Sambungan
Usul 3
Contoh ke2
Antara riwayat Israiliyat yg mengaibkan kedudukan Nabi2 dan bercanggah dgn kemaksuman mereka ialah apa yg disebutkan oleh sesetengah ahli tafsir berhubung dgn kisah Nabi Daud yg terpaut hati kepada isteri pahlawannya Uria.Dalam mentafsirkan ayat 21hingga 25 didlm surah Shad,Ibnu Jurir,Ibnu Abi Hatim,Sayuti dll telah mengemukakan beberapa riwayat yg langsung tidak masuk aqal dan juga ada nukilan yg sahih.Riwayat2 Israiliyat itu dikatakan berpunca drp Ibnu Abbas,Mujaahid,Wahab bin Munabbih,Kaab al-Ahbaar,Muhamad bin Kaab al-Quradzi,As-Suddi dll.Terlebih dahulu eluk kiranya dikemukakan ayat2 berkenaan.Allah berfirman didlm surah Shad
وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
-Sura Sad, Ayah 21
إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
-Sura Sad, Ayah 22
إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
-Sura Sad, Ayah 23
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
-Sura Sad, Ayah 24
فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ ۖ وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
-Sura Sad, Ayah 25
Sebenarnya ada beberapa versi yg berbeza2 tentang kaitan riwayat2 tersebut dgn firman Allah didlm surah tadi.
Berikut dikemukakan 3 drpnya untuk perbandingan.
(1)As-Sauddi ,al-Kalbi,Muqaatil bin Sulaiman dan lain2 meriwayatkan bahawa,terlintas dihati Daud kalau beliau diuji tuhan,tentu beliau dapat mengawal diri.Pada ketika itu dikatakan kepada beliau,"Hari ini engkau akan diuji dan akan mengetahui apa bentuk ujian terhadap mu.Oleh itu berwaspadalah engkau.Nabi Daud terus mengambil kitab Zabur dan masuk Mihrab(tempat beribadatnya)dikuncinya semua pintu dan ditugaskan seorang pengawal untuk berkawal dipintu.Pesan beliau kepada pengawal ialah ,"Jangan engkau benarkan sesiapapun masuk menemuiku hari ini."Ketika beliau sedang membaca zabur ,tiba2 dtg seekor burung keemasan warnanya berjalan dgn jinak dihadapanya.Daud mendekatinya dan cuba menangkapnya.Tiba2 burung itu terjatuh dan dia pergi untuk melihat kemana jatuhnya .Pada ketika itu beliau ternampak seorang perempuan yg sedang mandi bersuci dlm keadaan bogel.Bila perempuan itu terperasan ada orang melihatnya,teruslah dia membuka rambutnya lalu menutupi seluruh tubuhnya.Keadaan itu membuat hati Daud semakin terpesona dgnnya.Suami perempuan itu ialah seorang pejuang dijln Allah.Daud menulis surat kepada ketua sekalian tentera supaya meletakkan suami perempuan itu didlm kumpulan pembawa Tabut.Pembawa Tabut sama ada memperoleh kemenangan atau kematian ,salah satu daripada dua perkara itu shj menanti mereka.Suami si perempuan tadi diletakkan dlm kumpulan pembawa Tabut dan akhirnya dia terbunuh.
Berdasarkan sesetengah riwayat ,suami perempuan itu dimasukan dlm senarai pembawa tabut sebyk 3x dan pada kali yg ke 3 baru dia terbunuh.Setelah iddah isterinya,ia dilamar oleh Daud,lalu 2 orang malaikat memanjat pagar istana Daud .Itulah yg diceritakan oleh Allah didlm surah Shad.
Kisah2 seperti ini bukan shj diriwayatkan secara mauquf (berhenti setakat sahabat atau tabiin)drp sesetengah sahabat,tabiin dan kalangan ahlil kitab yg baru memeluk Islam, bahkan ada juga antaranya marfu'(sampai kat nabi) dan dikaitkan dgn Rasullah saw sendiri.
(2)Pengarang ad-Durrul Mantsur menyebutkan bahawa Hakim at-Tirmizi di dlm Nawadirul Usul ,Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim didlm tafsir mereka masing2 dgn sanad dhaif telah meriwayatkan drp Anas ra.Katanya:Saya telah mendengar Rasullah saw bersabda:"Sesungguhnya Daud ,bila terpandang kepada perempuan berkenaan ,meletakan suaminya dlm satu pasukan yg berada dihadapan Tabut .Orang2 yg membawa tabut pada masa itu tidak akan pulang tanpa mendapat kemenangan atau terbunuh.Suami perempuan itu akhirnya terbunuh dan Daud mengahwini isterinya.Maka turun 2 orang malaikat kepada Daud as,menyebabkan Daud insaf,lalu bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh2an yg menjalar naik ke kepalanya.
Disebabkan terlalu byk air matanya yg menyirami bumi,tanah pula telah memakan dahinya.Didlm sujudnya Daud terus berkata,Tuhanku Daud betul2 telah menjadi manusia paling hina diatas bumi.
Tuhanku!jika engkau tidak mengasihani ,lemahlah Daud.
Jika engkau tidak mengampuni dosanya,nescaya dosanya akan menjadi buah mulut manusia buat selama2.
Setelah 40malam dtglah Jibrail .Kata Jibrail "Wahai Daud ,Sesungguhnya Allah telah mengampunimu,engkau memang tahu bahawa Allah memang adil ,tidak kata Daud."Bagaimana dgn sifulan(Uria) apabila ia dtg pada hari kiamat nanti sambil berkata,"Tuhanku,darahku ada pada Daud"?Kata Jibrail,"Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu.Jika engkau mahu,biar saya tanyakan".Jawab Daud "Ya".Naiklah Jibrail.Daud bersujud pula buat sekian lama.Kemudian setelah Jibraik turun kembali ,dia berkata ,"Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yg engkau kehendaki itu.
Kata tuhan,"Beritahu kepada Daud ,Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua paa hari qiamat nanti ,ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya.Berilah kepada darahmu yg ada pada Daud itu".
Dia berkata,"Ku berikan kepa mu oh Tuhan"
Ketika itu Tuhan berkata ,"Kamu boleh mendapat apa sj yg kamu kehendaki didlm syurga dan apa sj yg kamu ingini sebagai gantinya"
(3)Baghawi dll didlm tafsir masing2 meriwayatkan drp Wahab bin Munabbih bahawa Daud setelah diterima taubat oleh Allah,terus menangis kerana kesalahanya itu selama 39 th.Airmatanya tidak berhenti2 mengalir siang malam .Beliau melakukan kesalahan itu ketika berumur 77th .Selepas itu beliau membahagikan masa dlm hidupnya kepada 4bhg.
Satu hari untuk menyelesaikan perkara diantara Bani Israil,satu hari pula untuk isteri2nya.Satu hari pula untuk beliau mengembara dibelantara,bukit bukau dan ditepian pantai dan satu hari lagi beliau bersunyi distananya yg mempunyai 4,000Mihrab.
Pada hari ke 4 itu berkumpullah para pendita.Daud menangisi dirinya bersama2 mereka.Pada hari dia meratapi dirinya,dia akan keluar ke belantara,dgn meniup seruling suaranya lalu menangisi dan menangislah bersamanya pokok2 ,pasir,burung dan binatang2 buas sehingga mereka mengalir seperti sungai.Kemudian beliau pergi ke bukit-bukau dan gunung-ganang.Diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya bukit bukau ,gunung-ganang,batu-batan dan burung2 disekelilingnya sehingga lembah2 dan lereng2 gunung mengalirkan airmata mereka.Kemudian beliau pergi pula ke tepi pantai ,diangkatnya seruling suaranya lalu menangislah bersamanya ikan2 dan binatang2 laut serta burung2 laut dan binatang buas di lautan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan