Usul dirayat ke3
Hadits2 atau riwayat2 yg tidak sesuai dan tidak layak dgn kedudukan nabi2 dan mengaibkan mereka
Contoh pertama;
Kisah nabi Ayub as mengalami penyakit kulit luar biasa selama lebih 10th,menyebabkan semua anak buah dan pengikut beliau menjauhkan diri dari beliau adalah sebuah kisah yg masyhur dan tersebar dgn meluas dlm masyarakat Islam diseluruh dunia.Nabi Ayub as kerana penyakit itu dipandang begitu hina oleh masyarakat sehingga beliau dianggap tidak layak lagi berada dlm perkumpulan orangramai.
Beliau as sebaliknya telah dibuang ditempat pembuangan sampah dan kekotoran.Selain isteri dan 2orang kerabat beliau,tiada siapa pun yg menjenguk dan menghiraukan beliau yg sedang menderita itu.Kisah penderitaan Ayyub begitu popular kerana dikatakan berpunca drp beberapa hadits Rasullah saw dan atsar para sahabat baginda yg dikemukakan oleh sekian ramai ahli tafsir terkenal seperti At Thabari,Ibnu Abi Hatim,al-Baghawi dll.Mereka pula mengemukakannya sebagai tafsiran kepada dua rangkaian firman Allah didlm alquran,satunya didlm
surah shaad 41-44
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
-Sura Sad, Ayah 41
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ ۖ هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
-Sura Sad, Ayah 42
وَوَهَبْنَا لَهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنَّا وَذِكْرَىٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
-Sura Sad, Ayah 43
وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلَا تَحْنَثْ ۗ إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا ۚ نِعْمَ الْعَبْدُ ۖ إِنَّهُ أَوَّابٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).
-Sura Sad, Ayah 44
dan satu lagi didlm
surah al anbiyaa 83-84.
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
-Sura Al-Anbiya', Ayah 83
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِنْ ضُرٍّ ۖ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَذِكْرَىٰ لِلْعَابِدِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
-Sura Al-Anbiya', Ayah 84
Jika diteliti kedua2 kelompok ayat diatas,ia secara ringkas mengisahkan peeitiwa getir yg dialami Nabi Ayyub dan kurniaan Allah kepada beliau setelah beilau berjaya menghadapinya dgn penuh kesabaran.Ia secara umum dan secara kasar memaparkan kisah penderitaan dan kesengsaraan yg pernah dialami Nabi Ayyub dlm satu fasa kehidupanya.
Tidak tersebut satupun perkataan didlm kedua2 kelompok ayat tadi yg jelas menunjukan Nabi Ayyub telah mengalami penyakit kulit yg teruk sehingga beliau ditinggalkan oleh semua orang kecuali isteri dan dua orang kerabat terdekatnya.Kerana penyakit kulitnya beliau yelah dibuang oleh masyarakat ditempat pembuangan sampah dan kotoran.
Beliau pula terpaksa sentiasa bergelumang dlm abu untuk meringankan penyakit kulit yg dideritainya.
Cerita tentang nabi Ayyub pernah mengalami penyakit kulit yg kronik itu kalaupun ada,ia hanya berpunca daripada riwayat2 Israiliyat yg disebarkan oleh golongan Ahli Kitab yg memeluk agama Islam dizaman tabiin,seperti Ka'ab al Ahbaar,Wahab bin Munabbih dll.
Ia sebenarnya sama sekali tidak berasas dan tidak dtg drp Rasullah saw menerusi saluran2 riwayat yg boleh dipertanggungjawabkan.
Mari kita lihat pula apa yg dikatakan sebagai hadits2 Rasullah saw dan atsar2 para sahabat yg dijadikan sebagai pentafsir kepada firman Allah tadi.Penulis akan mengemukakan 3 sahaj sebai contoh.
(1)Ibnu Abi Hatim dll..daripada Anas bin Malik bahwa Nabi saw pernah bercerita
Bermaksud:Sesungguhnya Nabi Ayub as diuji Allah selama 18 tahun.Akibatnya beliau tidak dihiraukan oleh keluarga dan masyrakat kecuali 2 orang keluarga terdekatnya.Mereka berdua dtg menjenguk pada waktu pagi dan petang.Bila petang mereka berdua pergi menjenguk Ayyub.Yg kedua tidak dapat mengawal perasaannya,lalu ia menceritakan kepada Ayyub apa yg dikatakan oleh kawan2nya.
Kata Ayyub :Tak tahulah aku apa yg kamu katakan itu .Cuma Allah tentu tahu bahawa aku sering kali lalu dihadapan dua orang lelaki yg selalu bertengkar.Semasa bertengkar mereka menyebut nama Allah.Aku pula setelah sampai kerumah,membayar kaffarah bg pihak mereka berdua kerana tidak senang hati dgn perbuatan mereka menyebut nama Allah (bersumpah atas nama Allah) dlm keadaan tidak benar(baik)seperti itu.Kata perawi ,Ayyub ketika pergi qadha hajat dan apabila selesai daripadanya akan dipegang(dipapah kerana terlalu lemah)oleh isterinya untuk sampai ketempat duduknya.Pada suatu hari Ayyub lambat dtg kepada isterinya.Beliau mendapat wahyu berupa firman Allah bermaksud"Hentakanlah (bumi)dgn kaki mu.Inilah air yg sejuk untuk mandi dan untuk minum."Siisteri yg berasa Ayyub lambat dtg pergi melihat .Ketika Ayyub telah pun dtg kepadanya dlm keadaan Allah telah menghilangkan drpnya segala penderitaan yg dialaminya.Ayyub pada ketika itu berada dlm keadaanya yg terbaik.Bila isteri Ayyub melihatnya teruslah dia berkata "wahai ,Semoga Allah memberkatimu.Adakah engkau nampak Nabiyallah yg menderita sakit itu?Demi Allah,Tidak pernah ku lihat sesiapa pun yg lebih menyerupainya daripada mu ketika ia sihat dahulu.
Kata Ayyub ,Akulah Ayyub...
Hadits ini dihukum sahih oleh Ibnu Hibban,Haakim,ah-Dhiayaa al-Maqdisi dan beberapa orang tokoh hadits yg lain.Hafiz Ibnu Hajar bahkan berkata,hadits ini adalah yg paling sahih berhubung dgn kisah penderitaan Ayyub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan