Khamis, Januari 16, 2020

Tafsir nota 2(26)

Tafsir nota 2(26)


Al-Baqarah 2:10

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًاۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 


Ayat 11

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ


Ayat 12

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِنْ لَا يَشْعُرُونَ


Ayat 13

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ


Ayat 14

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ


Ayat 15

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ


Di dalam hati mereka ada penyakit³⁰ lalu ditambah Allah penyakitnyu³¹ dan untuk mereka (disediakan) azab yang amat pedih, disebabkan mereka berdusta³² [10]



___________________________________________________________

³⁰ Kenapakah manusia melakukan perbuatan keji yang membahaya dan merugikan diri sendiri dan kenapa mereka tidak sedar akan akibat buruknya? Melalui ayat ke-10 ini  Allah memberikan jawapannya, iaitu kerana di dalam hati mereka ada penyakit kufur nifaq.

  

³¹  Kedatangan Al-Qur'an yang sepatutnya menjadi penawar jiwa manusia sebaliknya menambah parah lagi penyakit jiwa orang-orang munafiq. Itulah yang disebut Allahmelalui firmanNya ini:


Al-Isra' 17:82


وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا 


Bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar danrahmat bagi orang-orang yang beriman dan ia (Al-Qur'an itu) tidaklah menambahkepada.orang-orang yang zalim selain kerugian. 

(al-Israa' :82).


Antara penyakit yang ditambah Allah kepada orang-orang munafiq ialah sifat-sifat hati yang jelik dan keji seperti perasaan dendam, dengki dan sedih apabila melihat kemenangan, kejayaan dan pertolongan Allah kepada orang-orang mu'min. Itulahyang disebut Allah di dalam ayat di bawah ini:


At-Taubah 9:124


وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ 


At-Taubah 9:125


وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كَٰفِرُونَ 


Bermaksud: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antaramereka (yang munafiq) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antarakamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambah imannya, dan mereka bergembira (dengan turunnya). (124)


Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah A1-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang sedia adapada mereka; dan mereka mati dalam keadaan kafir. (125). 

(at-Taubah:124-125).


³² apabila mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian".Padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


26



26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan