Muqaddimah Ajrumiyah Ep.4
Pembahagian kalam.
Dlm episod lepas kita telah bincang pengertian alkalam.Dlm episod ini seperti yg telah dinyatakan dlm episod yg lepas ulamak nahu sangat menitikberatkan soal logik dlm pembahagian bab2 nahu.
Dlm kebanyakan kitab nahu ,alkalam adalah perbahasan yg utama dan selepas itu pecahan2 kepada alkalam.
Itulah juga yg telah dilakukan oleh ibnu ajrul dlm muqaddimah ajrumiyahnya ini.
Beliau menjelaskan pembahagian alqalam.
وَأَقْسَمُهُ ثَلَاثَةٌ :إسْمٌ وَفِعْلٌ وَحَرْفٌ جَاءَ لمعْنَى
Bermaksud dan kalam itu terbahagi kepada 3
Isim kata nama
Feklum kata kerja
Harfun kata tugas yg membawa makna
Kalu kita tengok apa juga didunia ini secara lojiknya terbahagi kepada 3 ini iaitu
1.Kata nama,
2.Kata kerja
3.kata tugas.
Mari kita lihat kalam ini dgn lebih terperinci.
1.Isim.
Iaitu semua kata yg menunjukan manusia seperti ahmad,fatimah dsbgnya.
Yg menunjukan binatang seperti baqarah atau himar.
Juga menunjukan benda seperti hajar.
Dan yg menunjukan makna atau konsep contoh الحُبُّ
Iaitu perasaan sayang atau kasih.
Juga tidak terikat dgn masa ttt.
Ahmad,nama yg diberikan kepada sesaorang.
2.Feel yg menjelaskan kerja.
Terijat dgn masa ttt
Selepas ,sedang dan telah
جَرَىtelah berlari
يَجْرِىsedang berlari
سَيَجْرِىakan berlari
3.haraf kata tugas .
Berbagai jenis,
Kata hubung ,kata jenis ,kata sendi ,kata arah,kata tanya dsbgnya.
Iaitu kata2 yg tidak memberi makna pada diri sendiri tetapi memberi makna tersendiri pada tugas isim feel,isim dan isim.
Mengapa haraf dikaitkan جَاءَ لمعْنَى
جَاءَ لمعْنَىbermaksud mengandungi makna
Disini ibnu ajrul nak membezakan haraf yg memberi maksud kata tugas dan huruf ijaiyah.
Minit 6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 1
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 2
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 3
مَالِكِ يَوْمِ الدِّين
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-Sura Al-Fatihah, Ayah 4
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 6
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 7
Surah kahfi.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ
وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
Ayat 2
قَيِّمًا
لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ
وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ
أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran
untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah,
dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
Ayat 3
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Ayat 4
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan