Khamis, Julai 28, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 1)


Muka 1
FIQH IMAM BUKHARI dalam kitab sahihnya.
Maulana Asri Yusuf.

Muqaddimah.
Imam Bukhari telah mewariskan lebih 20 kitab kepada generasi dibelakangnya. Tetapi yg mashyur dan merupakan karya agung ialahاجامع الصحيح المسند من رسول الله صلي الله عليه وسلم وسننه وايامه.
Kitab ini lebih dikenali  dgn nama ringkas Jami:/Sahih AlBukhari. Ia selain memuatkan fikh Bukhari dlm erti yg umum, memuatkan juga fiqhnya dlm.erti khusus.
Jika dilihat kepada fiqhnya yg umum anda akan mendapati Imam Bukhari sebagai seorang alim yg luar biasa kealimannya dan kedalaman fahamannya dalam pelbagai aspek  ilmu islam. Ini kerana  kitab Sahih Al-bukhari merupakan kitab Jami' yg sekurang2nya mengandungi 8bab besar
1.Aqidah
2.Hukum-hakam
3.Fitan.
4.Adab
5.Sirah dan sejarah
6.Riqaq
7.Tafsir.
8.Manaqib.
Dengan menyusun kitab istimewa ini dalam  bentuk kitab Jami', Imam Bukhari sebenarnya mahu mengemukakan satu panduan ugama yg lengkap berpandukan hadis2 rasullah saw yg diperakui tinggi tahap kesahihanya. Beliau sama sekali tidak bermaksud mengumpulkan hadis2 yg tinggi tahap kesahihannya semata2 malah melalui bab2 dab tajuk2 ciptaanya beliau bermaksud mengajarkan method istimbath disamping istikhraj masa'ik dan nukat dari hadis2 tersebut. Selain itu beliau juga mahu ijtihatnya dalam memahami hadis2 ahkam rasullah saw terakam dalam sebuah kitab yg berasaskan hadis2 nabawiyah.

Muka 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan