al-A'raf 7:85
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 
Dan kepada penduduk Madyan, Kami (utus) Syuaib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 
 
5. Untuk beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. manusia perlu berfikir tentang kebenarannya melalui sejarah kehidupan dan ajarannya.
(a) Antara bukti kebenaran kerasulan Muhammad berdasarkan sejarah dan dalil naqli ialah Baginda telah disebutkan di dalam kitab Taurat dan Injil. (Ayat: 157)
Al-A'raf 7:157
ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ 
(Yaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi (tidak bisa baca tulis) yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka,  menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang-orang beruntung.

(b) Bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. juga dapat dilihat melalui sejarah hidup dan ajaran-ajarannya yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia daripada melakukan kejahatan. Benda-benda yang baik dihalalkan dan benda-benda yang kotor pula
diharamkan. Baginda memperjuangkan keadilan masyarakat dan ekonomi. Baginda juga menghilangkan beban aqidah-aqidah yang salah, khurafat dan tahyul. Dengan berada di atas landasan tauhid yang bersih dan murni, Baginda mengajak orang ramai juga supaya berada dilandasan itu. Baginda mahu membebaskan manusia daripada syirik, bid'ah, eksploitasi, kezaliman dan kekejaman di antara manusia (الأغلال) (Ayat 157)

Al-A'raf 7:157
يَأْمُرُهُم بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَىٰهُمْ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَٱلْأَغْلَٰلَ ٱلَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْۚ 
 yang menyuruh mereka berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka, dan membebaskan beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.



(c) Hanya orang yang beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada cahaya (al-Qur'an) yang diturunkan kepada Baginda sahaja yang akan berjaya. (Ayat: 157)

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓۙ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang-orang beruntung.

(d) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya membuat perisytiharan secara terbuka tentang risalah Baginda untuk sekalian alam. Baginda adalah utusan tuhan yang menguasai langit dan bumi dan menguasai hidup dan mati manusia, semua manusia termasuk Bani Isma'il dan Bani Israil diseru supaya beriman kepada nabi ummi(Nabi Muhammad s.a.w.). (Ayat 158)

Al-A'raf 7:158
قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ ٱلْأُمِّىِّ

Katakanlah (Muhammad), “Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini utusan Allah bagi kamu semua, Yang memiliki kerajaan langit dan bumi; tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, 


habis disini 26/3/23
90