Khamis, Julai 28, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 3)

Muka 3
1.1.2 Sabda Nabi saw berikut.
من يردالله به خيرا يفقهه في الدين
Bermaksud:Sesiapa yg Allah mahukan kebaikan istimewa untuknya niscaya Dia memberikan kepadanya faham yg mendalam tentang agama. (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Muattha'Malik.,Tarmizi,Nasai,Ibnu Malah dll)
1.1.3 Fiqh Bukhari dalam erti yg umum itu sesungguhnya dapat dikesan pada penyusunan dan persembahan bab2 dan tajuk2 serta hadis2 didlm Kitab Sahibnya sendiri.. Dan ini dapat dilihat umpamanya pada poin2 berikut:
1.1.3.1 Kesesuaian dan kesinambungan diantara satu kitab dgn kitab yg lain dari awal Kitab Sahih Bukhari hingga akhirnya.
1.1.3.2 Kesesuaian dan kesinambungan diantara satu bab dgn satu bab yg lain dibawah setiap kitab dari awal Kitab Sahih Bukhari hingga akhirnya.
1.1.3.4 Penggunaan Shighah Tamridh didalam Tarjamatil Bab untuk menunjukan kedhaifan sesuatu riwayat atau riwayat itu adalah riwayat bil ma'na bukan riwayat bil lafzhi atau boleh jadi juga beliau maksudkan menyatakan bahawa riwayat itu adalah riwayat mukhtasarah.Bagaimanapun pada kebiasaanya penggunaan Shighah Tamridh oleh Iman Bukhari menunjukan riwayat yg tersebut selepas itu adalah dhaif.
1.1.3.4. Penggunaan وذكرلي, قال فلان, قال لنا, وذلرلنا menunjukan bahawa riwayat yg tersebut itu diambilnya secara muzakarah, 'ardh atau munawalah bukan secara tahdits atau sama'.
1.1.3.5 Apabila Imam Bukhari mengemukakan pendapat atau ijtihat sesaorang sahabat atau tabiin didalam sesuatu tajuk yg dibincangnya maka itu bererti beliau memilih dan mentarjih pendapat sahabat atau tabiin tersebut

Muka 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan