Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 154 Az zukhruf 74-89

Daurah tafsir 2016 sesi 154 Az zukhruf 74-89

Ayat 74
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ
فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَالِدُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya),
kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.
👉Takhwif ukhrowi
Musyrikin الْمُجْرِمِينَ

Ayat 75
لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ
وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

Tidak diringankan azab itu daripada mereka,
dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),
👉Siksaan neraka makin lama makin berat.
Badan dan jiwa tersiksa.

Ayat 76
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا هُمُ الظَّالِمِينَ

Dan tidaklah kami menganiaya mereka,
akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Sudah cukup dgn lama masa hidup dgn siksaan yg dikenakan.
Aniaya diri sebab peluang telah diberikan.

Ayat 77
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ ۖ
قَالَ إِنَّكُمْ مَاكِثُونَ

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan
menderita)!"
Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
👉Tak tahan azab minta mati.
Keputusan mati لِيَقْضِ

Ayat 78
لَقَدْ جِئْنَاكُمْ بِالْحَقِّ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ

(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami),
akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
👉Jawapan malaikat lagi
Atau ini dituju kepada orang mekah.

Ayat 79
أَمْ أَبْرَمُوا أَمْرًا
فَإِنَّا مُبْرِمُونَ

Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami),
maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
👉zajrun
Bencinya kepada nabi saw sehingga ingin membunuhnya.

Ayat 80
أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ
وَنَجْوَاهُمْ ۚ
بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati)
dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri?
(Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
👉Malaikat adalah saksi dan bukti

Ayat 81
قُلْ
إِنْ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدٌ
فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ

Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu):
"Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan)
maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"
👉malaikat anak perempuan allah dari perkahwinan allah dgn jin??

Ayat 82
سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
👉allah suci dari mempunyai anaka,sifat yg tidak patut bg allah

Ayat 83
فَذَرْهُمْ
يَخُوضُوا
وَيَلْعَبُوا
حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ
الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka
dan leka bermain-main (dalam dunia mereka),
sehingga
mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
👉Zajrun dan takhwif
Biarakanlah atau jgn peduli فَذَرْهُمْ
Banyak bahas يَخُوضُوا

Ayat 84
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَٰهٌ
وَفِي الْأَرْضِ إِلَٰهٌ ۚ
وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit,
dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi;
dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉Dalil aqli

Ayat 85
وَتَبَارَكَ الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا
وَعِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya;
dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat;
dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
👉Menolak syirik berkat(berkat pada makhluk)
Bertambah sesuatu dikira berkat
Bertambah secara luarbiasa,ini sifat allah
Dapat lebih secara luarbiasa.
Macam mn berkat?
Salah bila mengatakan manusia ada sifat berkat allah swt.
Allah sebut dlm quran ada berkat,baru betul.
Berkat hanyalah sifat allah seperti maha berkuasa.iaitu sifat zaati tuhan.
Amalan2 yg dibuat ada berkat seperti amalan sunnah nabi. Yg menepati syariat akan berkat.
Hindu mempercayai orang ada berkat.
Orang islam tidak mempercayai sebgmn hindu.
Tahu tapi takut nak larang.
Jika tiada dalil wahyu,itu adalah nafsu.
Amal yg makbul itu berkat.

Ayat 86
وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ
إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ
وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan,
kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang;
maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
👉

Ayat 87
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ
لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ
فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian)
maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
👉

Ayat 88
وَقِيلِه
ِ يَا رَبِّ
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata:
Wahai TuhanKu!
Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
👉ucapan dan doa rasul

Ayat 89
فَاصْفَحْ عَنْهُمْ
وَقُلْ سَلَامٌ ۚ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka,
dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! '
Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
👉Ini bukan salam sejahtera.selamat tinggal سَلَامٌ
Jangan marah فَاصْفَحْ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan