Khamis, Januari 16, 2020

Tafsir nota 2(22)

Tafsir nota 2(22)

Lupa manusia kepada Allah dan ajaran-ajaranNya mengakibatkan mereka lupa mengerjakan kebaikan yang akan mendatangkan keuntungan kepada diri mereka sendiri. Itulah Sunnatullah.

Al-Ma'idah 5:13

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَٰقَهُمْ لَعَنَّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَٰسِيَةًۖ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦۙ وَنَسُوا۟ حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱصْفَحْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

Bermaksud: Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitabTaurat dengan memutarnya) daripada tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang
berbuat baik.
(al-Maa'idah:13)

Orang-orang Yahudi dila'nat oleh Allah dan hati mereka menjadi keras disebabkan mereka telah melakukan kesalahan-kesalahan yang amat berat seperti mencabuli perjanjian setia dengan Allah, menyelewengkan kitab suci Taurat dan meninggalkan sebahagian daripada isi kitab yang dijadikan peringatan untuk mereka. Perangai jahat mereka itu berterusan generasi demi generasi hingga ke zaman Rasulullah s.a.w.Semua itulah yang menyebabkan hati mereka menjadi keras dan mereka mendapat kutukan dan la'nat dari Allah. Bukanlah Allah dengan tidak semena-mena mengutuk dan mela'nat mereka. Bukan juga tanpa sebab Allah menjadikan hati mereka keras(tidak mahu menerima kebenaran). Semuanya berlaku menurut Sunnatullah, akibat perbuatan keji mereka.Nifaq dan irtidaad (menjadi murtad) adalah antara penyakit yang boleh mengakibatkan hati manusia terkunci mati dan ia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat petunjuk lagi. Lihatlah firman Allah di bawah ini sebagai buktinya:

Al-Munafiqun 63:3

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ

Bermaksud: (Perbuatan buruk) yang demikian itu adalah kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam), kemudian mereka menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat memahami (yang mana benardan yang mana salah).
(al-Munafiqun:3).

An-Nisa' 4:137

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ ثُمَّ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ ٱللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًۢا

An-Nisa' 4:138

بَشِّرِ ٱلْمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian semakin bertambah-tambah lagi kekufurannya, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka, dan tidak (pula)akan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang benar. (137)

22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan