Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 5)..

Pengenalan (usul tafsir alquran )mmay 10feb16

Usul ke 6
Usul ke6 ialah menyatakan pendpat setelah meneliti,merenung dan mengkaji alquran berpandukan usul2 yg tersebut diatas.
Allah mengurniakan aqal kepada manusia .alquran pula mengesa manusia menggunakan aqal.
Maka seorang ahli tafsir hendaklah  sentiasa menggunakan aqal terhadap alquran.
Dgn menggunakan aqal dlm kajian,wujudlah kefahaman yg mendalam tentang agama .
Lihat lah bgmn doa rasullah saw untuk ibnu abbas,seorang yg kemudian terbilang sebagai tokoh utama dalam tafsir .
Bukankah baginda mendoakan agar beliau mendapat kefahaman yg mendalam tentang agama dan agar diajar allah kepadanya ilmu tafsir alquran?
Begini doanya ya allah ,kurniakan  kepadanya (ibnu abbas)kefahaman yg mendalam tentang agama dan ajarkanlah dia ilmu tafsir alquran.
(Hadis riwayat ibnu abi syaibah)

Ali pernah berkata tidak ada apa2 ilmu khusus atau rahsia  pada kami ,selain kefahaman tentang alquran yg allah kurniakan kepada sesaorang(atsar riwayat albukhari)

Kata2 ali ini selain menolak dakwaan golongan bathiniah, menonjolkan juga betapa istimewanya kefahaman hasil kajian terhadap alquran dgn menggunakan aqal fikiran.

Kefahaman  dan pemahaman al quran secara mendalam itulah sebenarnya yg dikatakan tafsir alquran menggunakan fikiran

Peringatan
Perlu sekali difahami dgn baik pengertian mentafsirkan alquran dgn menggunakan fikiran.
Sesetengah orang mengharamkan semua bentuk tafsir yg menggunakan aqal fikiran.
Sesetengah yg lain pula mengambil kesempatan daripadanya dan bertindak menafsirkan alquran dgn sewenang2nya  dan sesuka hati.
Imam Ibnu taimiyah didlm muqaddimah usul tafsir nya telah menulis beberapa panduan penting berhubung dgn  perkara ini .
Penulis  akan menyaringnya menggunakan bahasa yg mudah dan ringkas.

Kata beliau :Tafsir menggunakan fikiran terbahagi  kepada 2
a)Tafsir menggunakan fikiran yg terpuji.
b)Tafsir menggunakan fikiran yg tercela.

Tafsir menggunakan  fikiran yg terpuji ialah mentafsirkan sesuatu ayat alquran secara sepadu.
Dengan cara mengemukakan ayat2 lain yg ada kaitan dgnnya,mengemukakan hadis2 sahih yg membantu penafsiran nya disamping membatalkan hadis2 doif dan mauduk yg dikaitkan denganya ,menyebut ijma' sahabat jika ada ,membawa beberapa pendapat mereka dan mentarjihkan mana yg rajih daripadanya ,menyatakan pendapat tabiin yg boleh dan tidak boleh dijadikan dalil,membincangkanya berdasarkan kaedah bahasa arab secara tuntas,lalu mengemukakan pendapat atau kesimpulan dan keputusan berlandaskan dalil2  yg kukuh dan teguh.
Mentafsirkan alquran dengan cara seperti itulah yg dikatakan tafsir menggunakan fikiran yg terpuji .Tafsir seperti ini memang terpuji dan menjamin kedudukan yg tinggi disisi allah

Tafsir menggunakan fikiran yg tercela pula ialah tafsir dgn menggunakan fikiran semata2  tanpa menghiraukan segala usul yg telah disebutkan sebelum ini.
Orang yg mentafsirkan alquran menggunakan fikiran tercela akan mencari dalil2 atau sokongan2 daripada alquran untuk menyokong dan menguatkan sesuatu kefahaman yg telah sedia ada padanya.
Dia mengutamakan aqalnya dan menolak hadis2 yg bercanggah dgnnya.Dia tidak percayakan mukjizat .Dia bahkan selalu sj menyalahi qaedah2 bhasa arab  yg disepakati ahli2 bahasa.
Penafsir seperti ini bukan sekadar tercela malah akan diseksa allah diakhirat nanti.

Ini kerana dia bukan shj menyesatkan dirinya ,malah menyebabkan orang2 lain juga sesat .Semoga allah melindungi  kita semua daripada perbuatan begini.

Menurut ibnu taimiyah ra perbuatan mentafsirkan alquran dgn menggunakan aqal semata2 adalah haram.

Setelah menukilkan sekian byk kata2 sahabat dan tabiin tentang tafsir menggunakan fikiran yg terpuji ,beliau berkata tidak salah mentafsirkan alquran menggunakan fikiran yg terpuji itu.

Mana ada ahli tafsir didunia ini langsung tidak menggunakan fikirannya,kemudian menyatakan pendapat  ketika menafsirkan ?
Kata beliau lagi,bermaksud ,adapun orang yg mahir dlm bahasa arab dan alim tentang syariat ,maka tidak mengapa ia mentafsirkan al quran menurut pendapatnya.Para ulama salaf akan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu ayat alquran ,jika mereka mereka mempunyai pengetahuan tentangnya.
Dalam keadaan mereka tidak mempunyai pengetahuan pula ,mereka akan mendiamkan diri shj.
Mendiamkan diri dlm keadaan anda mempunyai anda mempunyai pengetahuan tentang alquran adalah satu dosa besar.Ia termasuk dalam menyembunyi agama allah.
Seorang ahli tafsir,biar bgmn hebat dan ikhlas sekalipun ,tetap mungkin melakukan kesilapan.
Kerana ia tetap seorang manusia.
Ia hanya seorang umat ,bukan nabi atau rasul yg maksum.
Bagaimana pun ada perbezaan diantara kesilapan yg berlaku pada seorang  ahli assunnah yg ikhlasdan pentafsir  dari kalangan ahli bidah.
Pentafsir dari kalangan ahli sunnah yg ikhlas dan menggunakan qaedah2 usul tafsir dgn sebaik2nya diampunkan jika tersalah dlm petafsiranya.
Sedangkan pentafsiran dari kalangan ahli bid'ah tetap dikira bersalah ,meskipun benar dlm pentafsiranya.
Ini kerana kebenaran dan ketepatan tafsirannya hanyalah satu kebetulan semata2.

Perincian yg tidak berfaedah dalam tafsir.
Seorang pelajar tafsir hendaklah mengetahui bhw didlm sesetengah tafsir yg menjadi rujukan umat sekian byk cerita yg dikaitkan dgn sesuatu firman allah swt.
Pada hal ia langsung tidak berasas dan tidak berfaedah.
Oleh itu apabila mentafsirkan alquran ,anda hendaklah berpada dgn riwayat2 yg sahih meskipun ia tidak terperinci .
Sibuk mencari maklumat tentang berapakah panjang dan lebar bahtera nabi nuhas adalah sesuatu yg sia2 dan tidak berfaedah.
Berapa sebenarnya bilangan ashab al-kahfi juga sesuatu yg tidak perlu.
Kalau ia betul2 diperlukan ,tentu allah dan rasulnya telah memberitahunya..
Apa yg perlu ditekan sebenarnya ialah tentang maksud alquran mengemukakan sesuatu cerita.
Kenapa misalnya allah telah memerintahkan nabi nuh supaya membuat bahtera.
Kenapa ashab al-kahfi terpaksa berlindung didlm gua tempat persembunyian mereka.
Apakah perkara yg mendorong mereka lari ke gua ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan