Ahad, November 12, 2017

Usul dirayat 3 (sesi 8).

Komentar:

(a)Itthiraab

[Itthiraab yg dimaksudkan disini ialah itthiraab pada matan atau teks riwayat.Ia bererti keadaan sesuatu riwayat yg berbeza2 ,berlainan dan bercelaru lafaz matannya,namun sama dari sudut kekuatan atau kelemahannya.Dengan kata lain ,ia adalah riwayat yg dikemukan dlm bentuk2 yg bertentangan dan berlawanan antara satu sama lain,disamping tidak ditarjih (diperiksa betul atau salah)dan tidak juga dapat dikompromi]

adalah faktor utama yg membuktikan kelemahan,bahkan kepalsuan kebanyakan riwayat2 Israiliyat.Ia amat ketara dlm riwayat2 yg sedang dibicarakan.Perlulah diketahui bahawa hadits atau riwayat muttharib(yg mempunyai sifat itthiraab) (12)merupakan hadits atau riwayat yg dhaif disisi ulamak hadits.
Antara sudut2 itthiraab yg terdapat dlm  riwayat2 Israiliyat tentang kisah Daud merancang membunuh Uria dan setelah ia terbunuh baginda mengahwini isterinya,selain kisah penyesalan Daud atas dosa yg telah dilakukannya ialah
(1)Didlm riwayat 2 dikatakan Nabi Daud telah bersujud sambil menangis selama 40malam.Sedang didlm riwayat  3 pula dikatakan Baginda as menangis selama 30th.

(2)Didlm ad-Durru al-Mantsur ada disebutkan satu riwayat yg dikemukakan oleh 'Abd bin Humaid daripada Kaab (bin al ahbar)(paderi yg masuk islam)katanya:
Nabi Daud bersujud selama 40 hari 40  malam sehingga kering air matanya.
Sedangkan didlm riwayat 3 pula tersebut airmatanya tidak henti2  mengalir siang dan malam.Bukan beliau shj yg menangis ,malah menangis juga bersama2 pokok2,pasir ,burung dan binatang2 buas,ikan2,gunung-ganang2,bukit-bukau dll sehingga airmata mereka mengalir seperi sungai.

(3)Didlm riwayat 'Abd bin Humaid daripada Kaab juga tersebut,'Allah setelah itu mewahyukan  kepada Daud ,"Wahai Daud !Telah Ku halalkan  untuk isteri mu Uria,maka isteri Uria dikahwininya.
Hasil perkahwinan itu lahirlah (nabi)Sulaiman as.
Tidak ada anak lain dilahirkannya,baik sebelum itu atau selepasnya.Sedang didlm Bible jelas tertulis bahawa Daud telah membuatkan isteri Uria  mengandung sebelum Uria terbunuh lagi.Anak dari kandungan itu kemudiannya meninggal dunia.Setelah Uria terbunuh,Daud mengahwini isterinya Batsyeba.
Setelah mati anak yg pertama ,baru Daud mendapat anak keduanya dari isteri yg sama.Anak kedua itu diberi nama Sulaiman .

(4)Didlm riwayat 3 tersebut bahwa setelah  Daud melakukan kesalahan besar tersebut,beliau  telah membahagikan masa didlm hidupnya kepada 4 bahagian.
Satu hari untuk menyelesaikan  perkara diantara Bani Israil satu hari pula untuk isteri2nya.Satu hari pula untuk beliau mengembara dibelantara ,bukit bukau dan ditepian pantai dan satu hari lagi beliau bersunyi diistana yg mempunyai 4,000mihrab.
Sedangkan berdasarkan riwayat drp!Hasan al-Bashri dan Ibnu Abbas pula tersebut bahawa memang beliau dari awal lagi telah membahagikan hari2 dlm kehidupannya kepada 4 bahagian.Satu hari khusus untuk beribadat kepada  Allah .Satu hari untuk menyelesaiakan kes2 yg dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya Bani Israil.

(5)Didlm riwayat 1 tersebut ketika Daud sedang membaca Zabur,tiba2 dtg seekor  burung keemasan warnanya berjalan dgn jinak dihadapanya.Sedangkan didlm riwayat yg  lain tersebut burung itu dtg ketika beliau sedang bersembahyang.Beliau sampai menghentikan sembahyang untuk menangkap burung itu.

(6)Didlm riwayat 2, tersebut
Bukankah Engkau tidak menganiayai sesiapa pun?"Kata Tuhan,"Pergilah engkau kekubur Uria dan serulah dia.Nanti akan ku perdengarkan kepadanya seruanmu.Minta halalah dgnnya?"Maka pergilah Daud ke kubur Uria dgn memakai pakaian rahib. Setelah duduk dekat kuburnya,berserulah Daud ,"Wahai Uria,Jawab Uria ,ya saya,siapakah yg telah memotong kesedapan
(nikmat)yg sedang aku rasai dan membuatkan aku terjaga.Kata Daud "Aku Daud ".Tanya Uria"Apakah yg membuat mu dtg kesini wahai Nabiyyallah?".Kata Daud ,"Aku memohon kepada mu agar memaafkan kesalahan yg telah aku lakukan kepadamu".Tanya Uria ,"Apakah kesalahan yg telah tuan lakukan kepada saya?".
Jawab Daud ,"Aku telah mendedahkan  engkau kepada pembunuhanmu".Kata Uria,tuan telah mendedahkan saya  kepada syurga(sebenarnya).Saya halalkan tuan."
Lalu Allah mewahyukan kepada Daud :"Wahai Daud!Bukankah Aku Hakim yg adil?Aku tidak menghukum dgn cara mengelirukan dan mengecoh.
Kenapa tidak engkau memberitahu kepadanya bahawa engkau telah mengahwini isterinya.Maka pergilah Daud  ke kubur Uria.Diserunya Uria.Disambutnya seruan Daud dgn bertanya ,Siapakah orang yg telah kesedapan (nikmat)yg sedang aku rasai ini?Jawab Daud,Aku Daud ."Uria terus berkata ,Wahai Nabiyallah !Bukan kah saya telah memaafkan tuan ?Kata Daud ,"Memang ,tetapi aku telah mendedahkan engkau kepada kematian sebenarnya dgn maksud untuk mengahwini isteri mu.Sekarang aku telah mengahwininya.Mendengar pengakuan Daud itu,Uria terus diam tidak berkata apa2. Walaupun dipanggil Daud ,ia tetap tidak menjawab.Berkali2 Daud memanggilnya,ia tidak juga menjawab.Maka berdirilah Daud dekat kubur Uria sambil mencurahkan tanah diatas  kepalanya sendiri.Kemudian beliau berteriak,"Binasalah Daud,binasalah dia ketika dipegang tengkuknya lalu di tolak ke hadapan orang yg dizaliminya.Maha suci Tuhan yg telah menciptakan cahaya.Binasalah Daud,binasalah dia ketika diseret diatas diatas mukanya bersama2 orang2 yg berdosa  ke neraka!.Maha Suci Tuhan yg telah  menciptakan cahaya .Binasalah Daud,binasalah dia ketika malaikat Zabaniah  menghampirkannya bersama2 orang2 yg zalim ke neraka!Maha suci Tuhan yg telah menciptakan cahaya.
Pada ketika itu dtglah satu seruan dari langit berbunyi,"Wahai Daud!Aku telah mengampuni dosa mu.Tangisan mu dikasihani .Aku terima doamu.Aku Hapuskan kesalahanmu.Daud bertanya ,Tuhanku,bagaimana Engkau mengampuniku sedang Uria tidak memaafkan daku?"Tuhan menjawab "wahai Daud !Akan Aku berikan kepadanya pada hari qiamat nanti sesuatu yg tidak  pernah dilihat oleh kedua matanya dan tidak pernah didengar oleh kedua telinganya.Dan Aku akan bertanya dia:"Hamba Ku telah puaskah?"Uria akan bertanya"Tuhanku ,bagaimana aku mendapat semua ini sedangkan amalanku tidaklah seberapa."Ketika aku berkata "Adalah ganjaran kerana hambaku Daud.Aku meminta dia dari mu.Maka terus  diberinyalah engkau kepada Ku".Berkata Daud :Tuhaku ,sekarang barunaku yakin engkau telah benar2 mengampuniku.

(7)Didlm riwayat 2 tersebut Daud mengetahui beliau diampuni Allah menerusi malaikat Jibrail.Didlmnya tidak ada pula cerita Nabi Daud disuruh pergi kekubur Uria untuk meminta maaf  kepadanya .Tidak juga ada cerita Nabi  Daud meraung sambil mencurahkan tanah diatas kepalanya dan semua dialog yg  berlaku diantara beliau dgn Allah dan dialog diantara beliau Uria dekat kuburnya.
Tetapi semua itu tersebut dgn jelas didlm riwayat Wahab bin Munabbih yg baru disebutkan tadi.

(8)Dan banyak lagi pertentangan yg lain.

(b)Didlm kitab perjanjian lama,sifir  Samuel  bab 11 dan 12 tersebut sebuah kisah romantis antara Daud dan Isteri Uria Hatti.Byk sekali terdapat persamaan diantaranya dgn riwayat2 Israiliyat yg tersebar didlm kitab2 tafsir yg telah disebutkan sebelum ini.Namun begitu juga percanggahan yg tidak dapat diharmoni dan dikompromikan antara satu dgn yg lain .Misalnya di dlm kebanyakan riwayat2 Israiliyat tidak tersebut perhubungan sulit (sampai ke peringkat perzinaan)diantara Daud  dan isteri Uria.Nabi Daud dikatakan telah berkahwin secara sah dgn isteri Uria selepas kematian Uria dimedan perang dan setelah selesai isterinya menghabiskannya​ iddahnya.Pereka2 cerita Israiliyat seolah2nya mahu  menjaga hati umat Islam yg begitu menghormati Daud sebagai seorang Nabi.Kesalahan atau dosa  besar yg telah  betul2 dilakukan oleh Daud hanyalah merancang pembunuhan Uria shj,walaupun yg mendorong beliau bertindak begitu ialah mengahwini isteri Uria .Persoalan akan timbul bahawa bagaimana seorang nabi boleh melakukan perbuatan sumbang yg merupakan dosa seperti itu?Biarpun,didlm sifir samuel 2bab 11 versa 2-5 jelas disebutkan Nabi Daud telah berzina  dgn isteri Uria sehingga ia mengandung kerananya.Lihat sendiri teks bible berikut:
Pada suatu sore,setelah Daud bangun tidur ,ia berjalan2 diatap istana yg datar itu.Dari situ ia melihat seorang wanita sedang mandi,dan wanita itu sangat cantik.Lalu Daud menyuruh menanyakan siapa wanita itu,dan diberitahu kepadanya bahawa wanita itu bernama Batsyeba,ayahnya bernama Eliam dan Suaminya adalah Uria orang Het.
Daud menyuruh menjemput wanita itu,dan setelah ia dtg ke istana,Daud tidur bersamanya(Batsyeba baru sj selesai melakukan upacara penyucian sehabis haid)Lalu pulanglah ia kerumahnya .
Beberapa waktu kemudian Batsyeba mulai mengandung,lalu ia mengirim khabar kepada Daud tentang hal itu.
Didlm sifir Samuel 2,bab 12 bermula detri versa 1-25 diterangkan bagaimana tuhan menempelak Daud  atas perbuatan kejinya membuat helah untuk membunuh Uria,kemudian mengahwini isterinya.Selain terdapat kisah persundalan Daud dan hukuman yg diterimanya kerana perbuatan kejinya itu,didlmnya juga terdapat kenyataan bahawa (nabi)Sulaiman juga merupakan anak(kedua) Daud dgn Batsyeba.Lihat teksnya dibawah ini:
Setelah itu Tuhan mengutus Nabi Natan menemui Daud.Natan pergi kepadanya  dan berkata,Ada dua orang yg tinggal  dlm satu kota,yg seorang kaya dan seorang lagi miskin ,
Sikaya  mempunyai banyak ternak dan domba,sedang simiskin hanya mempunyai seekor domba,yg dibelinya.Anak domba itu dipeliharanya sampai menjadi besar dlm rumahnya bersama2 dgn anak2nya.Anak domba itu diberi makan dari makanan orang itu,malahan minum dari cangkirnya,dan tidur dlm pangkuannya,pendek kata,dibuatanya seperti anak perempuannya sendiri.
Pada suatu hari sikaya kedatangan tamu.Sikaya tidak mau memotong domba atau lembunya sendiri supaya dimasak untuk tamunya.Tetapi ia mengambil anak domba simiskin itu,lalu dimasaknya untuk tamunya.
Mendengar Itu Daud menjadi sangat marah kerana perbuatan sikaya dan ia berkata:Kejam sekali orang kaya itu!Demi Tuhan yg hidup ,orang itu harus mengganti anak domba itu 4kali lipat dan ia harus dihukum mati.
Kata Natan kepada Daud,Bagindalah orang itu.Dan inilah yg dikatakan Tuhan,Allah Israil,Engkau sudah Kuangkat menjadi raja atas Israil dan Ku selamatkan dari Saul.
Kerajaan  Saul dan isteri2nya  telah Kuberikan kepada mu,bahkan engkau Ku angkat menjadi raja atas Israil dan Yehuda.
Seandainya itu belum cukup,pasti akan ku berikan kepada mu sebanyak itu.
Mengapa engkau tidak mempedulikan perintah2Ku?
Mengapa Kau lakukan kejahatan itu?Uria kau suruh bunuh dlm pertempuran ,kau biarkan dia dibunuh oleh orang Amon ,dan kau ambil  isterinya .
Kerana engkau tidak mentaati Aku dan kau ambil isteri Uria,maka dlm  setiap keturunan mu turun temurun ada  yg mati terbunuh.Aku bersumpah akan menimpakan malapetaka  terhadap mu yg  dtgnya dari keluarga mu sendiri.Aku akan mengambil isteri2 mu didepan mata mu sendiri dan ku berikan kepad orang lain yg akan tidur bersama mereka pada siang bolong.Engkau telah berbuat dosa dgn diam2,sebaliknya Aku akan membuktikan ancaman Ku dgn terang2an didepan seluruh Israil.
Lalu kata Daud kepada Natan ,"Aku telah berdosa terhadap tuhan".Jawab Natan"Tuhan  telah mengampuni Baginda,jadi Baginda tidak akan mati.Tetapi kerana Baginda telah menghina Tuhan dgn perbuatan itu.
Setelah itu pulanglah  Natan kerumahnya.Putra Daud  yg dilahirkan Batsyeba janda Uria,jatuh sakit dgn kehendak Tuhan.Lalu Daud berdoa kepada Tuhan supaya anak  itu sembuh .Ia berpuasa dan setiap malam ia berbaring semalam suntuk dilantai  kamarnya.Lau para pembesar istana pergi kepadanya dan membujuknya supaya  bangkit ,tetapi ia menolak dan tidak mau makan bersama dgn mereka.
Seminggu kemudian anak itu meningggal dan hamba2 Daud takut untuk memberitahukannya.Kata mereka ,ketika anak itu masih hidup,raja tidak mau  mendengarkan jika kita berbicara kepadanya.
Apalagi sekarang sesudah putranya meninggal!
Jangan2 ia akan nekad menyakiti dirinya.Ketika Daud melihat hamba2nya itu berbisik2 ,sadarlah dia bahawa anak itu sudah meninggal.
Lalu bertanyalah ia kepada mereka,"Apakah anak itu sudah meninggal"."Sudah ,Baginda ,jawab mereka .
Maka bangkitlah Daud dari lantai,lalu mandi dan menyisir rambutnya,serta bertukar pakaian.Kemudian ia pergi beribadat ke Rumah Tuhan .Setelah itu ia kembali keistana,dan minta dihidangkan makanan bgnya,lalu ia makan .Melihat itu,para hambanya berkata kepadanya,
"Kami tidak mengerti,Baginda .Ketika anak itu masih hidup,Baginda berpuasa dan menangisinya,tetapi setelah ia meninggal ,Baginda bangkit dan makan."ya ,jawab Daud.memang aku berpuasa dan menangis ketika anak itu masih hidup sebab aku fikir .Mungkin Tuhan akan kasihan kepada ku dan mengkehendaki anak  itu hidup.Tetapi sekarang ,setelah ia mati,apa gunanya aku terus berpuasa?Dapatkah aku menghidupkannya kembali?
Kelak aku akan pergi juga ketempat dia berada,tetapi sekarang dia tak akan kembali kepada ku.Kemudian Daud  menghibur hati Batsyeba isterinya ,lalu tidur bersamanya.Batsyeba melahirkan seorang putra yg dinamakan Solomon oleh Daud.Tuhan mengasihi anak itu dan menyuruh Nabi Natan menamakan anak itu Yedija,kerana Tuhan mengasihinya.
Cuba para pembaca bandingkan apa yg tersebut didlm Bible tadi dgn apa yg tersebut didlm riwayat2 Israiliyat.Bukankah terdapat byk sekali persamaannya ,disamping byk pula perbezaan dan pertentangan diantara kedua-duanya?Bukankah itu contoh itthiraab yg amat nyata?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan