Tafsir nota 2(29)
Mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka.
Mereka itulah musuh yang sebenar-bertanya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?
(al-Munafiqun:4).
Di akhirat pula keadaan mereka seperti digambarkan oleh Allah di dalam beberapa ayat di bawah ini:
Al-Hadid 57:13
يَوْمَ يَقُولُ ٱلْمُنَٰفِقُونَ وَٱلْمُنَٰفِقَٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱنظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ٱرْجِعُوا۟ وَرَآءَكُمْ فَٱلْتَمِسُوا۟ نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُۥ بَابٌۢ بَاطِنُهُۥ فِيهِ ٱلرَّحْمَةُ وَظَٰهِرُهُۥ مِن قِبَلِهِ ٱلْعَذَابُ
Al-Hadid 57:14
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنتُمْ أَنفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَٱرْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ ٱلْأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمْرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلْغَرُورُ
Al-Hadid 57:15
فَٱلْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنكُمْ فِدْيَةٌ وَلَا مِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ۚ مَأْوَىٰكُمُ ٱلنَّارُۖ هِىَ مَوْلَىٰكُمْۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ
Minit 1:18
Bermaksud: Pada hari (kiamat) ketika orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan(yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu".(Maka) Dikatakan (kepada mereka secara memperolok-olok): "Kembalilah kamu kebelakang dan carilah (sendiri) cahaya (untukmu)". Lalu diadakanlah di antara mereka(yang beriman dan yang munafiq itu) tembok yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat (Syurga dan ni'mat) dan di sebelah luarnya, dari situ ada siksa.(13)
Orang-orang munafiq itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata:"Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka (orang-orang mukmin) menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri (dengan perbuatan munafiq) dan menunggu (kehancuran kami umat Islam) dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta tertipu oleh angan-angan kosong(untuk mencapai maksud kamu) sehingga datanglah ketetapan Allah (kematianmu);dan kamu telah tertipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu. (14)
Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka. Nerakalah tempat berlindungmu. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat kembali." (15).
(al-Hadid:13-15).
³⁹ Supaya semakin banyak dosa dan semakin jauh mereka daripada Allah. Itulah akibatnya apabila Allah membiarkan manusia meraba-raba dalam kesesatan. Perkara ini disebut Allah di dalam firmanNya ini:
Aali-Imran 3:178
وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّمَا نُمْلِى لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْۚ إِنَّمَا نُمْلِى لَهُمْ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِثْمًاۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Bermaksud: Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu lebih baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya semakin bertambah dosa mereka (di dunia); dan mereka pula beroleh azab siksa yang menghinakan (di akhirat kelak).
(Aali' Imraan: 178)
29
Tiada ulasan:
Catat Ulasan