Jumaat, Ogos 19, 2016

Tafsir asas sesi 26.

USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(b) Al-Mudhaaddah ialah mengemukakan sesuatu bersama-sama lawannya atau setelah dikemukakan sesuatu, dikemukakan pula lawannya.
Antara contohnya ialah firman Allah berikut, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.” (Al-Baqarah : 6)
dan seterusnya… Permulaan Surah al-Baqarah membicarakan tentang al-Quran, bagaimana ia menjadi petunjuk dan pedoman kepada orang-orang mu’min. Setelah Allah menyebutkan tentang sifat-sifat orang-orang mu’min, disebut pula selepasnya tentang orang-orang kafir dan sifat-sifat mereka. Kerana di antara kedua-dua golongan itu ada semacam perkaitan atau nisbah dipanggil “perkaitan perlawanan”.

(c) Isthithraad ialah meninggalkan sejenak apa yang sedang dibicarakan lalu mencelahnya dan memotongnya dengan sesuatu yang lain sekilas pandang. Kemudian kembali semula kepada perbincangan yang asal. Seolah-olahnya sesuatu yang dicelahi itu langsung tidak dimaksudkan. Padahal memang ada maksudnya yang tersendiri.
Antara contohnya ialah firma Allah berikut,
bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan pakaian (yang berupa) taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (al-A’raaf: 26).

Az-Zamkhsyari berkata, ayat ini datang sebagai “isthithraad” setelah sebelumnya disebutkan tentang terdedahnya aurat Adam dan Hawwa’ dan setelah mereka mulai menutup aurat masing-masing dengan daun-daun Syurga. Tujuannya ialah menyatakan nikmat yang sangat besar daripada Allah pada pakaian yang diciptaNya buat manusia. Keadaan bertelanjang dan aurat yang terdedah juga merupakan suatu yang memalukan dan menghinakan manusia. Firman Allah ini juga menyatakan penutupan aurat itu adalah salah satu daripada lambang-lambang ketaqwaan yang sangat besar. Untuk melihat kedudukan ayat 26 Surah al-A’raaf ini sebagai isthithraad, perlulah dilihat juga beberapa ayat sebelumnya dan ayat 27 selepasnya.

Di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan supaya lebih jelas, bermaksud:

“ (Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan jangnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19)

Setelah itu, maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20)

Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata); Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua(21)

Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu , terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka; Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakana kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?(22)

Mereka berdua merayu; wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. (23)

Allah berfirman; “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan” (24)

Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)” (25)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(26)

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka; Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)
🐎🐎🐎🐎

Kaedah mengesan struktur mikro:
b)Al mudhaaddah dan isthitraad
Setelah dikemukakan sesuatu itu maka dikemukakan lawannya

al-Baqarah ayat6
Contoh sesungguhnya orang2 kafir sama sj engkau beri peringat atau tidak ,mereka  tidak akan beriman.

Setelah Allah disebut sifat orang yg Beriman disebut pula orang yg tidak Beriman.
Ini adalah Nisbah batultador,perkaitan perlawanan
Contoh:
Mukmin lawan kafir
Siang lawan malam
Tinggi lawan rendah
Buta lawan celik
istilah ilmu mantik,lawan itu nisbah
Bila sebut lawan mudah diingati
Sihat lawan sakit
Hidup lawan mati
❤Cara Allah ini agar kita mudah ingat.
Boleh jadi ayat dgn ayat atau perkataan dgn perkataan
Juga ilmu mantik ,satu dalalah iltizamiah(dalalah ada ,3jenis)
Bila sebut hidup maka terus ingat mati.
Bukan menunjuk hidup tu mati tapi fikiran kita bila sebut hidup maka terus ingat mati.
Juga bila sebut anak  maka teringatlahlah ayah ,walaupun anak itu bukan ayah.

Adakah sama orang berilmu dgn orang yg tidak berilmu.inilah perbezaan.yg tinggi ilmunya dan yg rendah ilmunya.

Ini semua kaedah ini.supaya mudah dikaitan ayat dgn ayat atau perkataan

Alqasas,73

وَمِنْ رَحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Sekali tengok nampak begitu jah.
Tapi rahmat,bagi malam dan siang.untuk kamu diam dan dapat ketenangan.ciri tenang diam.berbeza dgn bergerak.untuk siang pula supaya kamu dapat kurniaan allah.bila kamu sedar ,kamu bersyukur ingat ko tuhe.kita tak mampu buat .luar kemampuan manusia.
Diam lawannya bergerak.
Bukan diam lawan cari rezeki
Diam ada macam2.yg dikehendaki diam yg berfaedah.
Diam lawan bergerak tapi Tuhan tak sebut.rezeki Allah itu luas.rezeki dicari ketika kita bergerak.

Contoh lawan dlm quran
Surah Najm,43-45

Ayat 43
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

Ayat 44
وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;

Ayat 45
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan

Ayat2 yg menunjukkan perlawanan.i nikah

Surah al waqiah 27-47
Ayat 27

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

Ayat 28
فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Ayat 29
وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

Ayat 30
وَظِلٍّ مَمْدُودٍ
Dan naungan yang tetap terbentang,

Ayat 31
وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ
Dan air yang sentiasa mengalir,

Ayat 32
وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
Serta buah-buahan yang banyak,

Ayat 33
لَا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Ayat 34
وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Ayat 35
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Ayat 36
فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

Ayat 37
عُرُبًا أَتْرَابًا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Ayat 38
لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Ayat 39
ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

Ayat 40
وَثُلَّةٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

Ayat 41
وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

Ayat 42
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

Ayat 43
وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ
Serta naungan dari asap hitam,

Ayat 44
لَا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

Ayat 45
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum

Ayat 46
وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

Ayat 47
وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Kanan lawan kiri
Terima suratan amalan belah Kanan orang yg bertuah.langkah kanan.kekuatan biasanya belah kanan.
Ahli syurga.
Tiada kecil ,berhingus,pakai Pampers.
Dlm neraka,panas ,asap

Ini Kumpulan ayat.
Setiap bacaan  yg di nyatakan,perlu kepada semua orang untuk diingat,bukan untuk orang sakit shj.

Annazmujalil (makro)dan annazamukhofih(mikro)

🐓

Minit 30
Alistitrot,
meninggalkan sejenak apa yg sedang dibicarakan lalu memotong dgn yg lain,
tapi ada kaitan juga atau dikatakan mencelah.
Sebab apa ?
Sebab sesuai.seperti saw atau radiallahuanhu.
Kemudian kembali semula.
Sekali tengok macam tiada kaitan tapi sebenarnya ada ,perkaita yg sangat halus
Contoh
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Ayat 26

Azzamakhsyari kata ini ayat ini adalah alistitrot.

Nak tahu ini ini celahan kena tengok ayat sebelum dan sebelum dan selepasnya tak boleh ambil ygndia sahaja.
Cerita celahan ada nikmat berpakaian

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
-Sura Al-A'raf, Ayah 19
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
-Sura Al-A'raf, Ayah 20
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
-Sura Al-A'raf, Ayah 21

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
-Sura Al-A'raf, Ayah 22

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
-Sura Al-A'raf, Ayah 23

قَالَ اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
-Sura Al-A'raf, Ayah 24

قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ
Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
-Sura Al-A'raf, Ayah 25

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
-Sura Al-A'raf, Ayah 26

Ayat 27
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
-Sura Al-A'raf, Ayah 27

Panjang bc yg nak hanya ayat 26.
Cerita Adam setelah melanggar perintah
Allah ,auratnya terbuka dan pakaian diberi kemudiannya setelah bertaubat betapa nikmatnya.
#Dia malu dan nak tutu aurat,lalu allah celah terus
Ambil daun2 syurga,tuhe celah, .tok Adam cuma ambil daun2 untuk tutup aurat atau pakaian.begitu juga dgn makanan.Anak cucu dah maju kedepan ,tuhe bg ilham untuk buat pakaian yg berbagai jenis pakaian musim sejuk musim panas,pakaian yg menghasilkan kekayaan pendapatan ,adanya butik2.sehingga boleh bungkus bumi dgn pakaian yg dihasilkan.semua ini lah hasilnya.
Asal dtg kebumi kerana tuhe marah.
Syurga adalah tempat asal yg bersih dari dosa.
Jika jaga hukum Allah,allah akan jaga kita.
Ayat 26 adalah cerita anak cucu nabi Adam.
Syaitan ,cantas akal.
Taktik syaitan adalah untuk menelanjangkan anak Adam.
Tamadun telanjang.manusia  akan musnah manusia di situ.dtg dlm bentuk yg halus.
Jika byk lagi langgar akan byk lagi akibatnya.
Bila langgar perintah tuhe ,semua kena buat sendiri,makanan dan pakaian.

Contoh lagi
Surah Nisa 171-173
Ayat 171
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar;
sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya.
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak.
Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Ayat 172
لَنْ يَسْتَنْكِفَ الْمَسِيحُ أَنْ يَكُونَ عَبْدًا لِلَّهِ وَلَا الْمَلَائِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ وَمَنْ يَسْتَنْكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

Ayat 173
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنْكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.

Perhatikan Ayat 171-173
Allah dok cerita nabi tidak terlibat dia mengajar dia sebagai salah satu tuhe.Nabi Isa sendiri beribadah kepada Tuhan.itu kesimpulanya.tak dak malaikat tiba mencelah cerita malaikat,sama dr segi kata malaikat tu anak tuhe.
Malaikat  mukorobun pun sembah Allah,jd kenapa manusia jdkan Isa sebagai Tuhan.utusan Tuhan tidak boleh layak menjadi Tuhan
Istidrok /mencelah tentang malaikat ,sebab ada yg kata anak tuhe.
Keistimewaan nabi Isa yg tiada bapa seperti malaikat juga tiada bapa.malaikat pun tak dak mak dan bapa lagi hebat.ada sudut kesamaan dr segi kejadian.
Tuhe Celah malaikat kenapa?benda tak munasabah.
Ayat istidroj adalah ayat 172

Surah lokman,ayat 12-16

Ayat 12
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Ayat 13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Ayat 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Ayat 15
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Ayat 16
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

Perhatikan..hikmah lokman bg nasihat ,dicelah2 ada istidrod.. Ayat 14,allah mencelah di situ.itulah istidrad.
Nak royat kedudukan ibubapa.
Tapi jika dorong kamu jadi kafir jgn ikut.
Ayat 16 balik semula.nak tunggu sudah jadi  lambat besarnya kedudukannya.

Surah assyams
Ayat 1
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Ayat 2
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Ayat 3
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Ayat 4
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

Ayat 5
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

Ayat 6
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Ayat 7
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Ayat 8
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Disini ayat istidrad/mencelah
Ayat 9
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Ayat 10
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Ayat 11
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
-Sura Ash-Shams, Ayah 12
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
-Sura Ash-Shams, Ayah 13
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
-Sura Ash-Shams, Ayah 14
وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
-Sura Ash-Shams, Ayah 15

Pada Ayat 8 Disini ayat istidrad/mencelah,
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Menjelaskan tentang nafs manusia.
Kebebasan memilih pada manusia.

👪

D)Husnul takha lus???benda lagu mn??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan