Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 4).

Tafsir quran asas sesi 4

Sesi 4 -
USUL 3 -Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat
USUL 4- Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Tabi’in
USUL 5 - Tafsir Al-Qur’an Berdasarkan Pendapat-Pendapat Yang Bersesuaian Dengan Qaedah-Qaedah Bahasa arab

3. Tafsir Al-Qur’an Dengan Atsar Sahabat Usul ketiga ialah mentafsir al-Qur’an dengan atsar atau pendapat-pendapat Sahabat khususnya “Abdullah bin Mas’ud r.a (m.32H) dan ‘Abdullah bin ‘Abbaas r.a (m.68H). Sebelum mentafsirkan al-Qur’an dengan pendapat-pendapat Sahabat, seseorang pentafsir hendaklah terlebih dahulu melihat al-Qur’an itu sendiri, apakah ada tafsiran terhadap sesuatu yang hendak ditafsirkan di dalamnya atau tiada. Kalau ada, maka tafsiran al-Qur’anlah yang seharusnya dipakai. Kalau tidak ada, maka perlu pula dicari tafsirannya di dalam hadits. Kalau ada tafsirannya di dalam hadits, maka itulah seharusnya dipakai. Setelah tidak didapati tafsirannya di dalam hadits, barulah dicari tafsirannya di dalam atsar (kata-kata atau pendapat-pendapat) Sahabat. Demikianlah tertib yang betul dalam pentafsiran al-Qur’an. Atsar Sahabat diguna pakai dalam mentafisr al-Qur’an kerana sebab-sebab berikut:
(a) Bahasa al-Qur’an adalah bahasa mereka.
(b) Mereka mengetahui dan memahami latar belakang ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
(c) Mereka mempelajari al-Qur’an dan ma’na-ma’nanya dengan Rasulullah s.a.w sendiri.
(d) Mereka sangat cermat dalam mentafsir al-Qur’an. Perbezaan pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat berlaku juga di kalangan Sahabat, tetapi biasanya hanya pada lafaz sahaja. Adapun perbezaan pada ma’na, maka itu sesuatu yang jarang berlaku.
(e) Ada jalan penyelesaian yang terang jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan Sahabat dalam mentafsir al-Qur’an. Dalam keadaan itu pendapat yang lebih kuat harus dipilih dan ditarjihkan. Dimaksudkan dengan pendapat yang lebih kuat ialah yang lebih dekat dan sesuai dengan al-Qur’an dan hadits yang dinukilkan dengan sanad yang lebih sahih.
(f) Ijma’ mereka merupakan hujah dalam syar’at.
Antara peribadi yang terkenal sebagai imam dalam tafsir al-Qur’an di kalangan Sahabat ialah 10 orang berikut :
(1.) Saiyyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a
(2.) Saiyyidina ‘Umar r.a.
(3.) Saiyyidina ‘Utsman r.a.
(4.) Saiyyidina ‘Ali r.a.
(5.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Ma’sud r.a.
(6.) Saiyyidina ‘Abdulhah bin ‘Abbaas r.a
(7.) Saiyyidina Ubai bin Ka’ab r.a
(8.) Saiyyidina Zaid bin Tsabit r.a.
(9.) Saiyyidina Abu Musa al-Asy’ari r.a.
(10.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Zubair r.a. Antara contoh tafsir al-Qur’an dengan atsar Sahabat ialah tafsiran Ibnu Mas’ud terhadap rangkai kata yang tersebut di dalam ayat 6 Surah Luqman. Untuk menguatkan pendapat beliau, sebanyak tiga kali diulanginya kata-kata, bermaksud: “Ia demi Allah adalah lagu-lagu”. (Atsar riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Jarir, Haakim dan Baihaqi).

🍉🍉

Tafsir quran asas sesi 4

Usul 3
Tafsir quran dgn pendapat/atsar sahabat.
Sebab2 kelebihan sahabat.
A.bahasa para sahabat
B.sahabat mengetahui latarbelakang turun ayat.hidup dizamannya lebih dr orang lain.kadang2 dia sendiri ada dan kadang2 kawan2nya yg ada.
Contoh isteri seperti ladang.
Yahudi percaya jika berlaku dr belakang ,anak juling..
Lalu ayat itu tunjuk boleh...

C.mereka belajar sendiri dgn nabi saw sendiri
D.mereka sangat cermat dlm tafsir .
E.Ada penyelesaian yg terang.yg kebih kuat dan lebih sahih sanad dia.
Jika sama sahih,yg mana lebih sahih.
Ibnu abbas (budak lagi masa zaman nabi saw,4shj yg secara langsung),anak murid saidina umar(seolah2 ketua darjah dizaman nabi saw).
Saidina umar mujtahid mutlak ,rujukan imam mujtahid.
Nabi saw  telah doakannya.
Dia tidur rumah makcik semata2 untuk ikut nabi.
Semas budak dah bersungguh.
rujukan utama mazhab syafie. iman syafie byk ambil dari fekah ibnu abbas(mati 68h),
tapi untuk tafsiran ayat  lamastumunisa telah rujuk ibnu masud(mati 32h).
Rujukan utama bg mazhab hanafi ialah ibnu masud.
Ibnu masud (Assabiqunnalawalun),dipanggil sohibunnaklain(tukang jaga kasut nabi juga jaga bantal nabi) .Tetapi dlm menafsirkan lamastumunisa dgn tafsir ibnu abbas pula.

Abbas br islam pada tahun ke8.
Ibnu abbas duduk dgn nabi beberapa tahun shj.

Ijmak/sepakat sahabat adalah merupakan hujjah

Ibnu  Umar adalah rujukan utama imam malik
Mazhab malik,rujukan dia ibnu umar.sebab apa dia utamakan ibnu umar,muwatok imam malik,ibnu umar bila tua dia dianggap syaikul sahabat.dia cerdik dari kecil lagi.soalan nabi pokok apa yg paling serupa dgn orang islam?abu bakar ada,umar ayahnya pun ada tapi semuanya senyap.masing2 kata allah dan rasul lebih tahu.ibnu umar dan pitah,sebab sebelum nabi tanya ada orang buat mari umbok pokok kurma/tamar tapi sebab takut lintah ore tua dia senyap,sambil jln dgn ayah dia masa balik,dia bg tau.
Dikenal dgn Mahaguru.

Abdullah ibnu amar al asr adalah rujukan utama mazhab ahmad.
Bukan calang2 orang .khatam quran setiap hari.
Mula2 dia nak puasa setiap hari.
Ahli ibadat dan ahli ilmu.
Bapa dia ahli politik.
Tanya kesalahan sebelum islam,
Nabi jawab dosa gugur.baru dia masuk islam.
Tak sir tidur ,tak sir nikoh,posa.
Seorang cendikiawan.
Alim juga ilmu kristian.
bg Ibnu masud ,lamastumunisa  dgn makna sentuh...syafie terima walau selalu rujuk ibnu abbas
Ibnu abbas,lamastumunisa dgn makna sentuh menyentuh(bersetubuh)...hanafi terima padahal selalu  rujuk ibnu masud.
Ini menunjukan sikap keterbukaan para sahabat

F.Ijmak(sepakat) mereka merupakan hujjah dlm syariat.tak boleh langgar.
Antara peribadi
Ibnu abbas
Ibnu masud
Lahwalhadis لَهْوَ الْحَدِيثِucapan yg melekakan bgnya lagu2
Surah lukman
Ayat 6
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Ibnu masud menafsirkan hiburan yg melalaikan adalah lagu,kerana dizaman nabi ,lagu2 yg telah digunakn untuk menganggu ajakan atau seruan nabi.
Apakah lagu2 itu haram?
Bg ibnu hazim,lagu2 itu tidak  haram,tetapi ini ada perancangan untuk menyesatkan dan menjadikan agama perkara yg diolok2kan dan  telah digunakan untuk menganggu nabi saw.leka lalai dr agama

Usul 4
Mentafsir quran dgn pendapat2 tabiin
Syarat utama mesti sahih
Terdiri dr Murid2 ibnu abbas (ibnu abbas adalah gabenor diBasrah)
minit 42
1.hasan basri(gabenor dikhurasan)
2.
3.
4.

Tabiin ,Hasan basri pula adalah gabnor khurasan
Mereka berguru dgn sahabat.dan telah betul2 mengikut sunnah nabi saw.
Ada juga tabiin yg tak boleh pakai,tapi yg ramai yg baik2 dan boleh pakai.jadi bila sebut tabiin mesti diketahui namanya.
Apa2 yg diijmak tabiin bukan semua  boleh diterima jadi hujjah

Buku Tafsir ibnu abbas yg masyhur,sanadnya byk yg bohong.jadi tafsir itu tidak dipakai .kecuali yg ada dlm kitab bukhari
A.apa yg diperselisih bukan hujjah.kebanyakan ulamak kata hujjah .
B.Riwayat yg dinukil tanpa sanad.
Riwayat dlm kitab Tafsir byk yg tiada sanad.
Alkabi dari abi salih dari ibnu abbas.
Malahim damn maghazi
Annur ayat 31

Surah an nur ayat 31
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

-Sura An-Nur, Ayah 31
التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
Qatadah
Perkataan أَوِ الطِّفْلِ dlm ayat ini
Boleh buka aurat adalah orang yg menjadi tempat bergantung hidup untuk makan dan pakai dari kecil lagi dan telah tua,atau lelaki yg bodoh dan tiada keinginan langsung kepada wanita.

Usul 5
Tafsir quran pendapat yg bersesuaian dgn kaedah bahasa arab.
Boleh pakai bahasa arab.
Pentafsir mesti menguasainya.
Contoh orang ada lesen,mungkin kemalangan tapi yg tiada lesen tidak boleh.
Soroh
Nahu
Balaghah.
Cabang2nya..
Ini semua adalah berkait dgn bahasa .dan bahasa arab sangat penting bila nak memahami quran.
Min من ada byk makna:dari, dari jenis,
Wanita dijadikan dari(dari jenis) tulang rusuk suami?
Adakah dari betul2 tulang rusuk suami?
Jika suami lebih muda dari isteri,macam mn pula wanita dijadikan dr tulang rusuk suaminya?
Min yg bermakna dgn bermula..
Maksudnya kejadian asal adalah bersifat yg bengkok seperti tulang rusuk.
Manusia dijadikan dari sifat gopoh?
Sifat gopoh adalah sifat.
Macam mn pula?manusia dijadikan dari sifat gopoh.
Min ini adalah tasybihiyah/seperti dari hadis lain
Quran dlm bahasa arab
Hadis juga bahasa arab.
Bahasa arab fushah.
Bahasa arab sekarang byk yg rosak.
Perkatan tazkirah.
Tazkirah,zaman nabi bukan dgn makna tiket.
Sa'yaaroton,zmn nabi bukan makna kereta.,orang yg berjln dlm rombongan.
Zaman nabi tiada kereta,jadi bukan kereta,kumpulan orang yg berjln kaki.
Syair2 bhs arab juga dirujuk,syair bhs arab adalah kamus bhs arab.
Sebab tu Syair mutanabi bukan hujjah sebb ia bukan arab tulin.
Syair Assabumuallakot pula boleh ,ia syair yg tulin.

Idribbiasor kalhajar,terjemahan qadiani yg digunakan oleh anti hadis dgn makna berjln  .tapi maknanya adalah pukul. atau asor dgn makna jemaah/kumpulan
Kitab tafsir qadiani 10 jilid,jika pandai boleh bc dan tapis

Al ankabut 69
Tafsir salah
Almuhsin dgn makna yg lain iaitu
Benar2 telah menggilap  hati orang sufi .
Lam ini ada bukan lam feel tapi lam tahkik.


🍓🍓

4.Tafsir Al-Qur’an Dengan Atsar Tabi’in
Sumber keempat tafsir Qur’an ialah Tabi’in dan pendapat-pendapat mereka, dengan syarat ia sampai kepada kita (umat) melalui saluran nukilan yang sahih.
Terutamanya atsar tabi’in dari kalangan murid-murid Ibnu ‘Abbaas r.a. seperti Mujahid, ‘Ikrimah, Qataadah, Hasan Bashri, Ibnu Sirin dan lain-lain.
Tabi’in ialah generasi umat islam yang merupakan pelapis kepada generasi para sahabat. Ramai daripada mereka merupakan murid-murid sahabat. Mereka menerima ilmu agama Islam daripada Sahabat Nabi s.a.w sendiri.
Mereka dinamakan Tabi’in kerana telah betul-betul mengikut Sunnah Nabi s.a.w dan menurut jejak langkah para sahabat Baginda s.a.w. Allah di dalam al-Qur’an menyebutkan mereka sebagai “والذين اتبعوهم باحسان.(dan orang-orang yang menurut [jejak langkah) mereka [sahabat muhajirin dan anshar] dengan baik”. (at-Taubah:100).
Oleh kerana kalangan Tabi’in yang utama telah menerima tafsiran al-Qur’an daripada para sahabat yang memang mahir dan ahli dalam bidang tafsir, kata-kata dan pendapat-pendapat mereka juga perlu diletakkan di hadapan apabila anda hendak mentafsir al-Qur’an.
Walau bagaimanapun beberapa perkara di bawah ini perlulah sentiasa diingat:
(a) Apa yang diperselisihkan di kalangan Tabi’in bukan merupakan hujah dalam agama. Tetapi apa-apa yang diijma’kan mereka merupakan hujah menurut kebanyakan ulama.
(b) Riwayat-riwayat berhubung dengan tafsir dinukilkan dengan dua cara.
Pertama dengan bersanad.
Kedua tanpa sanad.
Atsar Sahabat dan Tabi’in yang dinukilkan dengan sanad yang kuat sahaja diterima.
Riwayat-riwayat Sirah dan Maghazi yang tidak sahih tidak seharusnya digunakan untuk mentafsir al-Qur’an.
Imam Ahmad berkata
“Ada tiga perkara (kebanyakannya) tidak bersanad; tafsir, malahim (cerita-cerita peperangan) dan maghazi (sirah Nabi s.a.w.)”.
Sebabnya Imam Ahmad berkata begitu kerana kebanyakan riwayat berhubung dengannya kalau ada pun sanadnya, ianya samaada munqathi’ atau mursal.
Di bawah ini dikemukakan dua contoh tafsir dengan atsar Tabi’in.
Dalam mentafsirkan firman Allah yang terdapat di dalam ayat 31
Surah an-Nur iaitu bermaksud :
“atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita”.
Qataadah (m.118H) seorang Tabi’i yang terkenal berpendapat, ia bererti orang-orang yang bergantung hidupnya kepada seseorang untuk mendapat makanan dan minumannya. Mereka pula telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan.
Menurut Mujahid (m.107H) pula ia adalah laki-laki bodoh yang langsung tidak ada keinginan kepada wanita.

5. Tafsir Al-Qur’an berpandukan Qaedah-Qaedah Bahasa Arab
Usul kelima ialah mentafsir al-Qur’an berpandukan qaedah-qaedah bahasa ‘Arab.
Usul ini tidak kurang pentingnya daripada usul-usul yang tersebut sebelumnya.
Pentafsir mestilah seorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bahasa ‘Arab. Ia mestilah mahir dalam ilmu Nahu, Sharaf, bahasa ‘Arab dan Balaghah dengan segala cabang-cabangnya.
Ia mestilah mengetahui semua bentuk tasybih, isti’arah, kinayah dan sebab-sebab ijaaz serta ithnaab, selain mampu mengesan sesuatu yang mahzuf (dibuang) di dalam sesuatu ayat, dan lain-lain perbahasan yang termasuk di bawah ilmu Bayan, Ma’ani dan Badi’ yang merupakan cabang-cabang ilmu Balaghah.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa ‘Arab.
Tanpa penguasaan bahasa ’ Arab seseorang tidak mungkin dapat memahami al-Qur’an. Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w juga dalam bahasa ‘Arab.
Baginda s.a.w bahkan merupakan orang ‘Arab yang paling fasih. Oleh itu seseorang yang hendak mentafsir al-Qur’an mestilah mengetahui selok-belok bahasa ‘Arab fusha yang digunakan di zaman Nabi s.a.w.
Sya’ir-sya’ir ‘Arab jahiliah juga mestilah dijadikan rujukan, kerana ia merupakan contoh penggunaan bahasa ‘Arab fusha (standard) yang tulen.
Itulah sebabnya Ibnu ‘Abbaas berkata,

اذا أشكل عليكم شيء من كتاب الله فالتمسوه في الشعر فان الشعر ديوان العرب
bermaksud: Jika timbul apa-apa kemusykilan (berhubung dengan bahasa ‘Arab) kepadamu, carilah jawapannya di dalam Sya’ir (‘Arab jahiliah). Kerana Sya’ir (‘Arab jahiliah) itu adalah kamus bahasa ‘Arab.
Di bawah nanti akan dikemukakan dua contoh penyelewengan dalam tafsir akibat mengabaikan usul kelima.
(a) Ada golongan anti hadits yang tidak mengerti bahsa ‘Arab menterjemahkan
firman Allah: اضرب بعصاك الحجرyang sebenarnya bererti: “pukulllah batu itu dengan tongkatmu” dengan “bawalah pengikutmu berjalan di bukit”.

Perterjemah anti-hadits itu tidak mengetahui bahawa ضرب yang “muta’addi bi nafsih “bererti pukul atau memukul.
Perkataan في yang muta’addi dengan “fi” saja bererti berjalan, berpergian atau bersiar-siar.

(b) Seorang sufi sesat pula mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke 69
Surah al-‘Ankabut:وان الله لمع الحسنين yang ma’na sebenarnya ialah :
“dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik", dengan
"dan sesungguhnya Allah benar-benar telah menggilap orang-orang sufi."
Si jahil ini tidak sedar bahawa لام pada perkataan لمع Bukan فاء fi’il,
tetapi لام التأكيد (Lam yang merupakan kata penguat) pada khabar انّ.

1 year ago (edited)•2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan