Muka 4
Dengan kata lain disimpulkan bahawa pendapat dan ijtihad Imam Bukhari juga sama seperti pendapat dan ijtihad sahabat dan tabiin tersebut.
1.1.3.6 Apabila terdapat terdapat didlm sesuatu hadis perkataan yg ganjil(غريب) yg mungkin tidak difahami dgn mudah oleh orang ramai tetapi perkataan itu sendiri atau pecahan perkataan itu terdapat dlm alquran, maka Imam Bukhari biasanya akan mengemukakan pendapat ahli tafsir tentangnya bersama2 dgn maknanya. Tetapi beliau sering kali mengemukakan perkataan berkenaan daripada ayat al-quran dgn amat ringkas sehingga tidak terlintas dihati para pembaca yg tidak menghafal al-quran. Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa perkataan yg tersebut didlm hadis bukan ganjil dgn erti lemah dari sudut bahasa arab kerana ia juga digunakan oleh allah didlm al-quran.
1.1.3.7 Seringkali juga Imam Bukhari hanya mengemukakan satu2 perkataan sahaja daripada ayat al-quran disamping tafsirannya apabila ada pertaliannya dengan sesuatu bab dikemukakan beliau. Tujuannya ialah untuk mengemukakan seberapa byk ayat al-quran dgn seringkas mungkin keterangan dlm.konteks bab yg dikemukakan itu.
1.1.1.8 Dipermulaan setiap kitab berkenaan dengan hukum hakam Imam Bukhari akan sentiasa mengemukakan sesuatu perkataan yg menunjukan tarikh permulaan sesuatu hukum disyariatkan.
1.1.1.9 Diakhir setiap kitab didalam Sahihnya, Imam Bukhari akan mengisyaratkan kepada tamatnya atau berakhirnya kitab itu dengan sesuatu hadis atau sekurang2nya satu perkataan daripada hadis tertentu yg sekali gus mengisyaratkan kepada kesudahan hidup manusia iaitu mati. Maksud Imam Bukhari ialah mengingatkan dirinya sendiri atau orang lain bahawa setiap perkara yg ada permulaanya pasti ada kesudahanya dan bg manusia kesudahan hidupnya ialah kematian. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan berbekal untuk akhirat semasa hidup didunia ini.
Muka 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan