Rabu, September 07, 2016

Tafsir asas quran sesi 28.

USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN
f) “Husnul mathlab” ialah menyatakan maksud dan hajat dengan dengan penuh adab dan sopan.
Antara contohnya ialah nukilan permintaan hamba oleh Allah di dalam
Surah al-Fatihah (Engkau jua kami sembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan). Maksud hajat dan permintaan hamba baru dikemukakan setelah hamba dengan penuh sopan dan beradab memuji-muji Allah dan mengagungkanNya sebelum itu.

g) “Iltifaat” ialah pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama dalam sesuatu ayat. Sama ada dalam bentuk percakapan atau penulisan.
Antara tujuannya ialah:
(i) Menarik perhatian pendengar
(ii) Mendorongnya berfikir tentang sebab pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama.
(iii) Menghilangkan rasa jemu dan bosan.
(iv) Menyedarkan pendengar
(v) Menganggap (sesuatu atau seseorang) yang jauh sebagai hampir dan menganggap yang hampir sebagai jauh
(vi) Menyatakan kemuliaan atau kehinaan seseorang.
(vii) Menjaga hati dan perasaan seseorang.
(viii) dan lain-lain.

Iltifaat mempunyai enam bentuk seperti berikut:
i) Pertukaran daripada “takallum” (orang yang becakap) kepada “khithaab” (orang yang dihadap cakap)
Antara contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah di dalam Surah Yaasiin ini:ermaksud: “Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakan daku dan yang kepadaNyalah kamu (semua) akan dikembalikan? (Yaasin: 22)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “dan yang kepadaNyalah aku akan dikembalikan?”, bukan [rujuk video]
ii) Pertukaran daripada “takallum” (orang yang bercakap) kepada “ghaibah” (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya).
Antara contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah di bawah ini:
Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan ma’shiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha mengasihani” (az-Zumar: 53). Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “dari rahmatKu”

iii) Pertukaran daripada “khithaab” (orang yang dihadap cakap) kepada “takallum’ (orang yangbercakap).

Antara contohnya di dalam al-Quran ialah:
Bermaksud: “Dan mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.” (Huud: 90).
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Tuhanmu’, bukan ‘Tuhanku”

iv) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kepada ghaibah (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya).
Antara contohnya di dalam al-Quran ialah:Bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Aali `Imraan: 9),
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Sesungguhnya Engkau”, bukan “Sesungguhnya Allah”
v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga/ yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab(orang yang dihadap cakap).
Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah, dalam surah al-fatihah: Bermaksud: “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3)
Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (5)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Dia sahaja”, bukan “Engkau sahaja’.

vi) Pertukaran daripada “ghaibah’ (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya) kepada “takallum” (orang yang bercakap),
Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah;
Bermaksud:
“Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin “ . (al-Maa’idah: 12)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Dia telah angkat” dalam bentuk ghaibah juga.

Usul ke 12
Mencari dan mengesan struktur mikro didlm Ayat2 Al-Quran.

Kaedah2 mengesan struktur mikro ayat2 Quran.

f)"Husnul matlab"atau Husnul tolaq ialah menyatakan maksud dan hajat dgn penuh adab dan sopan.
Antara contohnya ialah nukilan permintaan hamba oleh Allah didlm
surah Al-Fatihah(engkau jua kami sembah dan kepada mu jua kami meminta pertolongan.)
Maksud hajat dan permintaan hamba baru dikemukakan setelah hamba dengan penuh sopan dan beradab memuji2 allah dan mengagungkanNya sebelum itu.

-Kalu kira bermula dgn alhamdulillah atau bismillah pun sama
Itu semua puji pujian kepada Allah.
Allah ajar puji dulu sebelum minta.
Nak minta dgn manusia kena merendahkan diri sebelum minta,maka untuk allah lebih layak untuk direndahkan diri sebelum minta
Jadi perlu kena cara ,dlm apa juga perbuatan begitulah juga bila ingin meminta .
Sesiapa pun suka jika kena cara,dgn adab bukan Allah shj yg suka,manusia pun suka.
Sebelum minta puji dulu.
Surah al anbiya 87-90

Ayat 87
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Ayat 88
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

Ayat 89
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Ayat 90
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

Husnul matlab nabi Yunus,pernah sedih sebab lama dakwah dan nak marah sebelum sempat dapat arahan Allah untuk hijrah.a Allah marah dan dia kena masuk perut ikan yg jadi penjara.tidak mati ,mukjizat nya .dgn sebut berulang2 Subhanallah innikuntum minazolimi.
Jika terpenjara bc lah ini untuk lepas.
Kami pun terima,sebab ada matlab,ingat Tuhan walau dlm kesusahan.yg dia minta tak royat ,yg dia royat adalah lailahailaanta subhanakaiinnikontuminazolimi.
Maka Allah terima dan kepadanya dr kesusahan.

Cerita Zakaria ,seru Tuhan.beritahu kelemahan kita dulu dan minta dgn sebut cara yg baik.dialah sebaik2 waris.sifat Tuhan yg mewarisi.pewaris penerima pusaka.bila kita mati Allah akan ambil apa yg pernah dia bg.jadi jika minta anak yg boleh mewarisi .nikmat jadi sempurna.mula ngaku dulu dia kurang kemudian baru minta. خَيْرُ الْوَارِثِينَ.kalu anak mati dulu tak sir.itulah cara adab meminta cara yg baik.
Apa lagi yg sifat yg kurang dr allah.yg bengkeng dan kedekut.
Lalu Allah mustajab.
Perelukkan isteri ,menjadikan isterinya subur walaupun dah tua tapi boleh anak Yahya.
Allah bg tau sebab Allah makbulkan permintaan itu.
Mereka ini orang yg khusyuk dan merendahkan diri pada tuhe.

Al baqarah ,200
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Ayat 201
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Perbuatan itu sudah Husnul matlab.
Minta yg kebaikan حَسَنَةً,i sim nakiroh,nama umum  sebab kebaikan itu luas,kebaikan dlm dunia tak kira yg kita tahu dan kebaikan akhirat yg kita tahu dan tak tahu.
Semua baik حَسَنَةً,tiada yg buruk itu permintaan yg patut diminta.
Keliling itu kita buktikan kebesaran Allah ,itu bentuk puji dgn perbuatan.
Kita nak sembah dan agungkan dia.
Iyakanakbuduwaiyahkanastaiin ,ini Husnul matlab dgn perkataan,yg selalu diminta dlm solat

Byk lagi contoh
Surah toha ayat26-36,cara nabi Musa berdoa
Surah assyuara 69-85

👡👡Minit 34
g)kaedah "Iltifaat" atau tajrik ialah pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama dlm sesuatu ayat.sama ada dlm bentuk percakapan atau penulisan.

Antara tujuannya ialah
1.menarik perhatian pendengar
2.mendorongnya berfikir tentang sebab pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama
3.menghilangkan rasa jemu dan bosan.
4.menyedarkan pendengar
5.menganggap(sesuatu atau seseorang) yg jauh sebagai hampir dan menganggap yg hampir sebagai jauh
6.menyatakan kemuliaan atau Ayat kehinaan seseorang.
7.menjaga hati dan perasaan sesaorang
8.dll
Bila jumpa iltifaat kena ingat yg mn2 satu diatas.
Kenapa aku tukar jadi tuhe.
Ini byk dlm sastera.jqdi sasterawan jadi suka dgn keadaan ini.
Dlm sastera Arab ,seni Iltifaat/pertukaran byk digunakan

Iltifaat mempunyai 6 bentuk seperti berikut:
1.pertukaran daripada takallum(orang yg bercakap)kepada "khithaab(orang yg dihadap bercakap atau yg kedua)

Antara contohnya didlm Al-Quran ialah firman Allah didlm

surah Yassin Ayat 22
ini:bermaksud"mengapa aku tidak menyembah(Tuhan)yg telah menciptakan daku dan  kepada-nyalah kamu (semua)akan dikembalikan?

Sedangkan qias(bahasa biasa)mengkehendaki dan yg kepada-nyalah aku akan dikembalikan?(urjaun/aku dikembalikan"bukan kamu

Ayat 20
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

Ayat 21
اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Ayat 22
وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

Ayat 23
أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آلِهَةً إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَٰنُ بِضُرٍّ لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلَا يُنْقِذُونِ

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

Ayat 24
إِنِّي إِذًا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

Nak kira serupa dgn Ayat 22,patut bukan أَأَتَّخِذُ

Cara sangat lembut.
Aku yg dah percaya lebih2 lagi la
Ini faedah iltifaat
Mengetuk fikiran orang berbagai cara.
Contoh lain
Albaqarah97-98
Ayat 97
قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَىٰ قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

Ayat 98
مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

Kenapa nak bergaduh dgn Jibrail?
Jibrail atas hati engkau sepatutnya atas hati aku.sebab nabi yg bercakap.kenapa hati engkau ,ini iltifaat takallum kepada khithaab.tuhe yg kata kepada nabi.ini perlantikan dr Allah.muhamad adalah orang yg dipilih oleh Tuhan.suruh kata yg tuhe kata.
Perkara ini sangat halus.dan kitab tafsir Melayu tak diberitahu.jika tafsir yg Arab akan beritahu.orang ngaji balaghah akan tahu.

2.pertukaran drp "takallum"(orang yg bercakap),kepada "ghaibah"(orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya)antara contohnya didlm Quran ialah firman Allah dibawah ini bermaksud

Azzumar,53

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"katakanlah (wahai muhamad):wahai hamba2 ku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat)jgnlah kamu berputus asa dari rahmat(roh) Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya dialah jua yg maha pengampun lagi maha mengasihani.
Sedangkan qias(bahasa biasa)mengkehendaki dari rahmat ku"

Yg kata aku adalah tuhe.
Ini iltifaat.
Contoh bhs orang Perak ,awak dgn makna saya.ini semacam iltifaat.
Contoh iltifaat dlm bhs melayu,Ayah dia,bila isteri bercakap,ayah dia lagu tu selalu

Contoh surah al kausar.

Ayat 1
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Ayat 2
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Ayat 3
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Ayat 2
Menarik perhatian kepada Sifat Rububiyyah tuhe
Solat itu sebagai tanda syukur

👡👡Satu jam
Rob ni tuhe فَصَلِّ لِرَبِّكَ ,contoh

Albaqarah83

3.pertukaran drp "khithaab"(orang yg dihadap cakap) kepada takallum(orang yg bercakap).antara
contohnya didlm al Quran ialah bermaksud ,"mintalah ampun kepada Tuhan mu,kemudian kembalilah taat kepadanya.sesungguhnya Tuhan ku maha penyayang lagi maha pengasih(huud;90)
Ini Rob,rububiyah.
Sedangkan qias(bahasa biasa)mengkehendaki"Tuhan ku"bukan "Tuhan mu" ini yg sama je.

Kenapa disuruh beristighfar.
Kerana tuhe adalah Rob .yg bersifat Rahim/penyayang dan Wadud.
Allah mempunyai sifat pengasih dan penyayang.

Jika tiada sifat ini,tentu taubat tidak akan diterima.
Jadi kata Tuhan ku ,setiap orang berkata begitu.

4.pertukaran khithaab (orang yg dihadap bercakap)kepada ghaibah(orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya)antara

contohnya didlm Al-Quran ialah bermaksud "wahai Tuhan kami!,sesungguhnya engkaulah yg akan menghimpun sekalian manusia ,untuk menerima balasan pada )suatu hari(hari Qiamat)yg tidak ada syak padanya.sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjinya.(Ali Imran:9),
sedang qias(bahasa biasa)mengkehendaki "sesungguhnya engkau",bukan sesungguhnya Allah
Kenapa pula??

5.pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya)kepada khithaab(orang yg dihadap bercakap)antara contoh penggunaannya didlm Al-Quran ialah,dlm surah Al-Fatihah: bermaksud "segala puji bg Allah ,Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam(2)yg maha pemurah lagi mengasahani (3)yg menguasai pemerintahan di hari pembalasan (hari akhirat). (4)engkau shj kami sembah dan kepada engkau shj kami memohon pertolongan.(5)sedangkan qias(bahasa biasa)mengkehendaki"dia shj,bukan "engkau sahaja"
4.pertukaran daripada"ghaibah"(orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya)kepada "takallum"(orang yg bercakap),antara contoh penggunaan nya didlm al Quran ialah bermaksud,dan sesungguhnya Allah  telah mengambil perjanjian setia(dari)bani israil dan kami telah  angkat diantara mereka 12 orang pemimpin(Al-Maidah:12)sedangkan qias(bahasa biasa)mengkehendaki dia telah angkat dlm btk ghaibah juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan