Sabtu, November 11, 2017

Usul dirayat 3(sesi 6).

h)Isi kandungan riwayat2 itu ketara berbeza dan ia menjadikannya muttharib.Hadits muttarib merupakan hadits dhaif disisi para ulama hadits.Antara yg berbeza dlm riwayat2 berkenaan ialah:

(1)tentang tempuh nabi Ayyub diuji
1.berdasarkan riwayat Anas,18th
2.menurut riwayat Ibnu Abbaas ,Kaab al Ahbaar dan Yahya bin Abi Katsir,7th
3.kata hasan al basri,7th dan beberapa bulan
4.menurut Wahab bin Munabbih pula 3th shj,tidak lebih dan tidak kurang.

(2)Tentang sebab yg mendorong Nabi Ayyub akhirnya berdoa dan merayu kepada Allah agar penyakit kulitnya disembuhkan,juga ada perbedaan diantara riwayat2 yg dinukilkan
1.nabi ayyub pernah mengidam sesuatu makanan.Isterinya tidak mampu mendapatkannya melainkan dgn menjual  sejambul rambutnya.Bila Ayyub tahu hal itu,terus beliau berdoa dgn berkata:Itulah sebab yg diriwayatkan oleh ad-Dhahhaak drp Ibnu Abbaas
2.Allah melupakan Ayyub berdoa supaya disembuhkan,walaupun beliau sentiasa ingatkan Allah.Apabila tempuh ujian terhadapnya berakhir,barulah Allah mengingatkannya supaya berdoa kepadaNya.Sebaik sj beliau berdoa,Allah terus menerima doanya.Ini adalah berdasarkan riwayat al-Aufi drp Ibnu Abbas.

i)Apa yg tersebut didlm riwayat2 Israiliyat tentang kisah penderitaan nabi Ayub itu sebenarnya bercanggah sama sekali dgn aqidah Islam tentang para nabi dan rasul Allah.
Menurut aqidah Islam para nabi dan rasul juga manusia.Apa yg berlaku kepada orang lain sebagai manusia boleh juga berlaku kepada mereka selagi ia tidak haram.Cuma  yg mustahil ada pada mereka atau berlaku kepada mereka ialah penyakit2  yg mengaibkan atau keadaan2 yg menghalang orang ramai mendekati mereka.Penyakit2 seperti gila ,kusta buta dll tidak mungkin berlaku kepada para nabi dan rasul,kerana ia merupakan penyakit2 yg akan menghalang mereka drp melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.Masyarakat pula tentu sekali menganggap orang2 yg mengalami  penyakit2 seperti itu sebagai tidak  sempurna.Keadaan ini akan membuatkan orangramai menjauhkan diri dari mereka.Sebagai akibatnya,tidak sempurnalah hujjah Allah terhadap manusia.Antara yg tercatat didlmnya ialah mustahil berlaku para nabi dan rasul itu penyakit gila.Kerana ia adalah suatu kekurangan.Sama seperti gila,penyakit2 lain seperti kusta,sopak,buta dll penyakit yg  membuatkan manusia menjauhkan diri drp pengidapnya..Adapun hikayat2 yg  tersebar dikalangan orangramai tentang Nabi Ayyub mengalami penyakit kulit yg menyayat hati ,semuanya karut semata2

j)Dr Muhamad Abu Syahbah,apa yg mesti dipercayai oleh umat Islam  berhubung dgn Nabi Ayyub berdasarkan dua firman Allah didlm Surah Al Anbiyaa' dan surah Shaad ialah beliau a.s memang pernah diuji Allah.Tetapi ujian Allah terhadapnya tidaklah sampai seperti yg tersebut  didlm dongeng2  Israiliyat itu.Nabi Ayyub tentunya tidak kena penyakit kusta.

k)Didlm al quran nama Ayyub tersebut pada 4 tempat shj
dan kisah Ayyub dirangkumkan Allah didlm hanya 6 ayat alquran shj.Pun begitu ,ia sudah mencukupi untuk mendapat gambaran yg terbaik tentang nabi Ayyub.

l)Kisah Ayyub juga ada disebutkan dlm Bible .
Seperkara lagi yg sangat berbeza diantara Bible dan riwayat2 Israiliyat yg tersebar dlm masyarakat Islam berhubung dgn kisah penderitaan Ayyub ,iaitu didlm Bible langsung tidak ada watak seorang perempuan isteri Ayyub  yg sangat setia kepadanya.Sementara didlm riwayat2 Israiliyat pula ia merupakan  watak utama.

m) Kisah penderitaan Ayyub yg berpunca drp riwayat2 Israiliyat telah mendapat tempat dihati masyarakat  awan Islam kerana beberapa sebab berikut:
(1)Ia dipercayai sebagai kisah yg benar2  telah disampaikan oleh Rasullah saw sendiri
(2)Ia dipercayai sebagai tafsiran Rasullah saw dan para sahabatnya terhadap dua firman Allah di dlm surah
al Anbiyaa' dan surah Shaad.
(3)Ia dikemukakan oleh tokoh2 tafsir yg terkenal .
(4)Ia cukup cocok dan sesuai untuk  mengambarkan seorang yg berada dipuncak  Maqam sabar.
(5) Kalau Ayyub tidak mengalami penyakit kulit yg teruk dan sebagai akibatnya beliau tersisih dari masyarakat umum seperti digambarkan didlm riwayat2 Israiliyat tersebut ,belum lagilah ujian Allah dapat dikatakan telah sampai kekemuncaknya!
(6)Kisah2 itu cukup menyayat hati dan cukup tragis,khususnya ia telah berlaku kepada seorang nabi kesayangan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan