Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 1)


Sesi 1

RINGKASAN 20 USUL TAFSIR AL-QURAN (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

1. Tafsir Al-Qur’an dengan Al-Quran

2. Tafsir Al-Qur’an dengan Hadits-hadits Sahih

3. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Sahabat

4. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Tabi’in

5. Tafsir Al-Qur’an Berdasarkan Pendapat-Pendapat Yang Bersesuaian Dengan Qaedah-Qaedah Bahasa ‘Arab

6. Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Fikiran

7. Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas

8. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat

9. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Yang Ada

10. Mengetahui Struktur Makro (Topik Umum) Setiap Surah

11. Mengetahui Tajuk Perbincangan Khusus Setiap Surah

12. Mengetahui Struktur Mikro Dalam Setiap Ayat Al-Qur’an

13. Mengetahui Kata Kunci Di Dalam Setiap Surah

14. Mengetahui Kesinambungan Antara Dalil Dan Madlul Dalam Sumpah-Sumpah

15. Mengelak Diri Daripada Menta’wilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat

16. Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa-Apa Yang Bersesuaian Dengannya

17. Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat-Ayat Yang Dimansukhkan

18. Mengelak Diri Daripada Tafsir Golongan-Golongan Yang Sesat

19. Mengelak Diri Daripada Riwayat-Riwayat Israiliyat Dalam Penafsiran Al-Qur’an

20. Bercermat Dalam Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Sains Moden

PERINCIAN:

1. TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

Usul pertama yang perlu dipakai dalam mentafsir al-Qur’an untuk mendapat kefahaman yang betul dan selamat ialah mentafsir al-Qur’an sendiri.
Antara sebab kenapa usul ini perlu dipakai ialah kerana : (a) Orang yang bercakap lebih mengetahui tentang apa yang dikehendakinya dengan percakapannya. Dialah yang orang paling patut diutamakan untuk anda mengetahui maksud percakapannya.
(b) Al-Qur’an kadang-kadang menyebutkan sesuatu secara ijmal. Kadang-kadang pula secara tafshil.
(c) Tidak ada sebarang pertentangan di dalam al-Qur’an, sama ada antara perkataan-perkataannya atau antara ayat-ayatnya. Al-Quran ialah kalam Allah. Ia membenar dan menguatkan satu sama lain. Ia juga mentafsir, menghurai dan menjelaskan satu sama lain.
Ribuan contoh terdapat di dalam al-Qur’an.
Sebagai panduan ambil saja dua daripadanya;
(a) Di dalam ad-Dukhan ayat 3,
Allah menceritakn bahawa Dia menurunkan al-Qu’ran pada satu malam yang diberkati.
Apakah malam itu? Ia ialah malam Qadar.
(lihat ayat 1 Surah al-Qadr).
Malam Qadr itu terletak dalam bulan apa pula? Jawabnya di bulan Ramadhan.
(lihat ayat 185, Surah al-Baqarah).
(b) Al-Qur’an beberapa kali menyebutkan manusia akan mendapat balasan dan ganjaran bagi segala usahanya. Kalau dia mahu dunia, dia akan mendapat dunia. Kalau dia mahu akhirat, dia juga akan mendapatnya. Orang-orang Islam diajar supaya meminta dunia dan akhirat, kedua-dua sekali. Sesiapa yang mencari dan meminta dunia sahaja, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Pada Allah ada dunia dan akhirat.
Untuk mendapat apa-apa, sama ada di dunia atau akhirat, perlu ada usaha.
Al-Qur’an menggunakan perkataan untuk usaha pencarian dunia dan akhirat.
Perkataan ‘al-Harts’ baru dapat difahami dengan betul dan lengkap maksudnya apabila anda mengaitkannya juga dengan ayat 223 di dalam Surah al-Baqarah,
ayat 134 di dalam Surah an-Nisaa’
dan ayat 20 di dalam Surah as-Syura

🍄🍄
Tafsir alquran asas-sesi 1
👉Pengenalan usul tafsir alquran 13 jan 2016

(👉kaedah ulum quran
👉Tafsir secara keseluruhan)

Apakah butir/maksud/gambaran kasar ajaran quran bg setiap surah?
Jaga 20perkara
1.quran ditafsir dgn quran.
-pensyarah uni madinah
-murid muhamad abduh dimesir
-dipakistan
2.tafsir quran dgn hadis2 sahih
3.tafsir dgn pendapat sahabat
4.tafsir dgn pendapat tabiin
5.pendapat yg sesuai kaedah bhs arab.
6.tafsir dgn pendapat.
7.tafsir Dgn berdasarkan ayat sebelum dan selepas.
8.berdasarkan tertib turun ayat
Maklum ayat yg mula turun ikraq,juzuk 30
Ini satu kaedah.
9.berdasar tertib mashuf yg ada.
Ikut peristiwa yg turun dulu.??
Turun dimadinah.
Kaitan awal dan akhir
10.mengetahui struktur/gambaran umum/kasar.
11.mengetahui perbincangan khusus setiap surah
12.mengetahui struktur ayat.hub ayat dgn ayat
13.sumpah dan dalil
14
15.mengelak dr takwil mutasyabihat
16.tafsir sebab turun ayat
17.mengetahui ayat2 yg menasakhkan dan ayat2 yg dimansukhkan menurut ahli2 tafsir mutaqqdimin dan mutakkhirin
18.
19.mengelakan diri dari israiliat ,dhoif dan mauduk.
Tafsir tabari jamiul bayan,byk israiliat
Nabi ayub sakit kulit.
Nabi daud yg tengok berkenan dgn perempuan yg mandi telanjang yg suaminya tentera yg pergi berperang.anak dgn perempuan tu adalah nabi sulaiman
Tafsir yg ada israliat dan tidak buat komen
20.bercermat menggunakan sains moden kecuali sains itu telah sahkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan