Rabu, Februari 22, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 82 12:8-42

Ada 15 dugaan dan keadaan2 nabi Yusuf diuji.
Dan semua Kadan ini lulus.
Ayat 4 adalah keadaan yg 1,mimpi .
Nabi Yusuf diuji bermimpi dan tidak boleh bg tahu saudara2 nya

Ayat 8
إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ
وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا
وَنَحْنُ عُصْبَةٌ
إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri):
"Sesungguhnya Yusuf dan adiknya,
lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."
👉 ini adalah keadaan ke2 ujian nabi Yusuf.
Layanan kasihsayang mesti adil.
Bukan dari segi kasihsayang shj.tapi layanan tetap sama.
Jika Lebih disayangi maka lebih manja dan mesra.
Abang2 yusuf dengki

Ayat 9
اقْتُلُوا يُوسُفَ
أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ
وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ

(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf
atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh,
supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata,
dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".
👉mereka bermesyuarat.
Cadangan 1,bunuh
Cadangan 2,buang
Dengki boleh menyebabkan dibunuhnya seseorang.
Minta perlindungan bukan dari sifat dengki tetapi tindakan hasil dari sifat dengki.
Dengki boleh ada terjadi walaupun anak nabi

Ayat 10
قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ لَا تَقْتُلُوا يُوسُفَ
وَأَلْقُوهُ فِي غَيَابَتِ الْجُبِّ يَلْتَقِطْهُ بَعْضُ السَّيَّارَةِ
إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ

Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf,
tetapi buanglah dia ke dalam perigi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ),
kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".
👉ini cadangan abang  yg sulung.
Pagar yg ditutupi air dan orang bergantung untuk ambil air. غَيَابَتِ
Mereka setuju.

Ayat 11
قَالُوا يَا أَبَانَا
مَا لَكَ لَا تَأْمَنَّا عَلَىٰ يُوسُفَ
وَإِنَّا لَهُ لَنَاصِحُونَ

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami!
Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?
👉ini menunjukan semasa kecil lagi ,ayah mereka tidak percaya pada mereka.

Ayat 12
أَرْسِلْهُ مَعَنَا غَدًا يَرْتَعْ
وَيَلْعَبْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya;
dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
👉ini permohonan abang2 nabi Yusuf.

Ayat 13
قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَنْ تَذْهَبُوا بِهِ
وَأَخَافُ أَنْ يَأْكُلَهُ الذِّئْبُ
وَأَنْتُمْ عَنْهُ غَافِلُونَ

Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".
👉kebimbangan bapa nabi Yusuf.

Ayat 14
قَالُوا لَئِنْ أَكَلَهُ الذِّئْبُ
وَنَحْنُ عُصْبَةٌ
إِنَّا إِذًا لَخَاسِرُونَ

Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya,
sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".
👉Jawapan balas abang nabi Yusuf.

Ayat 15
فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَأَجْمَعُوا أَنْ يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَتِ الْجُبِّ ۚ
وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُمْ بِأَمْرِهِمْ هَٰذَا
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:"
Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini,
sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ".
👉sangat silap tafsir ,nabi Yusuf dibantai oleh abang2 nabi Yusuf .mereka cuma ingin Yusuf ketempat lain shj bukan untuk disiksa.
Ada yg kata 3hari sebelum dipungut .
Kasihsayang bukanlah boleh dipindah2kan dengan menghilangkan orang disayangi

Ayat 16
وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ

Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.
👉abang Yusuf balik waktu mlm.ini helah 1.helah ke2 ,supaya bapa mereka tertanya2.

Ayat 17
قَالُوا يَا أَبَانَا
إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ
وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ ۖ
وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا
وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ

Mereka berkata: "Wahai ayah kami!
Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami,
lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini,
sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".
👉ini alamat atau helah orang menipu,ayat yg  yakin.

Ayat 18
وَجَاءُوا عَلَىٰ قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ ۚ
قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ
وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu.
Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal).
Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."
👉bukti darah yg bohong.
Lumurkan darah kambing dan baju tidak koyak.
Nafsu kamu telah menggoda kamu سَوَّلَتْ
Kenapa bapa Yusuf tak suruh cari dan Yusuf tak balik?
Kerana nabi Yaakub telah dpt wahyu.dan dia reda diatas taqdir.
Nabi Yusuf juga terima taqdir Allah.

Ayat 19
وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ
فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ ۖ
قَالَ يَا بُشْرَىٰ هَٰذَا غُلَامٌ ۚ
وَأَسَرُّوهُ بِضَاعَةً ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan;
lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka;
(setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya)
ia berseru dengan katanya: "Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)".
(Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan.
Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
👉ada abangnya yg mengintip.
Abangnya dakwa Yusuf adalah hamba yg suka lari.
Yusuf yg merdeka dikatakan hamba.

Ayat 20
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ
وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya;
dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.
👉dijual dgn harga murah shj.
Jika tidak dijual dibimbangi akan  diambil balik.

Ayat 21
وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِنْ مِصْرَ
لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَىٰ
أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا ۚ
وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ
وَلِنُعَلِّمَهُ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir),
berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak".
Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi),
dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi.
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
👉diletak tempat lelong hamba abdi dan dijual dgn harga yg sangat mahal.
Ramalan tepat yg akan berlaku dgn alamat2 ketandaan
ْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ

Ayat 22
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan;
dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉waktu yg sempurna mengikut ibnu abbas 35th.
Termasuk juga kita umatnya وَكَذَٰلِكَ
Ayat 23
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا
عَنْ نَفْسِهِ
وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ
وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ
قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ
إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya;
dan perempuan itupun menutup pintu-pintu
serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu);
sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya;
sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
👉keadaan ke5.
Tiada nama perempuan.
Cepatlah diri mu ikut kehendaku هَيْتَ لَكَasalnya aku minta perlindungan dr allah
Kalimah untuk elak gangguan مَعَاذَ اللَّهِ

Ayat 24
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ
وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَنْ رَأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ
كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya,
dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji,
kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
👉Nabi Yusuf ada ismah(rohani yg boleh jaga Burhan) Kalu orang biasa taqwa وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَنْ رَأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّه
Keinginan ,azam baru akan dikira.lintasan tidak dikira.

Ayat 25
وَاسْتَبَقَا الْبَابَ
وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ
وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ ۚ
قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا
إِلَّا أَنْ يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu,
serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu
melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".
👉kelicikan wanita itu dgn cepat menukar atau ubah dgn cepat
Lintasan tiada masalah
Azam jadi dosa.
Nabi Yusuf lari dr zina.
Perempuan itu tarik baju yusuf وَقَدَّتْ
Allah taqdirkan suami perempuan balik.

Ayat 26
قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي ۚ
وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا
إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ
وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya)
dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama)
tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu,
dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
👉ini adalah pembelaan terhadap maruah diri.ini kata nabi Yusuf.
Allah adakan saksi.

Ayat 27
وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ
فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu,
dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".
👉

Ayat 28
فَلَمَّا رَأَىٰ قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ
قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ ۖ
إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang,
berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan;
sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
👉terbukti helah perempuan itu.

Ayat 29
يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۚ
وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ ۖ
إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ الْخَاطِئِينَ

Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini.
Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"
👉menteri berkata kepada yusuf.
Keadaan ke 6 Yusuf.

Ayat 30
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ
امْرَأَتُ الْعَزِيزِ
تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ ۖ
قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا ۖ
إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya,
sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya;
sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."
👉heboh dikalangan wanita2 pembesar.
Wanita2 ini juga ingin tengok juga Yusuf.
Cinta yg mendalam شَغَفَهَا

Ayat 31
فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ
أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ
وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً
وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا
وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ
فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ
وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ
وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ
مَا هَٰذَا بَشَرًا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka
dan menyediakan satu jamuan untuk mereka,
serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau.
Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka".
Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya,
dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"
👉tempat tinggi مُتَّكَأً
Jika ada Soalan,sebagai seorang nabi sanggupkah berjalan didepan wanita2? ِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ
Sebabnya boleh atas dasar nabi Yusuf tidak tahu helah perempuan aziz.
Atau tidak mencacatkan nabi.
Secantik itu rupanya dan Maruahnya tidak tercemar seperti  مَلَكٌ

Ayat 32
قَالَتْ فَذَٰلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ ۖ
وَلَقَدْ رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ ۖ
وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ
وَلَيَكُونًا مِنَ الصَّاغِرِينَ

(Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya!
Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya;
dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan,
dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."
👉Wanita Aziz telah sabar berpuluh tahun,tempuh yg sangat lama
Dia keras menolak فَاسْتَعْصَمَ
Dia akan dipenjarakan لَيُسْجَنَنَّ

Ayat 33
قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ
مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ ۖ
وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ
وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara
dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.
Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka,
mungkin aku akan cenderung kepada mereka,
dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
👉

Ayat 34
فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka;
sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉

Ayat 35
ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآيَاتِ
لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّىٰ حِينٍ

Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu,
serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
👉Perempuan dgn kelicikan mencadangkan kepada suaminya supaya masuk penjara dan tanpa keadilan.
Penjara sebab tidak tunduk pada kehendak perempuan aziz dan untuk menutup aib keluarga.

Ayat 36
وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ ۖ
قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْرًا ۖ
وَقَالَ الْآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا
تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ ۖ
نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ ۖ
إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja.
Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ".
Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata):
"Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)".
👉keadaan yg ke7
Rancangan nak bunuh raja .
Tukang masak raja
Tukang buat air raja.
Tetapi yg buat makanan bg tau raja ada racun.
2orang ini masuk penjara.
Macam mn dia boleh suruh Yusuf  takwil mimpi?
Perbualan telah berlaku antara mereka dgn Yusuf.

Ayat 37
قَالَ لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ
إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا ۚ
ذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي ۚ
إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara),
melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu.
Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.
Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.
👉Nabi Yusuf memperkenalkan diri sebelum mengajak kepada Allah.

Ayat 38
وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۚ
مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ۚ
ذَٰلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا
وَعَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub.
Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah.
Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
👉Disini Kholasoh agama .

Ayat 39
يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?
👉Perkara pertama

Ayat 40
مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ
إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ ۚ
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ
أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ
ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu,
Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah.
Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.
Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
👉perkara ke2

Ayat 41
يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَمَّا أَحَدُكُمَا فَيَسْقِي رَبَّهُ خَمْرًا ۖ
وَأَمَّا الْآخَرُ فَيُصْلَبُ فَتَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْ رَأْسِهِ ۚ
قُضِيَ الْأَمْرُ الَّذِي فِيهِ تَسْتَفْتِيَانِ

"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah):
adapun salah seorang dari kamu,
maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya.
Ada pun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya.
Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu".
👉tadbir mimpi nabi Yusuf .

Ayat 42
وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ
أَنَّهُ نَاجٍ
مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ
فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ
فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ

Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua:
"Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu".
(Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya.
Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.
👉


Tiada ulasan:

Catat Ulasan