Usul tafsir quran yg ke 3
Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat
Tafsir Al-Qur’an Dengan Atsar Sahabat Usul ketiga ialah mentafsir al-Qur’an dengan atsar atau pendapat-pendapat Sahabat khususnya “Abdullah bin Mas’ud r.a. (m.32H) dan ‘Abdullah bin ‘Abbaas r.a (m.68H).
Sebelum mentafsirkan al-Qur’an dengan pendapat-pendapat Sahabat, seseorang pentafsir hendaklah terlebih dahulu melihat al-Qur’an sendiri, apakah ada tafsiran terhadap sesuatu yang hendak ditafsirkan di dalamnya atau tiada.
Kalau ada, maka tafsiran al-Qur’anlah yang seharusnya dipakai. Kalau tidak ada, maka perlu pula dicari tafsirannya di dalam hadits. Kalau ada tafsirannya di dalam hadits, maka itulah seharusnya dipakai.
Setelah tidak didapati tafsirannya di dalam hadits, barulah dicari tafsirannya di dalam atsar (kata-kata atau pendapat-pendapat) Sahabat.
Demikianlah tertib yang betul pentafsiran al-Qur’an. Atsar Sahabat diguna pakai dalam mentafisr al-Qur’an kerana sebab-sebab berikut:
(a) Bahasa al-Qur’an adalah bahasa mereka.
(b) Mereka mengetahui dan memahami latar belakang ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
(c) Mereka mempelajari al-Qur’an dan ma’na-ma’nanya dengan Rasulullah s.a.w sendiri.
(d) Mereka sangat cermat dalam mentafsir al-Qur’an. Perbezaan pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat berlaku juga di kalangan Sahabat, tetapi biasanya hanya pada lafaz sahaja. Adapun perbezaan pada ma’na, maka itu sesuatu yang jarang berlaku.
(e) Ada jalan penyelesaian yang terang jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan Sahabat dalam mentafsir al-Qur’an. Dalam keadaan itu pendapat yang lebih kuat harus dipilih dan ditarjihkan. Dimaksudkan dengan pendapat yang lebih kuat ialah yang lebih dekat dan sesuai dengan al-Qur’an dan hadits yang dinukilkan dengan sanad yang lebih sahih.
(f) Ijma’ mereka merupakan hujah dalam syar’at.
Antara peribadi yang terkenal sebagai imam dalam tafsir al-Qur’an di kalangan Sahabat ialah 10 orang berikut :
(1.) Saiyyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a
(2.) Saiyyidina ‘Umar r.a.
(3.) Saiyyidina ‘Utsman r.a.
(4.) Saiyyidina ‘Ali r.a.
(5.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Ma’sud r.a.
(6.) Saiyyidina ‘Abdulhah bin ‘Abbaas r.a
(7.) Saiyyidina Ubai bin Ka’ab r.a
(8.) Saiyyidina Zaid bin Tsabit r.a.
(9.) Saiyyidina Abu Musa al-Asy’ari r.a.
(10.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Zubair r.a.
Antara contoh tafsir al-Qur’an dengan atsar Sahabat ialah tafsiran Ibnu Mas’ud terhadap rangkai kata yang tersebut di dalam ayat 6 Surah Luqman.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Untuk menguatkan pendapat nya,Abdullah bin masud ulang sebyk 3x ,bermaksud la demi allah adalah lagu2(atsar riwayat ibnu abisyaibah,ibnu jarir,haakim dan baihaqi)
🍌
Pengenalan (usul tafsir al-quran)mmay -27jan16
3.Tafsir al-quran dgn atsar sahabat.
-usul ketiga ialah mentafsir alquran dgn atsar atau pendapat2 sahabat khususnya
Abdullah bin Masud r.a(mati 32h)
Abdullah bin Abbas r.a(mati 68h)
-sebelum tafsir dgn atsar kena tengok dlm quran ada atau tidak, tafsir dgn quran.jika ada tafsir alquran seharusnya dipakai yg itu dahuli.kalau tak ada maka cari pula hadis.setelah tiada hadis baru cari atsar2 sahabat.
Atsar2 sahabat digunapakai dalam mentafsir alquran kerana
a)bahasa quran adalah bahasa mereka sendiri.
b)mereka mengetahui latar belakang ayat2 quran diturunkan kepada rasullah saw.
c)mereka mempelajari alquran dan makna2nya dgn rasullah saw sendiri.
d)mereka sangat cermat dlm mentafsirkan alquran
.perbezaan pendapat di kalangan shabat biasanya pada lafaz shj adapun perbezaan pada makna jarang berlaku.
e)ada jln penyekesaian yg terang jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan sahabat.dlm keadaan itu pendapat yg lebih kuat harus dipilih dan ditarjikan.,maksudnya lebih kuat dan lebih dekat dgn quran dan hadis dan dinukilkan dgn sanad yg lebih sahih.
f)ijmak mereka merupakan hujjah dlm syarat
Sahabat2 yg terkenal sbg imam dlm tafsir quran.10orang
1)aabu bakar
2)umar
3)osman
4)ali
5)abdullah bin masud
6)abdullah bin abbas
7)ubai bin kaab
8)Zaid bin sabit
9)abu musa al asyaari
10)abdullah bin zubair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan