Ni
RINGKASAN 20 USUL TAFSIR AL-QURAN
USUL ke 2 - TAFSIR AL-QURAN DENGAN HADITH-HADITH SAHIH
Usul kedua ialah mentafsir al-Qur’an dengan hadits-hadits sahih.
Tafsir al-Qur’an dengan hadits-hadits sahih bererti mentafsirnya dengan wahyu.
Dalam usaha memahami dan memahamkan al-Qur’an ia merupakan sumber kedua dari langit. Hadits-hadits Rasulullah s.a.w sama ada berupa ucapan, perbuatan atau pengesahan Baginda yang sampai kepada kita menerusi rantaian (sanad) perawi-perawi yang dipercayai dan boleh dijadikan hujah di sisi para ulama hadits merupakan saluran kedua yang harus diikuti dan dijadikan pegangan dalam pemahaman al-Qur’an.
Ini kerana ia juga merupakan sumber mu’tabar kepada umat.
Menurut Ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah, tafsiran al-Qur’an yang bercanggah dengan hadits-hadits yang sahih dan tidak mansukh adalah satu bentuk tahrif (penyelewengan ma’na) al-Qur’an. Tafsir al-Qur’an dengan hadits-hadits yang sahih juga perlu kerana beberapa sebab berikut :
(a) Salah satu peranan dan kerja Nabi s.a.w ialah mentafsir al-Qur’an dengan menghurai dan menerangkan maksud-maksudnya.
Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam Surah an-Nahl, yang bermaksud:
“ (Kami Utuskan Rasul-Rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Qur’an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya (an-Nahl:44).
(b) Allah memerintahkan Nabinya Muhamad s.a.w. supaya memutuskan perkara dan menghukum antara manusia dengan berpandukan al-Qur’an.
Allah berfirman, bermaksud: “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat”. (an-Nisaa’) 105).
(c) Al-Qur’an sampai kepada kita (umat) menerusi Nabi s.a.w.
(d) Banyak sekali perintah Allah di dalam al-Qur’an diberikan secara ijmal (umum).
Hadits-hadits Rasulullahlah yang mentafshilkannya (memperincikannya). Seperti perintah bersembahyang, memberi zakat, memotong tangan pencuri dan lain-lain.
Satu perkara perlu sekali diingat apabila anda mentafsir al-Qur’an, iaitu anda mestilah mengelak diri daripada menggunakan hadits-hadits dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Hadits-hadits tentang kelebihan setiap surah al-Qur’an yang dikemukakan di dalam kitab-kitab tafsir seperti ats-Tsa’labi, al-Waahidi, az-Zamakhsyari, al-Baidhaawi dan lain-lain, kebanyakannya adalah maudhu’.
Untuk panduan, di bawah ini dikemukakan dua contoh mentafsirkan al-Qur’an dengan hadits-hadits sahih:
(a) Perkataan “zalim” biasanya memberi erti kezaliman atau ketidakadilan. Tetapi di dalam al-Qur’an ia dipakai juga dengan erti yang lain. Daripada hadits al-Bukhari ke 32 misalnya, diketahui perkataan yang tersebut di dalam firman Allah s.w.t di dalam Surah al-An’aam yang akan dikemukakan nanti adalah dengan ma’na syirik atau kesyirikan.
Allah berfirman, bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-An’aam:82).
Rasulullah s.a.w. sendiri mentafsirkan perkataan yang tersebut di dalam firman Allah ini dengan ma’na syirik, dan ia difahami Baginda s.a.w. daripada firman Allah di dalam Surah Luqman berikut, bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik (mempersekutukan Allah) itu adalah satu kezaliman yang besar”.
(Luqman:13).
(b) Berdasarkan hadits sahih, rangkai kata yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah al-Hijr di bawah ini : Bermaksud,
“Dan sesungguhnya kami telah memberi kepadamu (wahai Muhamad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur’an yang agung (amat besar kemuliaan dan faedahnya)
(al-Hijr:87), adalah Surah al-Fatihah. Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Ummul Qur’anlah (yang dimaksudkan dengan) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur’an yang agung (yang dimaksudkan di dalam ayat al-Hijr:87) itu. (Sahih al-Bukhari, bab firman Allah……). Demikianlah dua contoh tafsir al-Qur’an dengan hadits yang sahih.
👚👚
Tafsir alquran asas -sesi 2-Pengenalan (usul tafsir al-quran)maulana asri -20 jan 16
-Tafsir quran dgn quran. menafsirnya dgn wahyu.
Usul yg ke 2,tafsir quran dgn hadis2 sahih iaitu tafsir dgn wahyu juga iaitu hadis.sebab nabi yg dia cakap adalah wahyu dan ini tuhan dah bg tau.
Dgn tajwid satu dr memahami quran secara kasar.
Contoh,sekurangnya kita tahu ini gapo misalnya ini masjid,ini rumah,ini pejabat. tahu dari mn? dgn adanya sofa ,katil ,atau apa2 pengenalan.
setiap orang akan boleh faham dgn cara ini
Jadi untuk pilih tafsir mn yg eluk boleh guna usul ini.
Ucapan ,perbuatan,pengesahan
Sahabat sendiri ada tanya nabi maksud perkataan alquran walaupun depa berbahasa arab.
Persoalan , kenapa kata quran tu sudah terang dan jelas?
Tapi kenapa mesti reti bahasa quran?
Kita perlu bahasa arab kita perlulah hadis gitulah.
Nak faham quran .
Kalu hadis bercanggah quran satu penyelewngan terhadap quran
Contoh ngadap 17 bulan ko baitulmaqdis sahih tapi sudah mansuh.dah habis cerita.
A.peranan /kerja nabi adalah menafsirkan quran dgn menerangkan maksud2nya
Kami utus rasul membawa keterangan yg jelas supaya menerangkan kepada umat manusia .dan supaya manusia berfikir.
Ini tugas nabi.sebab tu la tafsir quran dgn hadis
B.memerintahkan nabi supaya menghukum manusia dgn quran.
Firman allah Kami menurunkan kepada mu kitab dgn membawa kebenaran supaya engkkau menghukum manusia melalui apa yg telah allah tunjukkan perlaksaaannya melalui wahyu.
Contoh dirikan solat,ada rakaatnya solat ,juga masalah lain
Kalu berzina kena hukum kena sebat.sebat lagu mn?tanggal daging?kalu pergi kepada hadis ada caranya.nabi tunjuk.pakai baju.tapi tak tebal sangat.tak leh angkat tangan nampak ketiak.kalu nak pengsan kena berhenti dulu pah sambung pula kemudian.tu cara dia.sebab tu nabi dia memerintah.
Kerja/tugas kerajaan apa dia?mesti ada negara atau kerajaan.individu dan jamaah tak boleh menjalankan urusan kerajaan .
Dlm Perang tak boleh bunuh kanak2,wanita,paderi2 dan tempat ibadah ,sebab tu nabi berperang.tunjuk sebagai panduan.
tafsir quran dgn hadis adalah perlu.
Kalu anti hadis solat pun tak tau.
Kenapa sujud dua kali?
Sebab ikut cara yg betul sebab tu nampak sama.tafsir quran dgn hadis.
C.Perintah allah secara ijmal/umum terperinci ada dlm hadis.
Hadis yg memperincikannya.
Rukuk dan sujud secara ijmal,tafsir ada dlm hadis.
Memotong tangan pencuri.
Ikut hadis,bukan ikut aqal,tulis dgn tangan tu jari.
Kerat tangan selalu ke?dlm keadaan lagu mn?kerana lapar.rukun islam -kena ada syarat dia.
Zikir menari,quran,ingat allah duduk,berdiri dan baring dan hadis puji jaafar riwayat doif.buke majlis zikr.tengah jln.nabi kata dia suka.guna untuk sokong pendapat dia.
Nak keluar masjid-zikir sambil diri
Dok atas kereta-zikir sambil duduk
Baca quran-zikir masa nak tidur.
Contoh tafsir quran dgn quran
Zulmun=kezaliman atau ketidakadilan.
Zalim=syirik,hadis ada juga bg tau.
Surah Al anam,82
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Kezaliman بِظُلْمٍ =syirik,ini dibertahu dlm surah Lokman 3
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Syirik adalah satu kezaliman yg besar= إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Buat aniaya kpd diri sendiri=kezaliman
Tetapi buat aniaya tidak sama dgn syirik
Ada unsur syirik ,menjadi tak tenang.campur baur iman dan syirik .
D.berdasarkan rangkaikata
Samanmasani=7ayat yg diulang2,surah alfatihah.ummulquran
Hukum pesaka,semua anak dpt?
Anak yg bunuh bapa tidak dapat pesaka.
Hadis yg bg tau.pembunuh tidak boleh menerima pesaka orang yg dibunuh.
Anak yg kafir ,orang kafir tidak boleh terima pesaka dr orang islam .
Ini ikut hadis yg sahih
Ini contoh2.
Hadis2 sahih ni byk.
1:00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan