Usul 15
Antara ayat2 muhkamat dan ayat2 mutasyabihat.
HURUF2 MUQATTHA'AH DIDALAM ALQURAN
Huruf2 muqattha'ah @ huruf potong atau singkatan.
Singkatan kepada apa?
Ia dipanggil huruf muqattha'ah kerana setiap hurufnya dibaca secara terpisah dan berasingan daripada huruf2 yg lain.Ia tidak merupakan huruf yg membentuk sesuatu yg mengandungi makna ttt.Walaupun pada zahirnya huruf muqattha'ah itu berbentuk satu perkataan,namun ia dibaca secara terpisah dgn nama2 asalnya
Contoh الم,ia akan dibaca secara terpisah,alif,lam,miim
Contoh كهيعص akan dibaca secara terpisah kaaf,ha,ya,ain,shaad.
Dan begitulah seterusnya dgn lain2 lagi.
Pada asalnya apa yg disebut itu adalah nama2 huruf berkenaan .Tetapi tentulah disebaliknya ada maksud2 tersirat yg dikehendaki Allah swt bilangan huruf muqattha'ah itu 14 semuanya.
Terdapat 29 surah yg di mulakan huruf muqattha'ah.
ا ل م ص ر ك ه ي ع ط س ح ق ن
Atau disusun jadi himpunan :
نص حاكيم قاطع له سر
Keterangan Orang yg bijaksana putus ada rahsianya
Dibawah ini dikemukakan carta perincian 29 surah yg dimulakan dgn huruf2 muqattha'ah tersebut tadi.
Jumlah itu merupakan separuh drp keseluruhan huruf ejaan bahasa arab.14 huruf berkenaan adalah seperti berikut:
1.Al baqarah madaniyah الم
2.Ali imran madaniyah الم
3.Al a'raf makkiyah المص
4.Yunus makkiyah الر
5.Hud makkiyah الر
6.Yusuf madaniyah الر
7.Ar rad makkiyah atau madaniyah
8.Ibrahim makkiyah الر
9.Al Hijr makkiyah الر
10.Maryam makkiyah كهيعص
11.Taha makkkiyah طه
12.As syuara makkiyah طسم
13.An naml makkiyahطس
14.Al qasas makkiyah الم
15.Al ankabut makkiyahالم
16.Ar rum makkiyah الم
17.Lukman. makkiyahالم
18.As sajadah makkiyah الم
19.yassin makkiyah يس
20.Sad makkiyahص
21.Al Ghafir makkiyah حم
22.Al Fussilat حم
23.As Syura makkiyahحم عسق
24.Az zuhruf makkkiyahحم
25.Ad Dukhan makkiyahحم
26.Al jathiyat makkiyahحم
27.Al ahqof makkiyahحم
28.Al qaf makkiyahق
29.Al Qalam makkiyahن
Al-Farraa',(m 207)didlm kitabnya Maani al quran dan Abu Jaafar an-Nahhaas(m 338h)didlm kitabnya I'raabu al quran menukilkan drp Sibawaih dan gurunya Khalil bahawa huruf2 muqattha'aah yg tersebut permulaan 29 surah al quran itu walaupun merupakan isim2 (katanama)mu'rab,namun selagi tidak dimasuki 'aamil dan tidak dijadikan sebagai drp mana2 ayat,selagi itulah ia dibaca dgn jazam dan sukun.Dan mesti diwakaf pada akhir tiap2 satu drpnya.
Az Zamakhsyari(m 538h),al Baidhawi(m 791h),Abu as-Sa'ud(m 951) dll muhaqiqin dlm bidang tafsir mentarjihkan pendapat Sibawaih dan gurunya Khalil itu(lihat faarra-maani almquran j.1 m/s9,Abu Jaafar an Nahhas-I'raab al quran j.1m/s 177,tafsir al kassyaaf,tafsir al Baidhawi dan tafsir Abu as sa'ud dibawah ayat 1 surah al baqarah)
HURUF MUQATTHA'AH MENURUT AL KHULAFA AR RASYIDUN.
Kedudukan huruf muqattha'ah sebagai sebahagian drp alquran merupakan suatu perkara yg mutawatir disisi seluruh umat Islam.Oleh itu mempercayainya sebagai sebhg al quran yg iditurunkan Allah adalah wajib sama seperti mempercayai ayat2 yg lain drp al quran .Al quran sendiri melalui mana2 ayatnya tidak pernah mentafsirkan dan menjelaskan makna2nya.Tidak pernah juga Rasullah saw melalui mana2 riwayat yg sahih menerangkan dan menghuraikan makna2nya.Jika huruf muqattha'ah itu mengandungi ajaran akidah ttt yg mesti diimani sehingga tidak sah atau kurang iman sesaorang yg tidak mempercayainya,tentulah Allah dan RasulNya tidak membiarkannya begitu shj tanpa sebarang penjelasan dan penerangan .Atau jika ia mengandungi sesuatu ajaran yg berkaitan dgn syariat dan amalan2 ttt yg tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia ,tentu juga Allah dan RasuNya telah memaklumkan kepada mereka maksud2nya.Huruf muqattha'ah ternyata dikekalkan sebagai rahsia yg tidak didedahkan,sama oleh Allah swt mahupun RasulNya yg diutus sebagai guru al quran yg pertama.Itulah sebabnya ada duriwayatkan daripada al khulafaa ar Risyidun,sekian ramai para sahabat dan tabiin bahawa mereka berkataهى سر الله في القران(ia adalah rahsia Allah didlm al quran)
Iman al baghawi (Muhyu as sunnah Abu Muhamad bin Masud al Bagahwi.Seorang muhaddits ,faqih dan mufassir yg terkemuka m516h)menulis:
Iman Sya'bi dan sekumpulan ulamak berkata الم dan semua huruf ejaan bahasa Arab dipermulaan beberapa surah al quran itu termasuk dlm ayat2 mutasyabihaat yg tidak ada sesiapapun mengetahui maknanya selain Allah.la merupakan rahsia al quran.Kita beriman dgn zahirnya(mempercayai sebagai sbhg dr al quran secara zahir shj)dan menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah swt.
Tujuan huruf2 itu disebutkan tidak lain hanyalah supaya kita mengimaninya.Abu Bakar dan Ali berkata,setiap kitab ada rahsianya.Dan rahsia Allah didlm alquran ialah huruf Muqattha'ah di permulaan surahnya.Daud bin Abi Hind berkata,saya selalu bertanya sya'bi tentang huruf2 itu.Jawab beliau,Wahai Daud ,sesungguhnya setiap kitab mesti ada rahsianya.Dan rahsia alquran ialah huruf2 Muqattha'ah di permulaan(beberapa)surah.
Tinggal sj huruf2 itu,dan tanyalah apa sj yg kau mahu selainnya(lihat ma'alimu at tanzil j.1m/s59)
Ahli tafsir terkenal al qurthubi (abu abdillah muhamad bin ahmad al anshaari al qurthubi m671h)menulis didlm tafsirnya begini:
Aamir asy-sya'bi ,sufyan ata-Tsauri dan sekumpulan muhadditsin berpendapat, huruf2 muqattha'ah itu adalah rahsia Allah didlm alquran ,Allah mempunyai rahsia didlm stiap kitabNya.Ia termasuk ayat2 Mutasybihaat yg hanya diketahui Allah(maksud sebenarnya).Tidak harus kita memperkatakannya.Apa yg perlu kepada kita ialah mengimani dan membacanya sebagaimana ia telah sampai kepada kita.Pendapat ini dinukilkan drp Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib ra.Abu Laits as-Samarqandi menukilkan drp Umar,Usman dan Ibnu Masud bahawa mereka berkata,Huruf2 muqattha'ah,itu termasuk dlm rahsia tersembunyi yg tidak boleh ditafsirkan.Kata Abu Haatim,Kita tidak dapati huruf2 Muqatth'ah didlm al quran melainkan dipermulaan (beberapa)surah .Dan kita tidak mengetahui apa yg dimaksudkan Allah dgnnya.Abu Bakar Ibnu al-Ambaari dgn sanadnya meriwayatkn drp Rabi' bin Khutsaim,kata beliau:
Sesungguhnya ALLAH telah menurunkan al quran ini .Ada isi kandungan al quran hanya diketahui Allah maknanya.Ada juga yg diberitahuNya kepadamu.
Maksudnya mana2 ayat2 alquran yg Allah khususkan dgn diriNya semata2,tidak akan dicapai oleh kamu.
Oleh itu jgnlah kamu bertanya tentangnya.Adapun yg Dia beritahu kepada mu itu,itu boleh kamu tanya dan semua kandungan al quran kamu tahu maksudnya.Dan buka juga setiap yg kamu tahu kamu amalkan.
Sesiapa yg percaya(beriman)kepadanya,ia dapat pahala dan bertuah.Sesiapa yg kufur dan syak terhadapnya ,ia berdosa dan menjauh.Huraits bin Dzuhair menukilkan drp Abdillah bin Masud bahawa beliau berkata ,Tidak ada keimanan orang mukmin yg lebih afdhal drp keimananya kepada perkara ghaib.
Kemudian beliau(Abdullah bin Masud) membaca
الذين يؤمنون بالغيب
(Orang2 yg percaya kepada perkara ghaib)
Kata alQurtubi ,pendapat yg dinukilkan oleh Rabi' bin Khutsaim tentang ayat2 mutasyabihaat dan hukumnya itu adalah sahih.Keterangan tentangnya akan dtg nanti insyallah dlm tasir surah Ali imran(al Jaami' Li Ahkaamul Quran j.1 m/s 154)
Ketika membincangkan tentang huruf2 muqattha'ah Hafiz Ibnu Katsir (m 774h) telah menulis dgn cantik sekali.
Kata beliau,Tidak syak sama sekali bahwa Allah swt tidak menurunkannya(huruf2 muqattha'ah itu)dgn sia2 dan percuma shj.Silap teruk orang2 yg mengatakan ,Ada didlm al quran huruf2 atau ayat2 yg dibaca sebagai ibadat semata2,sedangkan ia langsung tiada mempunyai makna(هو تعبد لا معنى له با الكليه)
Sebenarnya huruf2 muqattha'ah itu ada makna2nya yg tersendiri .Ia bukan kosong drp makna dan diungkapkan dgn sia2 shj.Jika ada sesuatu riwayat yg sahih berhubung dgn maknanya drp nabi saw, maka kita menerimanya.Jika tidak ada, maka kita menahan diri drp berkata sesuatu tentangnya disamping kita berkata (seperti tersebut didlm firman Allah bermaksud):
Kami percaya kepadanya.Semuanya dtg dr Tuhan kami.Tiada ijma' ulamak berhubung dgn maknanya.Mereka berbeda pendapat dlm masalah ini.Ada beberapa pendapat dinukilkan.
Barangsiapa mendapati mana2 pendapat yg disokong oleh dalil,bolehlah ia memilihnya.Sebaliknya dlm keadaan tiada dalil,dia hendaklah bertawaqquf(mengambil sikap tunggu dan berhenti sebentar sebagai langkah cermat)sehingga menemui dalilnya.(lihat tafsir alquran al adziim j.1 m/s 160)
Daripada pandangan dan hasil kajian tokoh2 tafsir terkemuka tadi dapat disimpulkan bhw menurut para khulafa ar Rsyidin ,tokoh2 sahabat dan tabiin,huruf2 muqattha'ah merupakan salah satu perkara mutasyabihaat didlm alquran yg tidak diketahui makna sebenarnya secara tepat ,pasti dan yakin oleh sesiapapun selain Allah.Ia adalah rahsia Allah berupa simbol2 dipermulaan beberapa surah al quran .Ibnu katsir menyingkapkan maksud kata2 Salaf bahawa,Ia merupakan rahsia Allah di dlm al quran.itu bukanlah sama sekali bererti huruf2 Muqatthaah kosong drp makna dan ia adalah suatu yg sia2 dan tidak berfaedah.Malah maksudnya ialah olehkerana tiada saluran yg menyakinkan pada kita untuk mengetahui makna2nya ,maka itulah sebabnya kita tidak mempunyai pengetahuan yg pasti dan menyakinkan tentangnya
Silap teruk sekali orang2 yg mengatakan huruf2 muqattahaah itu langsung tidak mengandungi makna dan maksud.Jika ada pada sesaorang dalil yg kuat untuk mentafsirkan dan menyatakan pandanganya tentang huruf2 muqattahaah itu langsung tidak mengandungi makna dan maksud.Jika ada pada sesaorang dalil yg kuat untuk mentafsirkan dan menyatakan pandanganmya tentang huruf2 muqqattahaah itu,dia boleh sj mengemukakannya.Tetapi tafsiran dan pandangannya itu tidak harus dianggap sebagai pasti tepat dan bersifat qathi.
Sekadar tafsiran berupa andaian yg bersifat dzanni shj boleh diterima.
Penjelasan Ibnu Katsir itu dapat menghilangkan kemusykilan sesetengah pihak bahawa kalau para Khulafa ar Rasyidun sudah mengatakan huruf2 muqatthaah itu sebagai rahsia Allah didlm al Quran,kenapa pula aa sahabat2 tabiin,sesetengah ahli tafsir dan ahli hadits yg terkemuka masih mentafsirkan dan matakwilkannya?
Kenapa mereka masih terus berbincang dan memperkatakan tentang rahsia2,isyarat2 dan hikmat disebaliknya?
Jawabnya ialah tafsiran dan takwilan mereka berkenaan bukanlah dipercayai sebagai sesuatu yg qathi dan pasti,malah ia hanya bersifay dzanni dan andaian shj.
[Catitan tambahan
Ayat selepas huruf muqotoah, biasanya berkaitan dgn penurunan Al-Quran.
Isim mukrok,katanama yg boleh berubah mengikut keadaan @katanama yg menerima perubahan.
Sibaweh imam dlm ilmu nahu.
ا لف
جيم
Dibaca jazam dan sukun ,jika tak duduk dlm ayat ,kata sibaweh.walaupun isim mukrok
Azzamasyari mati tahun 538hijrah.
Huruf muqotoah adalah Ayat Quran dan Mutawatir.
Mengapa tak diterjemah?
Amin atau امين ,bukan Quran sebab tu tiada ditulis.
Jika berkaitan dgn aqidah yg menyebabkan kita bahagia atau berkait dgn amalan yg menyebabkan keuntungan kepada kita tentu akan diberitahu tentangnya.Guru yg mula2 sekali yakni nabi tiada memberitahu.
Huruf2 muqotoah adalah sebahagian dari mutasyabiah.
Tak perlu tahu dan kehidupan kita tidak bergantung kepadanya.
Tafsir qurtubi:adalah rahsia Allah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan