Jumaat, November 10, 2017

usul dirayat 3 (sesi 5).

2.At-Thabari ,Ibnu Abi Hatim  dan al-Baghawi adalah ahli tafsir yg paling banyak mengemukakan riwayat2 Israiliyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub as.Kisah yg  kebanyakannya berpunca drp Wahab bin Munabbih dan Kaab al-Ahbaar itu telah menghiasi beberapa muka surat didalam tafsir mereka ketika mentafsir ayat 83&84 dari surah al Anbiya' dan ayat 41-44 dari surah shaad.Tentang  penderitaan dan kesengsaraan yg menimpa diri nabi ayyub byklah cerita yg panjang atau yg pendek.Kesimpulan cerita ialah beliau seorang yg kaya raya,tetapi dermawan.Suka  menolong orang miskin melarat dan sangat bertaqwa pula kepada Tuhan.Kemudian datanglah pusingan dunia,beliau jatuh melarat,harta kekayaan habis musnah dan badan pun jatuh sakit.

Antara yg tersebut didlm riwayat2 Wahab dan Kaab ialah:
(1)Nabi Ayyub telah mengalami penyakit kusta diseluruh tubuhnya
(2) Tidak ada bahagian tubuh Nabi Ayyub yg terselamat daripada penyakit itu kecuali hati dan lidahnya yg dilindungi Allah untuk beliau berzikir kepadaNya.
(3)Nabi Ayyub telah diluati dan dijijiki orang ramai.
(4)Orangramai telah membuang  nabi Ayyub ditempat pembuangan sampah dan kotoran .
(5)Tidak ada orang yg mengasihani Nabi Ayyub dan bersimpati dgnnya selain isterinya.
(6)Isteri Ayyub telah menghadapi banyak sekali cabaran,dugaan dan kesengsaraan semasa menjaga Nabi Ayyub dlm penderitaannya.
(7)Kudis2 ditubuh nabi Ayyub  dikatakan berulat.
(8)Nabi Ayyub dikatakan sentiasa dikerumuni serangga dan binatang melata.Pembangkai(binatang yg makan bangkai binatang lain seperti anjing ,serigala dll)juga dikatakan sentiasa mengintai peluang untuk mengonggong tubuh nabi Ayyub.
Menurut riwayat as-Sauddi ,penyakit kulit yg  dideritai Nabi Ayyub itu telah membuatkan daging ditubuhnya menjadi reput dan tanggal sedikit demi sedikit sehingga akhirnya yg tinggal hanyalah tulang2 dan urat2 sahaja.

3.Imam Ahmad didlm kitabnya az-Zuhd dan at-Thabari didlm Tafsirnya dgn sedikit perbedaan pada lafaz meriwayatkan drp Abdur Rahman bin Jubair.Berikut dikemukakan lafaz  riwayat at-Thabari didlm Tafsirnya:
Maksudnya,setelah Nabiyullah Ayyub as diuji dgn kehilangan harta benda dan anak-pinak serta penyakit teruk ditubuhnya.Beliau pula dibuang ditempat pembuangan sampah..

Komentar
a)Walaupun hadits (1)dihukum sahin oleh al-hakim,ibnu hibban dan ad-Dhiyaa' al-Maqdisi,Ibnu Katsir tetap berkata,mengatakan hadits ini marfu' adalah terlalu gharib.
b) Kata al-Bazzaar ,kita tidak mengetahui ada sesiapapun meriwayatkan hadits ini drp az-Zuhri drp Anas selain Uqail.Kata2 al-Bazzaar ini menunjukkan bg beliau hadis berkenaan adalah sebuah hadis gharib.
c)Al-Imam Abu Bakr Ilmu al-Arabi berkata ,Tidak ada yg sahih berhubung dgn malapetaka yg menimpa Ayyub as selain apa yg difirmankan Allah didlm KitabNya.Satu didlm surah al-Anbiya ayat 83-84 dan satu lagi didlm surah shaad ayat 41-44
Adapun hadits Nabi saw maka tidak ada satu pun yg sahih berhubung dgn kisah Ayyub selain drp hadits berikut:
Bermaksud:Abu Hurairah ra meriwayatkan daripada Nabi saw Baginda bersabda ,ketika Ayyub as sedang mandi bertelanjang ,tiba2 berguguran belalang emas diatasnya.Ayyub terus mengaut belalang itu kedlm kainnya.Maka Tuhannya menyeru dgn berkata,wahai Ayyub,aku telah membuatkan engkau tidak memerlukan kepada apa yg engkau lihat itu?Ayyub menyahut ,memanglah ,demi kemuliaan Mu!bagaimanapun aku tetap memerlukan keberkatanMu(hadits riwayat Bukhari ,Ahmad dan Nasai)
d)Syeikh Dr Muhamad bin Muhamad Abu Syahbah didlm bukunya al israliyat al-maudhu'at Fi Kutuh at-tafsir menulis ,Para ulama muhaqiqin(pengkaji hadits)berpendapat,hanya pereka2 hadits yg kerjanya menyusun  sanad2 untuk hadits rekaan mereka shj mengaitkan hadits diatas dgn Nabi  saw.
e)Sesetengah ulama hadits mempertikaikan sanad hadits Anas diatas kerana ia diriwayatkan  oleh az-Zuhri secara 'an anah'
f)riwayat2 yg dinukilkan drp Wahab bin Munabbih ,Kaab al-Ahbaar dll ahli kitab yg memeluk agama Islam dizaman sahabat tentang bencana yg telah menimpa Nabi Ayyub semuanya berpunca drp riwayat2 israiliyat semata2.
g) perawi2 yg terlibat dlm menukilkan riwayat2 tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub kebanyakanya bermasalah spt Ghiyaats bin Ali bin Zaid bin Jud'aan(terlalu dhaif dan rafhidah),As-Sauddi as-Shaghir (pendusta besar),As-Suddi al-alKabir(pendusta )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan