Khamis, Julai 28, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 2)

Muka 2
Kerana itu tepat sekali kata2 seorang muhaddits terkenal dari Pakistan, pengasas Jami'atul Uloom Al-Islamiyyah Karaci iaitu Al-Allamah Maulana Muhamad Yusuf Al-Banuri bahawa:
ان البخاري اراد ان يصنف كتابا في الدين قبل ان يصنف كتابا في الحديث
Sebenarnya Imam Bukhari bermaksud menulis sebuah kitab tentang agama lebih daripada maksudnya menulis sebuah kitab hadis.
Kebenaran kata2 Maulana Muhamad Yusuf Al-Banuri itu dapat disaksikan sendiri oleh sesiapa sahaja yg mempelajari Sahih Al-Bukhari daripada guru yg mursyid atau membacanya dgn berpandukan syarah2nya yg mu'tabar.
Dalam kesempatan yg terhad ini penulis akan cuba mengemukakan sekelumit fiqh Al-Bukhari dalam kedua2 bentuk.
1.1.Fiqh Bukhari dalam erti yg umum.
1.1.Fiqh dalam erti yg umum bermaksud kedalaman fahaman tentang agama dan ini dapat difahami daripada
1.1.1Firman Allah berikut.
ومل كا المؤمنون لينفيروا كافة فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون
Bermaksud Dan tidaklah (betul dan eluk) orang2 yg beriman keluar semuanya (pergi berperang) oleh itu, keluar sebahagian shj dari tiap2 puak diantara mereka supaya orang2 (yang tinggal) mempelajari secara mendalam tentang agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yg keluar berjuang) apabila orang2 itu kembali kepada mereka, mudah2an mereka dapat berjaga2 dari melakukan larangan allah.
At-taubah 122

Muka 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan